Pada usia 71 tahun, Kamikawa dilihat sebagai pesaing utama untuk menjadi perdana menteri wanita pertama Jepun, selepas dilantik sebagai diplomat tertinggi negara itu pada September 2023, lapor Agensi Berita Kyodo.
Ketua Setiausaha Kabinet, Yoshimasa Hayashi dilaporkan berminat untuk menyertai pemilihan itu.
Sumber yang rapat dengannya mencadangkan bahawa beliau mungkin akan mengumumkan pencalonannya seawal Selasa.
Pemilihan kepimpinan ini diadakan susulan keputusan Kishida untuk tidak bertanding semula sebagai pemimpin Parti Demokratik Liberal (LDP), dengan alasan bertanggungjawab atas skandal dana haram yang timbul akhir tahun lepas hingga merosakkan kepercayaan rakyat terhadap parti itu.
Terdapat spekulasi bahawa pemimpin baharu LDP mungkin akan membubarkan Dewan Perwakilan untuk mengadakan pilihan raya awal sejurus selepas mengambil alih jawatan.
Setakat ini, lebih 10 Ahli Parlimen LDP menyuarakan hasrat untuk bertanding dalam pemilihan itu termasuk bekas Menteri Keselamatan Ekonomi, Takayuki Kobayashi, 49 dan bekas Menteri Pertahanan, Shigeru Ishiba, 67.
-- BERNAMA