ASUNCION: Presiden Paraguay, Mario Abdo Benitez pada Selasa memecat Menteri Dalam Negeri, Arnaldo Giuzzio selepas tersiarnya laporan akhbar yang menuduhnya menggunakan kenderaan milik seorang pengedar dadah ketika bercuti di Brazil.
Muka depan akhbar harian La Nacion de Asuncion menyiarkan gambar Giuzzio bersama seorang warga Brazil yang ditahan di negaranya sendiri kira-kira seminggu lalu kerana didakwa mempunyai kaitan dengan pengedaran dadah dan pengubahan wang haram.
Ia juga menyiarkan gambar kenderaan milik warga Brazil itu, Marcus Vinicius Marques de Padua yang didakwa digunakan Giuzzio.
Marques de Padua mempunyai sebuah syarikat di Brazil yang menyediakan peralatan keselamatan dan kereta kalis peluru.
Giuzzio berkata, beliau meminjam kenderaan daripada Marques de Padua apabila kenderaannya menghadapi masalah semasa bercuti di Brazil.
Beliau juga menyatakan tidak mengetahui pertuduhan yang dihadapi oleh warga Brazil itu.
Dalam pada itu, Benitez memutuskan untuk menggantikan Giuzzio dalam usaha untuk menjaga imej Kementerian Dalam Negeri, kata jurucakap Presiden, Hernan Hutteman kepada pemberita.
Pengganti Giuzzio iaitu Federico Gonzalez pernah menjadi Penasihat Presiden.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Wed Feb 23 2022

Giuzzio berkata, beliau meminjam kenderaan daripada Marques de Padua apabila kenderaannya menghadapi masalah semasa bercuti di Brazil. - Foto REUTERS
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Menteri Paraguay dipecat kerana guna kenderaan pengedar dadah
Giuzzio mendakwa beliau meminjam kenderaan itu apabila kenderannya menghadapi masalah semasa bercuti di Brazil.