Biarpun dunia masih belum menang dalam 'perang' melawan pandemik COVID-19, namun satu inisiatif baharu sudahpun dilaksanakan beberapa muzium di dunia dalam memperingati kehidupan dan pengalaman rakyat berdepan perintah berkurung.
Bermula dari selipar yang dipakai sepanjang ‘duduk di rumah’ atau hasil jahitan topeng muka ‘DIY’ sehinggalah apa sahaja objek dan testimoni yang digunakan sepanjang menjalani kehidupan normal baharu ketika ini.
Muzium London, antaranya, melancarkan permohonan kepada semua penduduk London untuk menyumbang pelbagai barangan yang mencerminkan kehidupan mereka ketika berdepan ancaman wabak COVID-19.
“Apabila kami mengetahui bahawa terdapat pelaksanaan perintah berkurung, kami mula berfikir untuk mula membuat koleksi pameran untuk kegunaan masa hadapan.
“Ia boleh terdiri daripada apa-apa barangan yang mungkin pernah memberi keselesaan kepada anda sepanjang berkurung di rumah...contohnya selipar kegemaran atau topeng muka dijahit khas buat kegunaan petugas barisan hadapan,” lapor Kurator Kanan Muzium London, Beatrice Behlen kepada agensi berita AFP.
Behlen berkata antara bahan berjaya dikumpul setakat ini adalah bekas jem buatan sendiri dan alat muzik mudah alih yang sering digunakan untuk bertepuk tangan.
"Sisi menarik yang kami lihat adalah kisah di sebaliknya, bukan peralatan itu sendiri.
"Barang tersebut adalah barang yang memberi makna kepada individu berkenaan dan kami ingin mereka berkongsikan tentangnya kepada orang lain," katanya lagi.
Agensi
Mon May 11 2020
Muzium yang memfokus kepada sejarah ibu negara Britain itu melancarkan inisiatif berkenaan untuk kegunaan pameran pada masa hadapan. - Foto Agensi
Malaysia mampu jadi peneraju pengeluar telur tanpa sangkar
Malaysia berpotensi besar menjadi peneraju kepada industri pertanian berasaskan pengeluaran telur daripada ternakan ayam tanpa sangkar atau cage free egg di Asia Tenggara.
Usia bukan penghalang, Dr Jane Goodall komited jalankan tanggungjawab
Walaupun sudah mencecah 90 tahun, beliau yang masih mempunyai kudrat membuat kajian khususnya berkaitan haiwan chimpanzi menyifatkan ia adalah sebuah anugerah yang luar biasa.
Astro AWANI terima anugerah Masterclass in News Broadcasting and Journalism
Astro AWANI Network Sdn Bhd menerima pengiktirafan berprestij pada Anugerah Kecemerlangan Perniagaan Malaysia (MEBA) 2024 edisi kelapan, pada Sabtu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 23 November 2024.
Tumpuan Ahad – 24 November 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Air pancut purba Kestros di Turkiye berfungsi kembali selepas 1,800 tahun
Pemulihan air pancut Kestros bermula dua tahun lepas sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan kembali keindahannya.
Trump pilih Scott Bessent sebagai setiausaha perbendaharaan
Trump menyifatkan Bessent sebagai seorang individu yang telah lama menjadi penyokong kuat America First Agenda
Indonesia tegaskan sokongan berikutan waran tangkap ICC
Kementerian Luar Indonesia menyatakan pengeluaran waran tangkap ICC terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanan Yoav Gallant merupakan langkah penting menuju keadilan.
BJP menang negeri terkaya, pembangkang kekal di kawasan kaya mineral
Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Perdana Menteri India Narendra Modi dan sekutunya mencatat kemenangan besar di Maharashtra, negeri terkaya di negara ini, manakala blok pembangkang menunjukkan prestasi cemerlang di Jharkhand, wilayah yang kaya mineral.
11 terbunuh, puluhan cedera di Beirut akibat serangan udara Israel
Sekurang-kurangnya 11 individu terbunuh manakalan puluhan lagi cedera dalam serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan kejiran Basta di tengah Beirur, pada awal Sabtu.
Memperingati pengalaman berdepan 'lockdown', selipar dan topeng muka antara koleksi pameran muzium
Biarpun dunia masih belum menang melawan pandemik COVID-19, namun satu inisiatif baharu sudahpun dilaksanakan beberapa muzium dalam memperingati kehidupan dan pengalaman rakyat berdepan 'lockdown'.