JAKARTA: Menteri Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia, Erick Thohir melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur, pada Sabtu.
Beliau disertai oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai sebahagian daripada lawatan kerjanya ke Kuala Lumpur.
Erick, 53, yang juga pengerusi Persatuan Bola Sepak Indonesia, membincangkan perkara penting dalam industri bola sepak serantau.
"Kami terlibat dalam perbincangan meluas mengenai potensi kerjasama bola sepak di rantau Asia Tenggara untuk meningkatkan industri dan pasukan kebangsaan serantau," menurutnya dalam satu kenyataan.
Kemudian, beliau bertemu dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan perbualan berlangsung kira-kira dua jam di kediaman rasmi Perdana Menteri.
"Saya mendapat pandangan berharga daripada beliau sebagai seorang tokoh terkemuka yang mempunyai pengaruh dalam landskap demokrasi di rantau Asia Tenggara. Terima kasih Encik Anwar. Saya menantikan perbincangan kami yang seterusnya," katanya.
Erick, yang dianggap sebagai salah seorang calon berpotensi terkemuka untuk Naib Presiden Indonesia pada pilihan raya 2024, memulakan lawatan kerjanya di Singapura pada Jumaat.
Beliau bertemu dengan Menteri Luar Singapura Vivian Balakrishnan dan Menteri Tenaga Manusia, yang juga memegang jawatan sebagai Menteri Perdagangan dan Industri Kedua, Tan See Leng.
"Kami berhasrat untuk memastikan kerjasama serantau di rantau Asia Tenggara menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan penciptaan pekerjaan untuk Indonesia," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 08 2023

Erick disertai Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz sebagai sebahagian daripada lawatan kerjanya ke Kuala Lumpur. - Gambar FB Tengku Zafrul
Pantau Agenda Reformasi: Memahami di sebalik penyakit kusta
Situasi di sebalik kes wabak kusta di Negeri Sembilan. Adakah orang ramai perlu panik? Bagaimana nak address situasi ini? Kemampuan sistem kesihatan Malaysia mengawal wabak kusta.
UMNO yakin BN dapat mentadbir semula
Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir, menegaskan bahawa sama ada parti tempatan atau tidak, itu tidak seharusnya menjadi pengukur di dalam Pilihan Raya Negeri SABAH akan datang.
Sistem Pengurusan Trafik Vesel akan dilaksana di Sungai Miri
Menteri Pengangkutan Sarawak, Datuk Seri Lim Kim Shin memberitahu Sistem Pengurusan Trafik Vesel (VTMS) yang moden bakal dilaksanakan di Sungai Miri.
Sarawak guna AI mantapkan mobiliti trafik
Sarawak menerusi kementerian pengangkutannya kini melaksanakan pelbagai inisiatif berteknologi tinggi bagi memantapkan mobiliti trafik khasnya di kawasan bandar.
Sistem digital agtech diperkenal di Sarawak - Wilson Ugak
Lima sistem pertanian digital berteraskan kecerdasan buatan (AI) bernilai RM150,000 akan diperkenalkan untuk manfaat sektor akuakultur di Sarawak tahun ini.
Sarawak cadang tambah dua PUSPEN
Kementerian Pembangunan Wanita Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti Sarawak bercadang untuk menambah dua pusat pemulihan narkotik (PUSPEN) di Sarawak.

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

Menteri Indonesia lakukan kunjungan hormat ke atas Agong, bertemu Anwar
Erick Thohir melakukan kunjungan hormat ke atas Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara di Kuala Lumpur, pada Sabtu.