KUALA LUMPUR: Mesyuarat Luar Biasa Majlis Menteri-menteri Luar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang bersidang di ibu pejabat OIC di Jeddah pada Selasa memberi tumpuan kepada pencerobohan berterusan Israel di Gaza dan menyuarakan kebimbangan terhadap nasib rakyat Palestin.
Mesyuarat itu berlangsung di tengah-tengah kekejaman tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin, pencerobohan darat yang dirancang ke atas Rafah serta krisis kemanusiaan di Gaza.
Mesyuarat luar biasa itu dihadiri oleh Menteri-menteri Luar Negara Anggota OIC, dengan Setiausaha Agung OIC menyampaikan ucapannya, menurut kenyataan akhbar Wakil Tetap Pakistan ke OIC.
Duta Besarnya Syed Mohammad Fawad Sher yang juga Wakil Tetap Pakistan ke OIC, membentangkan kenyataan kebangsaan Pakistan, menyatakan kebimbangan dan aspirasi yang turut dikongsi oleh negara anggota OIC yang lain.
Dalam kenyataannya, beliau mengulangi kecaman keras Pakistan terhadap kekejaman Israel yang berterusan terhadap rakyat Palestin dan menekankan mengenai perlunya gencatan senjata segera tanpa syarat di Gaza.
Beliau juga menegaskan akan pentingnya untuk menghantar bekalan bantuan kemanusiaan tanpa halangan.
Beliau menyeru OIC melaksanakan usaha baharu untuk menghentikan perang; segera mewujudkan dana kemanusiaan untuk Gaza; mendesak kemasukan negara Palestin sebagai ahli penuh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menggesa Setiausaha Agung PBB menubuhkan Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat jenayah perang Israel.
Fawad Sher juga menyeru OIC mengadakan persidangan antarabangsa untuk segera merealisasikan penyelesaian dua negara; sebagai mematuhi resolusi Sidang Kemuncak Arab-Islam pada November 2023, meletakkan sekatan ke atas bekalan senjata dan peluru kepada Israel;
Duta Besar itu juga menggesa pelaksanaan lengkap langkah-langkah sementara yang diperintahkan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan mekanisme antarabangsa yang tidak memihak kepada sesiapa untuk melindungi orang awam Palestin.
Beliau turut menggesa pelaksanaan resolusi Sidang Kemuncak Bersama Arab-Islam pada November 2023.
Mesyuarat luar biasa itu sebelum menutup tirai menerima pakai Resolusi mengecam pencerobohan dan kekerasan Israel terhadap rakyat Palestin.
Resolusi itu turut membuat beberapa tuntutan termasuk antara lain menghentikan segera permusuhan, menarik balik kepungan ke atas Gaza, membekalkan bantuan kemanusiaan secara berterusan, mengadakan persidangan keamanan antarabangsa untuk menamatkan pendudukan Israel di wilayah Palestin, pembiayaan berterusan UNRWA, pengiktirafan penuh negara Palestin di PBB dan mengambil langkah untuk merealisasikan penyelesaian dua negara.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 06 2024
![Mesyuarat Luar Biasa OIC suarakan kebimbangan akan nasib rakyat Palestin Mesyuarat Luar Biasa OIC suarakan kebimbangan akan nasib rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709719938_Palestinianchildren.jpg)
Mesyuarat Luar Biasa OIC itu berlangsung di tengah-tengah kekejaman tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin. - Reuters
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![OIC adakan mesyuarat luar biasa bincang jenayah pendudukan Israel OIC adakan mesyuarat luar biasa bincang jenayah pendudukan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721363304_OIC.jpg)
OIC adakan mesyuarat luar biasa bincang jenayah pendudukan Israel
OIC berkata mesyuarat itu juga akan membincangkan pembunuhan Pengerusi Biro Politik Hamas dan bekas Perdana Menteri Palestin, Ismail Haniyeh serta pencerobohan terhadap kedaulatan Iran.
![Mesyuarat Luar Biasa OIC suarakan kebimbangan akan nasib rakyat Palestin Mesyuarat Luar Biasa OIC suarakan kebimbangan akan nasib rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709719938_Palestinianchildren.jpg)
Mesyuarat Luar Biasa OIC suarakan kebimbangan akan nasib rakyat Palestin
Mesyuarat itu berlangsung di tengah-tengah kekejaman tanpa henti Israel terhadap rakyat Palestin.
![Malaysia gesa konflik di Gaza, rampasan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan segera - Zambry Malaysia gesa konflik di Gaza, rampasan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan segera - Zambry](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/51697636685_palestin.jpg)
Malaysia gesa konflik di Gaza, rampasan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan segera - Zambry
Malaysia menggesa konflik Palestin-Israel di Gaza serta tindakan menyahkan hak dan tanah rakyat Palestin dihentikan pada kadar segera.
![COVID-19: Turki hantar bantuan peralatan perubatan ke Palestin COVID-19: Turki hantar bantuan peralatan perubatan ke Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-04/61587783034_TBTURKIBANTUAN.jpg)
COVID-19: Turki hantar bantuan peralatan perubatan ke Palestin
Turki mengumumkan pakej bantuan untuk Palestin dalam mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC), kata Menteri Luar Palestin Riyad al-Maliki dalam satu kenyataan.