MH17
Dibunuh pada ketinggian 33,000 kaki, lapor akhbar Daily Mirror United Kingdom antara akhbar yang membuat liputan berkenaan insiden MH17.


KUALA LUMPUR: Berita pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH17 Boeing 777 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal terhempas dipercayai ditembak oleh puak pelampau di Ukraine dekat sempadan Rusia mendapat liputan hebat seluruh dunia.

Insiden malang yang mengejutkan negara pada 17 Julai itu turut menjadi tajuk muka hadapan bagi hampir kesemua akhbar-akhbar utama dunia.

Beberapa akhbar seperti New York Post, New Post Times, The Daily Mirror, The Guardian, akhbar Sepanyol El Pais, akhbar Rusia Kommersant, akhbar Jerman Die Welt dan banyak lagi memainkan tajuk pesawat MH17 sebagai berita utama.

Antara laporan yang ditulis ialah insiden ini bakal mencetuskan konflik buat Rusia, Eropah dan Amerika Syarikat.

Namun tidak bagi akhbar terbesar di Rusia, Komsomolskaya Pravda yang tidak melaporkan langsung mengenai MH17 pada hari pertama kejadian.

Manakala akhbar Le monde dari Perancis meletakkan cerita mengenai Gaza sebagai berita muka hadapan akhbar mereka pada 18 Julai.

MH17 berlepas dari Amsterdam pada 12:15 tengah hari Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6:10 petang Jumaat, waktu Malaysia. Setakat Jumaat 181 mayat telah ditemui.


LIHAT GALERI FOTO UNTUK BEBERAPA TAJUK MUKA HADAPAN AKHBAR UTAMA DUNIA