TIDAK lekang dek kontroversi, Conor McGregor nampaknya terlibat dalam satu lagi masalah apabila satu rakaman video yang menyaksikan bintang UFC itu menumbuk seorang warga emas muncul di media sosial.
Memetik laporan TMZ, McGregor, 31 tahun, dipercayai menyerang lelaki terbabit di sebuah pub di Dublin, Ireland apabila lelaki itu dikatakan enggan meminum wiski yang dipelawanya.
“Saya tak mahu minuman ‘sampah’ ini. Saya tak mahu minum minuman awak,” kata warga emas berkenaan, menolak pelawaan McGregor apabila dihidangkan minuman keras keluaran syarikatnya.
Tindakan itu membuatkan McGregor berang dan terus menyerang lelaki tersebut.
Sementara itu, juara lightweight Khabib Nurmagomedov dalam reaksinya mengutuk tindakan McGregor dan mahu musuh tradisinya itu dimasukkan ke penjara.
“Orang-orang macam ni, mereka harus ke penjara. Dia tiada rasa hormat.
“Ini tidak baik untuk sukan (MMA). Ada benda yang dia buat baik untuk sukan, tapi sekarang dia seperti sudah hilang akal. Ia gila.
“Kerajaan perlu ‘belasah’ dia, itu pandangan saya. Sebab saya betul-betul marah... saya tak faham bagaimana dia boleh tumbuk orang tua. Hari ini dia tumbuk orang tua, esok apa pula akan jadi?” katanya seperti dipetik di portal TMZ.
Susulan itu, McGregor dilaporkan bakal didakwa atas serangan tersebut.
Menurut sumber yang memaklumkan kepada Irish Sun, laporan sudah pun difailkan dan dihantar ke timbalan pendakwa raya, dan kini menunggu McGregor untuk hadir ke mahkamah.
Ini bukanlah kali pertama petarung MMA dari Ireland itu melakukan serangan sedemikian.
BACA: Pecahkan telefon peminat, Conor McGregor ditahan
BACA: Serang bas, McGregor dibebas dengan ikat jamin AS$50,000
Pada 12 Mac lalu, dia pernah ditahan polis kerana didakwa memecahkan telefon bimbit seorang peminat yang cuba mengambil gambarnya di hadapan hotel Fontainebleau Miami Beach, Florida, Amerika Syarikat.
Sebelum itu, McGregor pernah didakwa menyerang sebuah bas yang dinaiki atlet seni bela diri lain di Brooklyn, New York pada April 2018.
Astro Awani
Sat Aug 17 2019

McGregor dipercayai menyerang lelaki terbabit di sebuah pub di Dublin, Ireland apabila lelaki itu dikatakan enggan meminum wiski yang dipelawanya. - Gambar fail/AP
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

McGregor didakwa lakukan serangan seksual ke atas wanita di tandas
McGregor didakwa lakukan serangan itu di tandas Kaseya Center semasa perlawanan keempat pasukan Miami Heat dengan Denver.

McGregor tumbuk warga emas, Khabib kata humban saja dalam penjara
Conor McGregor nampaknya terlibat dalam satu lagi masalah apabila satu rakaman video yang menyaksikan bintang UFC itu menumbuk seorang warga emas muncul di media sosial.

Khabib dinobat atlet Rusia paling berjaya oleh Forbes
Bintang seni bela diri campuran (MMA), Khabib Nurmagomedov dinobat sebagai atlet Rusia paling berjaya oleh majalah Forbes bagi tahun 2019.

Terlampau benci, Paulie Malignaggi ludah 'muka' Conor McGregor
Persengketaan antara bekas petinju professional Paulie Malignaggi dan bintang seni bela diri campuran (MMA) dari UFC Conor McGregor memang tidak dapat dibendung lagi.

Tragedi solat Jumaat: 'Innalillah.. ini insiden paling buruk saya pernah lihat' - Khabib
Dunia hari ini digemparkan dengan insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand yang mengorbankan 49 nyawa.