NEW DELHI: India pada Khamis melaporkan lebih 200,000 kes baharu COVID-19, sekali gus melonjakkan angka kes positif di negara itu melepasi 14 juta orang.
Reuters melaporkan, situasi penularan itu meletakkan sistem kesihatan negara itu dalam keadaan seperti ‘telur di hujung tanduk’, jika tiada langkah memutuskan rantaian jangkitan dilakukan.
Di ibu negara, New Delhi, puluhan hotel dan dewan perkahwinan ditukar menjadi pusat untuk pesakit COVID-19, dan dihubungkan dengan hospital. Di hospital pula, keadaannya sesak hinggakan penjarakan fizikal dan aturan pergerakan yang sistematik sukar dipatuhi.
“Kenaikan kes ini menakutkan,” ujar pakar kesihatan kerajaan, S.K. Sarin, di New Delhi.
Ketua Menteri Delhi, Arvind Kejriwal, mengumumkan perintah berkurung pada minggu lalu untuk memutuskan rantaian jangkitan di bandar raya tersebut, yang mencatatkan 17,282 kes positif baharu dan 104 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.
Pergerakan pekerja stesen kereta api, hospital dan lapangan terbang dibenarkan sebagai sebahagian daripada perkhidmatan perlu, namun pusat beli-belah, gimnasium, spa dan auditorium diarahkan tutup.
Arvind menambah, 5,000 katil di hospital disediakan dan lebih banyak yang akan ditambah kemudian. Dia mendakwa tiada masalah kekurangan katil di ibu negara itu.
Sementara itu, hiruk-pikuk di bandar raya kewangan terbesar India, Mumbai, kini sedikit lengang kerana masih dalam perintah berkurung untuk mengekang penyebaran virus korona.
Langkah itu diambil selepas pihak berkuasa negeri Maharashtra yang paling teruk dicengkam pandemik, mengambil langkah menutup kebanyakan aktiviti industri, perniagaan dan tempat awam selain mengehadkan pergerakan rakyatnya selama 15 hari. Begitupun, perkhidmatan kereta api dan laluan udara masih beroperasi.
Berkenaan 200,739 kes jangkitan baharu yang direkodkan dalam masa 24 jam, Menteri Kesihatan negara itu juga mendedahkan tentang 1,038 kematian baharu, menjadikan jumlah keseluruhan angka korban menjadi 173,123 orang sejak pandemik bermula pada tahun lalu.
Kes positif COVID-19 keseluruhan di India adalah yang kedua terbanyak selepas Amerika Syarikat (AS) dan angka kematiannya pula di kedudukan keeempat di belakang AS, Brazil dan Mexico.
Dipercayai, statistik sebenar berkaitan COVID-19 di India adalah lebih tinggi daripada yang direkodkan.
Agensi
Thu Apr 15 2021
Situasi penularan itu meletakkan sistem kesihatan negara itu dalam keadaan seperti telur di hujung tanduk. - Reuters
Wartawan Malaysia nyaris terkandas, protes tutup jalan
Kumpulan wartawan Malaysia termasuk Astro AWANI yang berada di Islamabad bagi membuat liputan Lawatan Negara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Pakistan, hampir terkandas malam Sabtu.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar jadi atlet untuk masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lepas.
21 warga Bangladesh ditahan, menyamar atlet masuk Malaysia
Jabatan Imigresen menumpaskan sindiket menyeludup masuk warga asing dengan menyamar sebagai ahli sukan dengan penahanan 21 warga Bangladesh di Maluri, Kuala Lumpur, Khamis lalu.
Ruang tambahan latihan bahasa Cina dan Tamil
Kerajaan bersetuju supaya ruang tambahan bagi latihan bahasa Cina dan Tamil diperbanyakkan di institusi perguruan, selain daripada bahasa kebangsaan.
