Mayat seorang lelaki yang hilang lebih dua dekad lalu ditemukan dengan bantuan Google Maps.
Mayat di dalam sebuah kereta yang terbenam dalam tasik itu disahkan milik William Moldt dari Lantana, Florida, yang dilaporkan hilang pada 7 November 1997.
Pada hari kejadian 22 tahun lalu, Moldt dilapor tidak pulang ke rumah selepas keluar ke kelab malam.
Pencarian polis pada ketika itu bagaimanapun tidak mendatangkan hasil.
Namun pada 28 Ogos lalu, polis dimaklumkan tentang penemuan sebuah kereta di dalam tasik di Moon Bay Circle, Wellington.
Apabila kereta itu ditarik naik, mayat yang sudah tinggal rangka ditemukan dan disahkan milik Moldt.
Difahamkan kereta Moldt yang terbenam dalam tasik itu ditemukan seorang bekas penduduk yang melakukan carian di Google.
Pencarian seterusnya menggunakan dron mengesahkan terdapat sebuah kereta yang terbenam di dalam tasik sepertimana dilihat pada Google Maps.
Dipercayai kenderaan itu telah berada pada foto satelit Google Earth sejak 2007.
Menurut polis Palm Beach County, Moldt dipercayai hilang kawalan ketika memandu dan keretanya terjunam ke dalam tasik.
Tambahnya, keluarga Moldt telah dimaklumkan tentang penemuan itu.
Astro Awani
Thu Sep 12 2019
Mayat William Moldt yang dilaporkan hilang pada 7 November 1997 ditemukan bulan lalu melalui Google Maps. -Foto National Missing and Unidentified Persons System
Kepengerusian Malaysia dalam ASEAN beri harapan untuk tangani krisis Myanmar - Utusan PBB
Bishop menekankan peranan penting ASEAN dalam menangani krisis itu, dengan menggariskan pendirian berkecualinya dalam isu dalaman.
Kedutaan Malaysia di Bangkok bantu cari warga Sarawak yang hilang
Beliau mengarahkan pasukannya untuk bekerjasama dengan keluarga Andy Jee Ying Kit, yang dilaporkan tiba di Bangkok pada 8 Januari.
Sebagai Pengerusi ASEAN, Malaysia beri tumpuan kepada tenaga, ketersambungan - PM Anwar
Selain itu, Anwar berkata, ASEAN juga akan melibatkan diri secara membina dengan kuasa global utama sambil melindungi kedaulatannya.
Penalti Safawi bantu TFC atasi PSM Makassar FC 1-0
Dengan kemenangan itu, TFC menduduki tangga kedua kumpulan dengan berkongsi tujuh mata bersama PSM Makassar.
Warga asing terlibat kebakaran kilang gas meninggal dunia
Mangsa mengalami kesan kebakaran tahap tiga dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Tunku Ampuan Rahimah, Klang.
ASEAN ambil pendekatan berhati-hati dalam isu Myanmar, kritikal untuk pastikan keamanan - PM Anwar
Pendekatan ASEAN bukanlah dalam bentuk menguatkuasakan sistem tertentu, sebaliknya memastikan wujudnya keterangkuman dan keamanan.
Sarawak kuat kuasa perintah vaksinasi antirabies baharu
Dr Rundi berkata semua anjing di Sarawak kini diwajibkan untuk menjalani vaksinasi antirabies dan menerima suntikan penggalak tahunan.
Prabowo puji kabinetnya atas komitmen pada tiga bulan pertama
Beliau menekankan komitmen dan etika kerja menteri dan timbalan menteri, serta memberi penekanan kepada fokus berkhidmat untuk rakyat.
Kelahiran bayi di Korea Selatan pada November tertinggi dalam 14 tahun
Ini merupakan kenaikan tahun ke tahun terbesar sejak November 2010, apabila kelahiran meningkat sebanyak 17.5 peratus.
Sarawak perlukan tenaga kerja berkemahiran tinggi dan inovatif - Abang Johari
Untuk mencapai matlamat itu, Sarawak akan memberi tumpuan kepada pelaburan dalam pendidikan dan pembangunan kemahiran.
Google Earth papar imej permukaan bumi seawal era 1930-an
Kesemua imej satelit permukaan bumi pula boleh diakses dengan imej terawal daripada tahun 1984.
Mayat lelaki hilang 22 tahun lalu dikesan melalui Google Maps
Mayat di dalam sebuah kereta yang terbenam dalam tasik itu disahkan milik William Moldt dari Lantana, Florida, yang dilaporkan hilang pada 7 November 1997.
Google Earth bantu dokumentasikan budaya asal masyarakat Orang Asli
Pandangan aplikasi Google Earth bantu masyarakat Orang Asli di Malaysia mendokumentasi dan memelihara identiti serta cara kehidupan mereka yang unik.
Laporan penemuan MH370 tidak berasas - Azharuddin
Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman menasihatkan orang ramai supaya merujuk kepada pihaknya atau pun laman sesawang MH370 mereka untuk pengesahan.
Bangkai pesawat MH370 ditemui?
Seorang pakar amatur Australia dalam siasatan kemalangan udara mendakwa telah menemui pesawat MH370 yang hilang empat tahun lalu menerusi aplikasi Google Earth.