MIDJOURNEY ialah antara kecerdasan buatan (AI) generatif yang menjana imej paling popular pada waktu ini.
Kemampuannya menjana imej yang realistik menyebabkan pembangun mengehadkan penggunaan secara berbayar sahaja bagi mengelakkan kekeliruan.
Ia juga lebih sukar digunakan kerana diakses menerusi Discord sahaja.
Midjourney versi web kini sedang menjalankan ujian di peringkat Alpha. Pengguna yang telah menjana lebih 10,000 imej kini boleh mengakses versi web secara terus sejak dua minggu lalu.
Pada versi web menjana imej adalah lebih mirip pada DALL.E dan Bing Image Creator kerana hanya prom perlu dimasukkan tanpa arahan yang kompleks.
Terdapat tetapan untuk saiz imej, nisbah skrin, kekuatan gaya yang ingin digunakan serta banyak lagi yang selama ini perlu dimasukkan ke dalam prom yang panjang.
Versi web cuba memudahkan proses janaan imej untuk pengguna.
Aplikasi telefon pintar untuk Android dan iOS juga kini sedang dibangunkan dengan ia boleh menerima arahan suara seperti aplikasi ChatGPT.
Midjourney versi web serta aplikasi telefon pintar dijangka akan dilancarkan untuk semua pada tahun 2024. -Amanz
Amanz
Tue Dec 26 2023
Pada versi web menjana imej adalah lebih mirip pada DALL.E dan Bing Image Creator kerana hanya prom perlu dimasukkan tanpa arahan yang kompleks. -Amanz
Pelajar tahfiz perlu teroka bidang teknologi
Kira-kira 200,000 pelajar tahfiz di negara ini, perlu dipastikan untuk mempunyai kemampuan dan peluang menjadi tenaga penggerak kepada umat Islam Malaysia dalam meneroka bidang yang dahulu dilihat sebagai asing., tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perpaduan rakyat prasyarat ekonomi mampan
Tidak semua negara Islam mempunyai ruang dan kesempatan untuk terus aman dan damai, dan mempunyai peluang untuk menikmati ekonomi yang kukuh dan berkembang seperti Malaysia, tegas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Beliau berkata, rakyat Malaysia perlu mempunyai tekad untuk memahami maksud dan keperluan perpaduan di kalangan mereka, serta kekuatan dalaman yang seterusnya dapat dijadikan tonggak untuk negara membuat langkah seterusnya.
Tidak perlu tergesa-gesa tukar ke lesen B - JPJ
Pemegang Lesen Memandu Malaysia (LMM) Kelas B2 dan B1 tidak perlu tergesa-gesa mendaftar Program Khas Peralihan LLM Kelas B2/B1 Kepada LMM Kelas B kerana tiada had masa ditetapkan untuk permohonan.
KPWKM teruskan lapan inisiatif bantu warga emas
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) akan terus menggerakkan lapan inisiatif utama dalam memenuhi keperluan jagaan dan sistem sokongan terhadap warga emas.
Warga emas maut ditikam anak kandung yang berhalusinasi
Seorang pesara guru maut ditikam anak kandungnya sendiri di sebuah rumah dekat Kampung Senaling, di sini, petang Sabtu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati warga emas berusia 65 tahun itu cuba memujuk anak lelakinya yang juga pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental yang dikatakan mahu membunuh diri.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Oktober 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Hezbollah lancar serangan peluru berpandu ke atas kompleks industri ketenteraan di utara Israel
Pergerakan Hezbollah di Lubnan berkata mereka telah melancarkan serangan peluru berpandu ke atas kemudahan ATA Defence Industries.
Tiada kaitan dengan pelantikan CEO MDEC, Anuar Fariz bukan adik saya - Fahmi
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyangkal dakwaan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) Anuar Fariz Fadzil merupakan adiknya.
Israel lakukan persiapan untuk serang Iran - Laporan
Tentera Israel sedang bersiap untuk "tindakan balas besar-besaran dan ekstrem" terhadap Iran.
Midjourney versi web jalani ujian, aplikasi telefon pintar sedang dibangunkan
Pada versi web menjana imej adalah lebih mirip pada DALL.E dan Bing Image Creator kerana hanya prom perlu dimasukkan tanpa arahan yang kompleks.