DARI Brunei ke Malaysia sehingga ke kota London, Istiadat Akad Nikah Diraja antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah masih menjadi topik perbualan ramai.
Selepas Putera Mateen dan Dayang Anisha sah bergelar suami isteri dalam istiadat penuh bersejarah pada Khamis, semua peminat pasangan diraja itu kini tidak sabar menantikan Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja yang dijadual pada Ahad ini.
BACA: Perkahwinan diraja: Putera Mateen, Dayang Anisha selamat diijab kabul
BACA: Pasangan Diraja Brunei Putera Mateen, Dayang Anisha bertunang
Busana, solekan, adat istiadat Brunei serta para tetamu - semua ini menjadi debaran untuk dinantikan menjelang Istiadat Bersanding Pengantin Diraja yang akan berlangsung sekitar jam 10 pagi.
Sementara menanti istiadat kemuncak yang dijangka penuh gilang-gemilang di Istana Nurul Iman, laman media sosial tidak kurang meriah dengan ucapan tahniah kepada pasangan mempelai diraja itu.
Daripada rakyat biasa sehingga individu tersohor termasuk model antarabangsa Naomi Campbell, mengambil peluang meninggalkan komen di ruangan Instagram Putera Mateen.
'Supermodel' berusia 53 tahun dan dilahirkan di London itu, dilihat meninggalkan simbol 'hati' pada entri yang dimuat naik anakanda ke-10 Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah itu.
Selain Campbell, turut meninggalkan titipan ialah penyanyi terkenal Indonesia, Mulan Jameela.
"Alhamdulillah, tahniah kepada anda berdua," katanya.
Sebelum itu, Putera Mateen memuat naik gambar pertamanya selepas bergelar suami kepada Dayang Anisha, yang memaparkan Majlis Istiadat Berbedak yang berlangsung pada 10 Januari.
Detik-detik indah Majlis Istiadat Berbedak tersebut dirakam oleh jurugambar dari Milan, German Larkin yang turut berkongsi pengalaman berharga tersebut di laman sosialnya.
Istiadat perkahwinan pasangan diraja berlangsung selama 10 hari, dimulakan dengan Majlis Istiadat Bersuruh Diraja pada 7 Januari lalu.
Selain Majlis Istiadat Bersanding Pengantin Diraja pada 14 Januari, turut akan berlangsung ialah Majlis Persantapan Diraja pada malam, 15 Januari.
Astro Awani
Sat Jan 13 2024
Putera Mateen memuat naik beberapa keping gambar Majlis Istiadat Berbedak yang berlangsung pada 10 Januari - Foto Instagram/German Larkin
AWANI Ringkas: PM: Akrab dengan China tidak bermakna menyebelahi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Jiwa SME | Rahsia usahawan tempatan menawan cabaran untuk kecapi kejayaan
Diskusi 8.30 pagi Jumaat bersama tiga tetamu, Naib Presiden Unifi Business, Mohamad Yusman Ammeran, Pengasas Sumatraa Sdn Bhd, Mohammad Syaifullah Che Ghani dan Nor Hedayah Kaulan, Pengasas Hedy's International Sdn Bhd berkongsi rahsia kejayaan dalam bidang keusahawanan dan bagaimana mereka menerima bantuan untuk mengecapi kejayaan itu.
Gobind komited bantu pemain bandar pintar Malaysia lebar sayap ke pentas dunia
Beliau menegaskan, syarikat tempatan mempunyai potensi yang besar untuk bersaing di peringkat global.
Trump namakan Susie Wiles sebagai Ketua Turus Rumah Putih
Beliau menyifatkan Wiles sebagai seorang yang "tegas, pintar, inovatif dan dihormati serta dikagumi oleh semua pihak."
#AWANIRingkas 8 November 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 8 November 2024
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
1️⃣ Hasil lawatan PM ke China
2️⃣ Kejayaan penting buat Malaysia
3️⃣ Pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur
#awaniringkas
Isu FashionValet: Hari keempat SPRM rekod keterangan Vivy, suami
Difahamkan, proses merakam keterangan mereka hari ini adalah berkait dengan dokumen serta beberapa transaksi didakwa meragukan.
Nilai dasar luar di bawah kepimpinan Trump
Dalam video ini, Nazri Kahar yang kini berada di Beijing, bertemu dengan Pengarah Eksekutif Institut Asia Eropah, Universiti Malaysia, Datuk Prof Ulung Dr Rajah Rasiah. Mereka membincangkan kemungkinan perubahan dasar besar di Amerika Syarikat di bawah kepimpinan Donald Trump dan langkah-langkah yang perlu diambil oleh Malaysia, sebuah negara kecil yang bergantung kepada perdagangan. Saksikan wawancara eksklusif ini untuk memahami lebih lanjut tentang strategi yang perlu dilaksanakan oleh Malaysia dalam menghadapi perubahan global.
Pasca pilihan raya AS dan peranan antarabangsa Malaysia
Dalam temubual ini, Imran Yassin Md Yusof, Ketua MIDF Research, membincangkan impak kemenangan Donald Trump dalam pilihanraya Presiden Amerika Syarikat buat kali kedua. Beliau juga mengupas pandangan MIDF Research mengenai BRICS dan Malaysia sebagai negara rakan kongsi, keputusan FOMC dan Bank Negara Malaysia, serta perkembangan terbaru dalam ekonomi dan pasaran saham. Saksikan perbincangan mendalam ini melalui Google Meet.
Fitnah: Muhyiddin diperintah bayar Guan Eng RM1.35 juta
Pada 27 Mac 2023, Guan Eng memfailkan saman terhadap Muhyiddin yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah berhubung isu Yayasan Albukhary.
Pentas konsert akhir The Chosen One 2024 janjikan persembahan meyakinkan malam ini
Empat peserta akan mempertaruhkan kombinasi lagu, dinamika persembahan dan interaksi memukau demi memikat hati juri.
Model antarabangsa Naomi Campbell beri 'hati' kepada Putera Mateen
Putera Mateen dan Dayang Anisha sah bergelar suami isteri dalam istiadat penuh bersejarah yang berlangsung pada Khamis.
Kenali Dayang Anisha, wanita yang berjaya tawan hati Putera Mateen
Majlis Istiadat Akad Nikah Diraja berlangsung dengan penuh istiadat Brunei di Masjid Omar Ali Saifuddien, Bandar Seri Begawan pada Khamis.