RAMAI peminat filem klasik yang berunsur sejarah pasti masih ingat dan terharu menonton filem Hollywood Bridge on the River Kwai, pembikinan Hollywood kesan terpengaruh inspirasi novel, penulisan Pierre Boulle.
Apakah generasi muda rakyat Malaysia sedar kisah di belakang pembinaan kereta api maut yang turut melibatkan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka, terutamanya kaum Tamil. Projek kereta api maut tersebut adalah umumnya dirujuk dalam jurnal-jurnal sebagai 'Burma-Siam Death Railway'.
Jambatan kereta api yang merentasi Sungai Kwai yang menjadi salah satu adegan penting dalam filem tersebut adalah dibina oleh pekerja-pekerja paksa Tamil dari Malaya.
Pihak Jepun yang menakluki negara-negara Asia Tenggara, terutamanya Burma, Singapura dan Malaya semasa Perang Dunia Kedua (WWII) ingin menakluki dan menguasai benua India daripada British.
Untuk membantu hasrat menakluki India, tentera Jepun memerlukan senjata-senjata dan logistik tentera untuk menyerang pihak tentera British yang menetap di India.
Dalam hal ini, pihak Jepun memutuskan menggunakan jalan darat sebagai satu strategi pengangkutan untuk mengangkut logistik ketenteraan mereka supaya dapat mengelak pengangkutan melalui kapal yang terdedah kepada ancaman serangan pihak tentera British dan Amerika, yang menguasai perairan Teluk Bengal dan Selat Melaka.
Dengan itu, landasan kereta api sepanjang 415 kilometer dicadang dibina dari Ban Pong, Thailand ke Thanbyuzayat, Burma bagi memudahkan mengangkut logistik ketenteraan Jepun ke Burma melalui Thailand.
Projek pembinaan landasan tersebut bermula pada September 1942 di Burma dan November 1942 di Thailand oleh dua kumpulan pekerja, iaitu satu kumpulan bergerak dari utara ke selatan dan satu kumpulan lagi bergerak dari selatan ke Utara.
Akhirnya kedua-dua kumpulan tersebut selesai pembinaan dan bertemu di Kancanapuri, Thailand pada bulan Oktober 1943.
Sebahagian besar tenaga kerja yang terlibat dalam projek ini adalah tentera Jepun melibatkan 12,000 termasuk orang tahanan perang dunia kedua (POW), meliputi tentera Australia, British dan orang awam.
Adalah dianggarkan hampir 180,000 orang awam dikerah sebagai pekerja paksa meliputi orang Jawa, China, Burma dan Tamil dalam pembinaan landasan kereta api tersebut.
Dalam pada itu, ada laporan yang menyatakan Indian National Army (INA) kepimpinan Subash Chandra Bose, memaksa orang India menyokong dan membantu Jepun dengan harapan Jepun akan membebaskan India daripada belenggu penjajahan British.
Kumpulan buruh yang dipaksa menjalankan kerja-kerja kasar adalah dirujuk sebagai ‘romusha’(dalam bahasa Jepun) yang dianggarkan hampir 100,000 orang keturunan Tamil dari Malaya. Kumpulan Tamil ini adalah buruh yang dikerah dengan paksa dari ladang-ladang getah, tempat kediaman mereka di seluruh Malaya.
Menurut catitan sejarah, hampir 60,000 orang daripada jumlah 100,000 orang romusha Tamil mati di tempat kerja mereka sepanjang pembinaan landasan keretapi tersebut akibat kekurangan makanan dan diserang oleh pelbagai jenis penyakit seperti malaria, kolera dan cirit-birit.
Sehubungan dengan kisah landasan kereta api maut, timbul pula kini isu pampasan bagi buruh paksa landasan keretapi maut tersebut. Adalah dianggarkan sejumlah 30,000 orang didaftarkan sebagai waris pekerja paksa kereta api maut, meliputi 60 peratus orang Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus lain-lain.
