MESIR menyambut baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenakan langkah tambahan ke atas Israel dan menggesa Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengambil tindakan tegas bagi menamatkan krisis kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar Mesir menggesa Israel mematuhi kewajipan undang-undangnya dalam rangka Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Ia menggesa Israel untuk melaksanakan semua langkah sementara yang dikeluarkan oleh ICJ, yang dianggap mengikat secara sah dan boleh dikuatkuasakan, kerana ia dikeluarkan oleh badan kehakiman antarabangsa tertinggi.
"Keputusan mahkamah ini selaras dengan situasi tragis semasa di Semenanjung Gaza dan perkembangan berterusan pembunuhan dan kemusnahan yang telah menjejaskan rakyat Palestin yang tidak bersalah dan keseluruhan sistem infrastruktur di Rafah akibat perang Israel.
"Tindakan langsung (tentera Israel) akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan bagi lebih 1.4 juta rakyat Palestin," katanya.
Kementerian itu berkata Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keadaan kemanusiaan yang semakin buruk di Semenanjung Gaza sebagai kuasa pendudukan.
Ia menggesa Israel menghentikan dasar sistematiknya yang menyasarkan, kelaparan dan kepungan terhadap rakyat Palestin, yang mencabuli semua peruntukan undang-undang antarabangsa dan undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
Kementerian itu menggesa UNSC dan pihak-pihak lain untuk memenuhi tanggungjawab undang-undang dan kemanusiaan mereka dengan mengambil langkah tegas untuk menamatkan bencana kemanusiaan di Semenanjung Gaza.
Ini termasuk mencapai gencatan senjata menyeluruh, menamatkan operasi ketenteraan di bandar Rafah, Palestin, memastikan aliran bantuan penuh di seluruh Semenanjung Gaza dan melindungi pekerja bantuan.
Pada Jumaat, ICJ memutuskan dalam undian 13-2 bahawa Israel mesti segera menghentikan serangan ketenteraannya dan sebarang tindakan lain di Rafah, mengekalkan pembukaan pintu sempadan Rafah untuk memudahkan kemasukan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza dan mengarahkan Tel Aviv mengemukakan laporan mengenai langkah-langkah yang diambil sebagai tindak balas kepada perintah itu dalam masa sebulan.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 25 2024

Kementerian Luar Mesir menggesa Israel untuk melaksanakan semua langkah sementara yang dikeluarkan oleh ICJ.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Penghantaran pertama rumah mudah alih ke Gaza bertolak dari Mesir
Trak yang membawa rumah mudah alih dan sebuah jentolak melintasi bahagian Mesir di Pintu Sempadan Rafah menuju ke terminal Kerem Shalom.

Mesir umum penemuan kubur firaun dalam tempoh lebih 100 tahun
Makam yang terletak di barat Lembah Raja-Raja itu merupakan makam terakhir yang hilang dalam kalangan raja-raja dinasti ke-18 Mesir.

Kapal pengangkut pesawat AS berlanggar dengan kapal dagang berhampiran Mesir
Kejadian berlaku lewat Rabu di Port Said pada kira-kira 11.46 malam waktu tempatan (2146 GMT) di Laut Mediterranean.

Mesir tolak pemindahan rakyat Palestin, ingatkan natijah buruk kestabilan serantau
Mesir beri amaran akibat buruk yang mungkin timbul daripada tindakan tidak bertanggungjawab ini.

KPT bantu, pantau pelajar Malaysia terlibat kemalangan di Port Said, Mesir
Kementerian Pendidikan Tinggi sedang membantu dan memantau perkembangan lapan pelajar yang terlibat kemalangan di Port Said, Mesir.

Jordan, Mesir tolak penempatan semula rakyat Palestin susulan seruan Trump
Safadi berkata penolakan Jordan terhadap penempatan semula adalah pendirian yang tegas dan penting untuk mencapai kestabilan dan keamanan.

Wisma Putra bantu 8 pelajar Malaysia cedera dalam kemalangan di Mesir
Menurut Wisma Putra, lima daripada pelajar itu mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan sebagai pesakit luar.

Mesir siap sedia buka semula sempadan Rafah untuk bantuan ke Gaza
Mesir sedang siap siaga untuk membuka semula Pintu Masuk Rafah bagi memudahkan penghantaran bantuan kemanusiaan antarabangsa ke Gaza.

Mesir hantar pesawat bersama bantuan ke Syria
Pesawat EgyptAir itu membawa 15 tan bantuan kemanusiaan, termasuk makanan dan ubat-ubatan, yang disalurkan oleh Bulan Sabit Merah Mesir.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.