Barisan selebriti terkenal seperti Eva Longoria, Natalie Portman dan Scarlett Johansson antara yang hadir menyatakan sokongan terhadap perhimpunan 'memperkasakan' wanita dan pergerakan #MeToo pada Sabtu dan Ahad di Los Angeles.
Ketiga-tiga pelakon ini turut berkesempatan menyampaikan ucapan yang turut diselitkan dengan kisah dan pengalaman peribadi mereka yang menjadi mangsa pencabulan seksual.
Portman tampil menceritakan pengalamannya berlakon dalam filem pertamanya “The Professional” ketika dia masih di usia belasan tahun.
Katanya surat pertama yang diterima dari peminatnya merupakan surat dari seorang lelaki yang menyatakan kisah fantasi seksnya bersama aktres berkenaan.
Pengalaman ngeri itu membuatkan dirinya lebih berjaga-jaga dan cuba untuk tidak menerima tawaran lakonan yang melibatkan adegan bercumbu dan lain-lain yang menjurus ke arah perbuatan pencabulan ke atas dirinya.
Johansson pula tampil dengan menyatakan pada asalnya dia mahu bersama wanita-wanita yang menjadi mangsa serangan dan pencabulan seksual namun dia akhirnya sedar yang dirinya juga merupakan salah seorang mangsa.
Katanya ketika berusia 19 tahun, dia mula mengenali ramai lelaki yang cuba mengambil kesempatan ke atasnya dengan tiket dia masih muda tidak berdaya untuk melawan atau mengatakan tidak.
Pelakon Desperate Housewives, Eva Longoria juga bersuara menuntut agar kesamarataan dan keadilan terus diperjuangkan untuk kaum wanita.
Ribuan peserta mengambil bahagian pada perhimpunan di Las Vegas dan di seluruh dunia bagi memperjuangkan hak dan keadilan bagi kaum wanita.
Agensi
Sun Jan 21 2018
Ketiga-tiga pelakon ini turut berkesempatan menyampaikan ucapan yang turut diselitkan dengan kisah dan pengalaman peribadi mereka yang menjadi mangsa pencabulan seksual. - AP Exchange
Bank Dunia sediakan pembiayaan tingkatkan ketahanan iklim Bangladesh
Dua perjanjian pembiayaan berjumlah US$900 juta itu untuk membantu negara itu mencapai kemampanan alam sekitar dan ketahanan iklim.
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anne Hathaway, Julia Roberts antara selebriti AS jalankan tanggungjawab sebagai pengundi
Pelakon Hollywood Anne Hathaway, Julia Roberts dan Eva Longoria adalah antara selebriti yang berkongsi pengalaman mengundi pada pilihan raya presiden Amerika Syarikat.
"Sembang pasal anak 'jer' dengan Eva Longoria" - Anzalna jumpa pelakon Desperate Housewives
Untunglah!
#MeToo: Selebriti turun padang sertai perhimpunan 'perkasa' wanita
Barisan selebriti terkenal seperti Eva Longoria, Natalie Portman dan Scarlett Johansson antara yang hadir menyatakan sokongan terhadap perhimpunan wanita dan pergerakan #MeToo pada Sabtu.
Time's Up: Wanita berkuasa Hollywood bangkit bersatu perangi jenayah seksual
Lebih 300 aktres, penulis dan pengarah di Holloywood, melancarkan projek membantu memerangi gangguan seksual dalam industri filem dan di tempat kerja.
Eva Longoria hamil 4 bulan, dibanjiri ucapan tahniah di media sosial
Eva Longoria hamil dengan anak pertamanya bersama suami Jose Baston.