JAKARTA: Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDIP), Megawati Sukarnoputri meminta kerajaan menghitung semula jumlah 17,000 buah pulau yang ada di Indonesia agar dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk kehidupan masyarakat negara itu.
Permintaan Megawati itu dibuat berikutan ketika beliau menjawat jawatan Presiden Indonesia, jumlah sebenar pulau di negara itu didakwanya mencecah angka 22,000.
"Saya meminta penelitian ulang berapa sebenarnya pulau-pulau di seluruh Indonesia. Pada waktu itu (semasa memimpin Indonesia) sudah disebutkan sebenarnya bukan 17,000 tapi 22,000 pulau," kata Megawati ketika berucap pada Mesyuarat Agung PDIP pada Khamis.
Berdasarkan Undang-Undang Nombor 6 Tahun 1996 berhubung Perairan Indonesia, jumlah pulau di negara itu ditulis sebanyak 17,508 pulau.
Menurut Megawati, penilaian semula jumlah pulau di Indonesia amat penting untuk dilakukan semula berikutan kerajaan telah menetapkan pulau-pulau sebagai jalan masa depan.
Justeru, atas dasar itu juga, tegas beliau, ribuan pulau itu harus dimanfaatkan sebaik mungkin serta tata kelola pembangunan perlu diberi keutamaan.
"Pulau-pulau ini harus dimanfaatkan melalui politik tata ruang dan pembangunan koridor strategik,” kata beliau lagi.
Megawati pernah memimpin Indonesia sebagai Presiden pada 2001 hingga 2004. - Agensi
Agensi
Fri Jun 09 2023
Megawati Sukarnoputri meminta kerajaan menghitung semula jumlah 17,000 buah pulau yang ada di Indonesia agar dapat dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk kehidupan masyarakat negara itu.
Pusat data: Trump umum pelaburan AS$20 bil dari UAE
DAMAC Properties yang berpangkalan di Dubai merupakan salah sebuah syarikat pembangunan hartanah mewah terbesar di Asia Barat.
Melaka catat pelaburan RM5 bil setakat Sept
Pencapaian ini adalah sesuatu yang membanggakan kerana ia secara tidak langsung menunjukkan keyakinan pelabur asing terhadap pembangunan dan potensi ekonomi negeri.
Pendigitalan kesihatan dan perlindungan data antara fokus utama di IRC 2025
Pendigitalan sektor kesihatan dan perlindungan data menjadi antara fokus utama dibincangan di Persidangan Kawal Selia Antarabangsa (IRC) 2025.
Syarikat keselamatan, empat pengarah didakwa gagal bayar cukai perkhidmatan
Sebuah syarikat keselamatan dan empat pengarah didakwa atas tujuh pertuduhan gagal melunaskan bayaran cukai perkhidmatan berjumlah RM186,909.08.
Ekonomi Malaysia kekal berdaya tahan pada 2025 - FMM
Pertumbuhan KDNK negara diramalkan antara 4.5 peratus dan 5.0 peratus tahun ini.
Potongan cukai: LHDN perkenal e-PCB Plus
e-PCB Plus, akan diperkenalkan bagi menggantikan sistem sedia ada e-PCB, e-Data PCB dan eCP39, di bawah satu platform melalui portal MyTax.
Myanmar musnah 563 ekar ladang candu
Pihak berkuasa Myanmar telah memusnahkan 563 ekar ladang candu di negeri Shan di timur Myanmar.
Kerajaan tak sorok titah adendum, ikut proses di mahkamah
Tambah Fahmi, kerajaan mengambil masa untuk mengiktiraf kewujudan titah adendum berkenaan kerana perlu berpandukan proses yang berlaku dalam mahkamah.
Usaha hantar pulang rakyat Palestin sedang diselaras
Kerajaan sedang menyelaras usaha menghantar pulang warga Palestin yang dibawa ke negara ini bagi menjalani rawatan perubatan.
Usaha hantar pulang rakyat Palestin sedang diselaras - Fahmi
Koordinasi dengan kerajaan Mesir sedang dibuat bagi urusan penghantaran pulang warga Palestin yang menerima rawatan di Malaysia.
Megawati minta jumlah 17,000 pulau Indonesia dikira semula
Jumlah keseluruhan pulau di negara republik itu cecah angka 22,000, dakwa Megawati.