Aktivis hak asasi manusia Yazidi, Nadia Murad, memenangi anugerah Nobel Peace Prize 2018.

Beliau berkongsi kemenangan itu bersama pakar sakit puan terkemuka, Dr Denis Mukwege dari Republic of Congo.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Nobel, Berit Reiss-Andersen, kedua mereka dianugerahkan Nobel Peace Prize susulan sumbangan besar dalam usaha mereka mengakhiri penggunaan kekerasan seksual sebagai senjata peperangan dan konflik bersenjata.

Nadia pernah diculik kumpulan Daish, bersama beribu lagi wanita dan gadis puak minoriti Yazidi pada 2014 sebelum beliau dirogol pelampau Daish.

Meskipun kesemua wanita yang berjaya lepas dari cengkaman Daish enggan menampilkan diri dan meluahkan pengalaman mereka, Nadia menjadi mengsa rogol dari puak Yazidi pertama yang berdiri menampilkan wajahnya dan menyuarakan tentangan terhadap kekejaman pengganas.


Dr Mukwege mengambil risiko dengan berkempen menentang kekejaman terhadap wanita yang dirogol dalam peperangan.

Denis Mukwege pula terkenal dengan usahanya merawat mangsa keganasan seksual di negaranya.

Hospital di Bukavu menjadi saksi usaha beliau sejak bertahun lamanya untuk merawat mangsa rogol mahu pun bekalan elektrik dan ubat ubatan yang terhad.

Beliau juga hampir dibunuh dalam kempennya beberapa tahun lalu.