Sementara itu, pihak yang mewakili kumpulan mangsa buruh paksa tersebut mendakwa kononya pihak kerajaan Jepun telahpun menyerahkan sejumlah RM207 bilion sebagai pampasan kepada keluarga dan waris pekerja paksa tersebut.
Persoalannya, apakah benar dakwaan tersebut yang kini tersebar luas dalam media sosial, yang mampu mengelirukan pemikiran rakyat secara amnya dan masyarakat Tamil secara khususnya menjelang PRU14?
Walau apapun, simposium yang dianjurkan khas untuk mengingati dan membincang kisah sedih pengkorbanan nyawa buruh paksa, terutamanya masyarakat keturunan Tamil, dalam projek pembinaan 'jalan kereta api maut Burma-Siam’ akan di adakan di Auditorium Bandar Raya Kuala Lumpur pada 16 September 2016 bersamaan hari menyambut Hari Malaysia.
Semoga simposium ini bukan sahaja dapat merekodkan penghargaan kepada orang yang selamat kembali ke pangkuan keluarga mereka daripada maut malah kepada orang yang terkorban nyawa semasa dipaksa membina landasan kereta api maut tersebut.
Adalah diharapkan simposium tersebut dapat menjawab pelbagai spekulasi yang timbul dalam pemikiran kaum India terhadap isu pampasan, kononnya disediakan oleh kerajaan Jepun untuk buruh paksa dari Malaya.
*M.Periasamy merupakan penganalisis politik MIC dan pensyarah komunikasi strategik di Institut Penerangan dan Penyiaran Tun Abdul Razak (IPPTAR)
**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.
Datuk M Periasamy
Wed Sep 14 2016
Adalah dianggarkan hampir 180,000 orang awam dikerah sebagai pekerja paksa meliputi orang Jawa, China, Burma dan Tamil dalam pembinaan landasan kereta api tersebut. - Gambar hiasan
Kepengerusian ASEAN 2025: Malaysia sediakan ruang dialog pertahanan konstruktif, progresif
Malaysia berhasrat menyediakan platform serta ruang perbincangan mengenai pertahanan yang konstruktif, terbuka dan progresif untuk rakan-rakan dialog strategik semasa tempoh kepengerusian ASEAN.
Ops Tiris: KPDN Sarawak catat 119 kes, nilai rampasan lebih RM20 juta
KPDN Sarawak mencatatkan 119 kes yang melibatkan nilai rampasan sejumlah RM21.5 juta sejak pelaksanaan Ops Tiris 3.0 dari 1 Jan hingga 20 Nov lepas.
Bin Zayed International komited labur AS$2 bilion di Malaysia
BZI akan memanfaatkan hartanah, tenaga boleh baharu dan perkhidmatan kewangan untuk menarik pelaburan ke Malaysia.
Negeri Sembilan bentang belanjawan berimbang 2025 RM590 juta - Aminuddin
Kerajaan Negeri Sembilan hari ini membentangkan Belanjawan 2025 yang berimbang berjumlah RM590 juta dengan anggaran hasil pada jumlah yang sama dan perbelanjaan pembangunan mencecah RM135 juta.
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
MTL: Kerajaan Kelantan minta orang ramai elak lakukan aktiviti luar
Kerajaan Kelantan mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan sebarang aktiviti-aktiviti luar susulan musim Monsun Timur Laut (MTL) ini.
Lelaki Orang Asli ditemukan lemas di Sungai Tumboh
Mayat mangsa ditemukan oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dengan berpakaian lengkap dan dipercayai tersangkut pada pokok liar.
AWANI Ringkas: Salah laku | RUU Pekerja Gig
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
10 Berita Pilihan - (22 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: 1MDB | Mahkamah | Bahan api
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Mengimbas semula kisah sedih kereta api maut Burma-Siam
Apakah generasi muda Malaysia sedar kisah di sebalik pembinaan kereta api maut yang turut melibatkan penduduk Tanah Melayu sebelum merdeka, terutamanya kaum Tamil?