MIAMI: Satu lagi mayat ditemukan dari tapak runtuhan menara kondominium Florida pada Isnin, menjadikan angka kematian kini 11 orang.

Datuk Bandar Miami-Dade County Daniella Levine Cava berkata 150 mangsa masih hilang dan usaha mencari dan menyelamat masih diteruskan.

Polis setakat ini telah mengenal pasti lapan daripada mangsa.

Ia termasuk pasangan yang telah berkahwin selama hampir 60 tahun, serta seorang ibu yang anak remajanya antara yang terselamat.

Punca runtuhnya bangunan kondominium 12 tingkat Champlain Towers South di Surfside masih disiasat.