Abu mendiang bekas Presiden Cuba, Fidel Castro disemadikan hari ini (8 malam waktu Malaysia) di Santiago de Cuba iaitu tempat perjuangan revolusi Cuba bermula pada 1959.
Duta Besar Cuba ke Malaysia Ibete Fernandez berkata abu Castro tiba di Santiago (de Cuba) selepas perjalanan "pulang" selama empat hari dari Havana dan disambut oleh sebilangan besar rakyat Cuba di Dataran Revolusi Antonio Maceo.
"Pada 1959, beliau berarak di laluan yang sama, iaitu dari Santiago de Cuba ke Havana. Hanya kali ini, beliau kembali ke Santiago de Cuba untuk disemadikan. Laluan itulah yang digunakan Castro untuk membangkitkan semangat revolusi dan kebebasan kepada rakyat di seluruh negara.
"Idea-idea beliau akan "hidup" selama-lamanya. Kami amat berdukacita dan sedih tetapi ia adalah perkara biasa kerana Fidel adalah seorang tokoh bapa kepada rakyat Cuba," katanya kepada Bernama selepas berakhirnya upacara menandatangani Buku Takziah di Kedutaan Cuba di sini hari ini.
Upacara itu, yang dihadiri oleh Duta dari Equador, Venezuela, Vietnam, Namibia dan Pesuruhjaya Tinggi dari Afrika Selatan, menandakan berakhirnya tempoh berkabung di Cuba.
"Saya ingin melahirkan penghargaan saya kepada negara-negara sahabat baik Cuba yang hadir hari ini untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Presiden itu.
"Cuba amat berterima kasih atas semua manifestasi perpaduan dan sokongan yang diterima bukan sahaja daripada kerajaan tetapi juga dari rakyat biasa," kata beliau.
Beliau juga memetik pengumuman Presiden Cuba Raul Castro di dataran itu, dengan menyatakan bahawa Castro tidak mahu apa-apa pun, termasuk institusi, jalan, bangunan atau tugu dinamakan sempena nama beliau.
"Beliau hanya mahu dikenang sebagai Fidel Castro yang membawa kemenangan dan mempertahankan maruah negara ini, dan tidak lebih daripada itu," kata beliau.
Fidel Castro, ahli politik dan tokoh revolusi yang memimpin Cuba selama 47 tahun dari 1959 hingga 2006, meninggal dunia pada 25 Nov (Jumaat) ketika berusia 90 tahun.
Kerajaan Cuba mengumumkan pada hari berikut bahawa abu mendiang akan disemadikan di Tanah Perkuburan Santa Ifigeria di Santiago de Cuba hari ini. -- Bernama
Bernama
Sun Dec 04 2016
Abu Castro tiba di Santiago (de Cuba) selepas perjalanan "pulang" selama empat hari dari Havana dan disambut oleh sebilangan besar rakyat Cuba di Dataran Revolusi Antonio Maceo. - AFP PHOTO / JUAN BARRETO
Amaran hujan berterusan tahap bahaya di Pahang, Johor hingga Ahad
Kawasan yang terlibat adalah Rompin, Batu Pahat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
AWANI Ringkas: Mula dibayar 13 Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Indonesia sedia pemeriksaan kesihatan percuma bermula Februari
Kementerian Kesihatan Indonesia akan menyediakan pemeriksaan kesihatan secara percuma untuk rakyat negara itu yang dijadual akan dilaksanakan pada Februari ini.
Penyanyi Rasathi Unna Kanatha Nenju, Jayachandran meninggal dunia
Penyanyi legenda India, P Jayachandran yang terkenal sebagai Bhava Gayakan meninggal dunia akibat kanser di Hospital Amala, Kerala pada usia 80 tahun.Jayachandran, meninggal dunia, kanser, penyanyi india, Buletin AWANI
Rusia sambut baik penyertaan Indonesia
Rusia menyambut baik penyertaan Indonesia sebagai anggota penuh BRICS, yang dijangka akan memperkukuh lagi penyatuan Selatan Global dan Timur.
Singapura pertingkat aspek keselamatan di ICA
Singapura akan mempertingkatkan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan darat, udara. dan lautnya dari 9 Jan hingga 22 Jan, menurut Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan (ICA).
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Menurut ICA, langkah itu sebagai tindak balas terhadap situasi keselamatan yang semakin tegang di rantau ini.
Singapore, Border, Malaysia, ICA, Buletin AWANI
Pembeli Myanmar berada di kedudukan kedua selepas China
Pembelian kondominium di Thailand dalam kalangan warga Myanmar berada di kedudukan kedua selepas pembeli dari China bagi sembilan bulan pertama tahun 2024.Buletin AWANI
[TERKINI] Malaysia negara pertama pilihan PM Jepun - Anwar
Malaysia merupakan negara pertama yang dipilih oleh Perdana Menteri Jepun, Shigeru Ishiba untuk lawatan kerja bilateral sejak dilantik semula sebagai PM Jepun pada November 2024.TERKINI, Anwar Ibrahim, Ishiba Shigeru, Buletin AWANI
Impian Trump rampas Greenland tidak masuk akal
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken menolak cadangan Presiden terpilih, Donald Trump untuk merampas Greenland dan menyifatkan rancangan tersebut sebagai tidak masuk akal sama sekali.
Jadual KTM Komuter Pelabuhan Klang-KL Sentral dikurangkan 30 minit pada waktu puncak
Ini bagi mengimbangi kerja-kerja projek KVDT2 selain menambah baik masa menunggu untuk pengguna laluan KTM Komuter bagi kedua-dua laluan.
Jenazah penerima hati Mohd Afiq disemadi di Kampung Masjid Tikam Batu
Turut mengiringi jenazah Mohd Afiq Ikmal Muhammad sehingga ke liang lahad ialah penderma hati, Wan Mohd Hafizam Wan Ismail.
Mendiang Fidel Castro disemadi
Abu mendiang bekas Presiden Cuba, Fidel Castro akan disemadikan hari ini (8 malam waktu Malaysia) di Santiago de Cuba iaitu tempat perjuangan revolusi Cuba bermula pada 1959.