MEKAH: Masjidil Haram mula menggunakan sepenuhnya aplikasi kecerdasan buatan (AI) termaju untuk melancarkan operasi menerima kunjungan jemaah pada Ramadan tahun 1444 hijrah ini.
Presiden Ketua Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci, Sheikh Dr Abdulrahman Al Sudais berkata, usaha pemodenan terhadap pelan operasi terbesar dalam sejarah Masjidil Haram ini diaktifkan selepas setahun kajian dan perancangan dijalankan.
Melalui operasi ini, para jemaah dapat memanfaatkan robot pintar dan aplikasi elektronik yang membantu memudahkan mereka melaksanakan ibadah, kata beliau lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).
Selain itu sebanyak 230 ruang solat di Masjidil Haram akan dibuka untuk menerima kunjungan jemaah sepanjang Ramadan tahun ini.
Katanya, semua pintu termasuk di bahagian Masjidil Haram yang telah menjalani proses naik taraf sebanyak tiga kali telah pun dibuka bagi memastikan kelancaran proses keluar masuk jemaah sepanjang bulan itu.
Pintu khas untuk warga emas dan orang kurang upaya (OKU) turut disediakan pihak masjid bagi memudahkan urusan golongan itu.
Sementara itu, Timbalan Setiausaha Agung Pentadbiran Am Operasi dan Penyelenggaraan Masjidil Haram, Fares bin Mafouz Al Saedi berkata, pihaknya telah meningkatkan kecekapan dan tenaga operasi aset Masjidil Haram untuk memastikan penyelenggaraan di masjid itu pada tahap optima, bagi mewujudkan suasana ang selesa dan selamat bagi jemaah yang mengunjungi Masjidil Haram. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 04 2023

Sheikh Dr Abdulrahman Al Sudais berkata, usaha pemodenan terhadap pelan operasi terbesar dalam sejarah Masjidil Haram ini diaktifkan selepas setahun kajian dan perancangan dijalankan. - Gambar BERNAMA
Syarat luar biasa, PN ada alasan untuk tidak setuju
Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan pihaknya mempunyai alasan munasabah dan asas, untuk tidak bersetuju dengan syarat ditetapkan kerajaan dalam isu peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Warga emas pukul isteri, mengaku tidak bersalah
Warga emas, 76 tahun, mengaku tidak bersalah selepas dituduh memukul isterinya yang berusia 70 tahun di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kes kewarganegaraan anak lahir di luar negara oleh ibu rakyat Malaysia capai penyelesaian
Mahkamah Persekutuan mencapai persetujuan bahawa kanak-kanak ini boleh memohon kewarganegaraan di bawah Perkara 15(2) Perlembagaan Persekutuan.
Keputusan representasi Najib kes dana SRC 6 Mei ini
Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 6 Mei ini bagi keputusan representasi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk menggugurkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di PETRA
Program bertujuan menyantuni warga PETRA dan memanfaatkan bulan Ramadan dengan amalan kerohanian.

Penolong pegawai perubatan bakal diberi kuasa keluar preskripsi ubat asas - Dr Dzulkefly
Penolong Pegawai Perubatan (PPP) akan diberikan kuasa untuk mengeluarkan preskripsi bagi ubat-ubatan asas dalam rawatan penyakit ringan.

Dua remaja maut dilanggar: Pemilik rakaman 'dashcam' belum tampil - Polis
Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, kerjasama mereka amat penting bagi memudahkan proses siasatan dilakukan.
Vietnam sasar bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua pada 2035
Vietnam merancang untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara pada 2035. Inisiatif ini akan melibatkan semua peringkat pendidikan, dengan penekanan terhadap latihan guru, pembangunan infrastruktur, dan penggunaan teknologi untuk merapatkan jurang wilayah.
Korea Selatan mohon maaf tidak sengaja jatuhkan bom ketika latihan
Ketua Tentera Udara Korea Selatan, Lee Young-su memohon maaf atas insiden kemalangan melibatkan dua jet secara tidak sengaja menjatuhkan bom dia sebuah perkampungan ketika menjalani latihan tahunan Freedom Shield.
Malaysia bakal punyai syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways
Malaysia bakal menyaksikan kemunculan syarikat penerbangan baharu, Ascend Airways Malaysia, yang dijangka memulakan operasi menjelang akhir 2025 dengan enam pesawat Boeing. #AWANInews

Masjidil Haram mula guna AI untuk pastikan operasi menjelang Ramadan 1444H lancar
Jemaah dapat memanfaatkan robot pintar dan aplikasi elektronik yang membantu memudahkan mereka melaksanakan ibadah.