Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya serangan bom ke atas sebuah bas di Peshawar, Pakistan semalam, yang meragut sekurang-kurangnya 15 nyawa.
Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar berkata Malaysia menyampaikan ucapan takziah dan simpati kepada Kerajaan Pakistan serta keluarga mereka yang menjadi mangsa dalam serangan itu.
"Malaysia menganggap serangan terbaharu itu sebagai satu tindakan keganasan dan pihak bertanggungjawab perlu dibawa ke muka pengadilan.
"Kementerian Luar menerusi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Islamabad akan terus memantau situasi itu dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
GALERI FOTO: 16 maut dalam letupan bom di Peshawar Pakistan
Semalam, satu letupan berlaku di dalam sebuah bas yang dinaiki kakitangan kerajaan yang sedang dalam perjalanan dari Mardan ke Peshawar.
Letupan dipercayai berpunca daripada bahan letupan seberat lapan kilogram yang diletakkan di dalam bas terbabit.
Menurut Kementerian Luar, serangan itu turut menyebabkan 53 rakyat negara itu cedera namun sehingga kini tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.
Bernama
Thu Mar 17 2016
![Malaysia kutuk serangan bom ke atas sebuah bas di Peshawar Malaysia kutuk serangan bom ke atas sebuah bas di Peshawar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-03/61458216822_950x600.jpg)
Semalam, satu letupan berlaku di dalam sebuah bas yang dinaiki kakitangan kerajaan yang sedang dalam perjalanan dari Mardan ke Peshawar. - Foto AFP
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Lima terbunuh, puluhan cedera dalam protes antikuota di Bangladesh
Sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dan puluhan lagi cedera dalam pertempuran antara pelajar yang memprotes sistem kuota dalam pekerjaan sektor awam dan polis di pelbagai bahagian Bangladesh pada Selasa.
Kerajaan cadang perkenal pembiayaan swasta
Kerajaan menyasarkan untuk memperkenalkan pembiayaan swasta alternatif bagi memastikan kemampanan kewangan program sektor air, sekali gus mengurangkan kebergantungan pada perbelanjaan kerajaan dan mengukuhkan daya tahan.
Saya tak fitnah Guan Eng, cuma jelaskan siasatan SPRM - Muhyiddin
Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau tidak memfitnah Lim Guan Eng berhubung isu pengecualian cukai terhadap Yayasan Albukhary
KPT alu-alukan dapatan, cadangan PAC - Zambry
Ini termasuklah cadangan pelaksanaan Garis Panduan Pelaburan dan Pembiayaan oleh Universiti Awam 2024 kepada anak-anak syarikat di bawah seliaan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
![Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71715148599_wismaputra.jpg)
Malaysia pantau perkembangan insiden tembakan di Masjid Muscat
Wisma Putra melalui Kedutaan Besar Malaysia di Muscat, Oman sedang giat menyelaras usaha dengan pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan maklumat lanjut.
![Menteri Luar Uzbekistan lawat Malaysia pada Selasa Menteri Luar Uzbekistan lawat Malaysia pada Selasa](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81720439701_AnwarIbrahimBakht.jpg)
Menteri Luar Uzbekistan lawat Malaysia pada Selasa
Menteri Luar Uzbekistan akan melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada Selasa susulan perbincangan yang diadakan semasa lawatan Anwar Ibrahim ke negara itu pada Mei tahun ini.
![Kerajaan negeri lancar Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0 Kerajaan negeri lancar Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61720052171_tbOnnHafizGhazi.jpg)
Kerajaan negeri lancar Tabung Kasih Johor-Palestin 2.0
Tabung berkenaan, kelolaan kerajaan negeri dengan kerjasama Kementerian Luar, menyasarkan kutipan RM2.5 juta dalam tempoh dua bulan hingga Ogos.
![BRICS: Malaysia tidak mahu terlalu condong kepada satu pihak - Menteri Luar BRICS: Malaysia tidak mahu terlalu condong kepada satu pihak - Menteri Luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/41719302385_MenteriLuarMohama.jpg)
BRICS: Malaysia tidak mahu terlalu condong kepada satu pihak - Menteri Luar
Malaysia berpendirian melihat ke arah mewujudkan sebuah dunia multipolar.
![370 tetamu hadir memeriahkan sambutan Aidiladha di Kedutaan Malaysia di Jakarta 370 tetamu hadir memeriahkan sambutan Aidiladha di Kedutaan Malaysia di Jakarta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/81718624293_tbKedutaanMalaysia.jpg)
370 tetamu hadir memeriahkan sambutan Aidiladha di Kedutaan Malaysia di Jakarta
Lebih 370 tetamu termasuk ekspatriat Malaysia dan penduduk tempatan berkumpul di kompleks Kedutaan Malaysia di Kuningan, Jakarta Selatan pada Isnin untuk meraikan Hari Raya Aidiladha.
![Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/61717207611_pendakimaut.jpg)
Konsulat Malaysia di LA sudah hubungi keluarga pendaki maut - Wisma Putra
Wisma Putra berkata pihaknya sedang memantau keadaan kesihatan mereka dan memberikan bantuan konsular yang sewajarnya melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles (LA).
![Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/61716857632_CycloneRemalWeather.jpg)
Siklon Remal: Wisma Putra pantau impak di India, Bangladesh
Wisma Putra dalam satu kenyataan mengingatkan rakyat Malaysia yang berada di kawasan yang terjejas untuk sentiasa berwaspada.
![Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/51716197142_EbrahimRaisi.jpg)
Presiden Iran dan Menteri Luar terkorban dalam nahas helikopter: Malaysia ucap takziah
Kerajaan dan rakyat Malaysia menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa, rakyat Iran, dan semua yang terjejas dalam insiden tragis ini.
![Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/81700208183_FBREAKWISMAPUTRA.jpg)
Malaysia mengalu-alukan permohonan Afrika Selatan di ICJ untuk hentikan genosid Israel di Gaza
Malaysia menyokong sepenuhnya dan menyambut baik usaha Afrika Selatan untuk menghentikan genosid ke atas rakyat Palestin di Gaza.
![Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/81714105065_airstrike.jpg)
Malaysia kecam serangan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan
Malaysia mengecam sekeras-kerasnya serangan terang-terangan tanpa belas belas kasihan pelampau Israel ke atas konvoi bantuan kemanusiaan Jordan yang sedang menuju ke Gaza pada Rabu.