AWANI Borneo [06/10/2024] – Pan Borneo Sabah | Pelan mitigasi | Peka B40
Tumpuan Awani Borneo 6 Okt 2024 bersama Assim Hassan
- Pan Borneo Sabah, masalah pengambilan tanah antara punca kelewatan projek
- Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
- PEKA B40 inisiatif tingkat kesedaran kesihatan rakyat
#AWANInews
- Pan Borneo Sabah, masalah pengambilan tanah antara punca kelewatan projek
- Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
- PEKA B40 inisiatif tingkat kesedaran kesihatan rakyat
#AWANInews
Merokok di premis: Tegur dengan tegas, elakkan bergaduh - Dr Dzulkefly
Dr Dzulkefly berkata beliau cakna dengan aduan rakyat yang bimbang mungkin berlaku pergaduhan sekiranya perokok-perokok itu ditegur.
Lebih RM260 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu
Sebanyak RM268 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan Persekutuan di bawah Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sibu yang melibatkan tiga fasa secara keseluruhan.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Usaha pembangunan Sabah yang dilaksanakan antara kerajaan negeri dan Persekutuan akan menjadi kayu pengukur penting untuk dinilai pada Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Umum akan datang, kata Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Rafizi Ramli.
Sabah akan dapat tempat utama dalam Belanjawan 2025 - Rafizi
Sabah dijangka akan terus mendapat tempat paling utama menerusi peruntukan dalam Belanjawan 2025 dalam usaha untuk membasmi jurang kemiskinan.
Tingkatkan kesedaran kesihatan buat golong kurang berkemampuan
Penduduk Sandakan khususnya di kawasan Elopura menyifatkan program Skim Peduli Kesihatan Untuk Kumpulan B40 (Peka B40) sebagai satu usaha yang perlu diteruskan.
India akan belanja US$1.2 bilion dalam tujuh tahun bagi kurangkan import minyak makan
Kerajaan India pada Khamis meluluskan inisiatif untuk meningkatkan minyak bijian domestik kepada 69.7 juta tan menjelang 2030-31.
3.9 juta pengundi tunai tanggungjawab dalam fasa akhir pilihan raya Kashmir
Pengundi di Kashmir yang ditadbir India pada Selasa keluar menunaikan tanggungjawab mereka dalam fasa ketiga dan terakhir pilihan raya penting.
Anwar ikhlas tangani isu-isu lama dihadapi masyarakat India - Xavier
Kerajaan MADANI pimpinan Anwar Ibrahim komited dan ikhlas menangani isu-isu lama yang dihadapi masyarakat India di Malaysia.
Ramanan umum dana tambahan RM6 juta khusus untuk usahawan kaum India
Dana ini akan disalurkan melalui program I-BAP, yang menawarkan geran padanan sehingga RM100,000 untuk meningkatkan kapasiti, keupayaan, dan prestasi perniagaan PMKS.
Bangladesh hantar bantahan susulan kenyataan Menteri Dalam Negeri India
Kementerian Luar Bangladesh mengemukakan bantahan keras terhadap kenyataan Shah yang disifatkan sebagai "sangat tidak dapat diterima".
PRK Mahkota: MIC yakin pengundi india berpihak kepada BN
Vigneswaran berkata ia berdasarkan maklum balas pengundi yang diterima semasa berkempen selain usaha kerajaan Johor jaga kebajikan kaum India.
India rekod kes virus mpox
Virus berkenaan dikesan daripada seorang lelaki yang baru pulang dari negara terjejas.
India lancar peluru berpandu Agni-4
India pada Jumaat melaksanakan pelancaran peluru berpandu balistik jarak sederhana (IRBM) Agni-4 di luar pantai negeri Odisha.
RUU perogol dihukum mati, penjara seumur hidup di India
Dewan Perhimpunan Bengal Barat, India meluluskan RUU untuk mengenakan hukuman mati dan penjara seumur hidup ke atas perogol yang mengakibatkan kematian atau kesan psikologi terhadap mangsa.
Kerjasama Malaysia dengan Rusia, China, India beri manfaat kepada ekonomi - PM Anwar
Kerjasama dengan Rusia, China dan India akan memberi manfaat kepada ekonomi Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.