KUALA LUMPUR: Malaysia komited untuk bekerjasama dengan pusat operasi Pertubuhan Kebajikan Hashemite Jordan (JHCO) dalam usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin, kini dan pada masa akan datang.
Dalam lawatan kerja ke Jordan pada Isnin, Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan turut melawat Pusat Kanser Raja Hussein (KHCC) selain menyampaikan cek simbolik bernilai AS1 juta dolar kepada JHCO dan KHCC menerusi sumbangan Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP).
Kedua-dua pertemuan ini menekankan komitmen Malaysia dalam memberikan bantuan kemanusiaan dan kesihatan kepada rakyat Palestin serta mengukuhkan kerjasama dengan institusi-institusi terkemuka di Jordan.
Dalam pertemuan dengan Setiausaha Agung JHCO, Dr. Hussein Mohammad Al-Shebli, beliau dimaklumkan bahawa JHCO menggunakan Jambatan Raja Hussein, satu-satunya laluan darat ke Gaza sejak penutupan pintu sempadan Rafah di Mesir pada 7 Mei 2024.
Malah katanya, JHCO memainkan peranan penting dalam menguruskan penghantaran bantuan dari pelbagai organisasi antarabangsa dan negara penyumbang.
Sementara KHCC, yang ditubuhkan pada tahun 1997, menyediakan rawatan kanser percuma dan penyelidikan bertaraf dunia. Pusat ini kini sedang merawat 300 pesakit kanser rakyat Palestin.
Lawatan ini diadakan bersempena kehadiran beliau di Jordan untuk menghadiri Persidangan Peringkat Tinggi “Call for Action: Urgent Humanitarian Response for Gaza" yang dianjurkan bersama Raja Jordan, Raja Abdullah II; Presiden Mesir, Abdel Fattah al-Sisi; dan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), António Guterres yang akan berlansung pada 11 Jun 2024.
Astro Awani
Mon Jun 10 2024
![Malaysia komited bekerjasama dengan JHCO, KHCC demi rakyat Palestin Malaysia komited bekerjasama dengan JHCO, KHCC demi rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718036192_mohamadhasan.jpg)
Mohamad menyampaikan cek simbolik kepada JHCO dan KHCC menerusi sumbangan AAKRP. - Gambar FB Mohamad Hasan
![Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739741013_DarrenLok.jpg)
Liga Super: Dua gol Darren Lok bantu Sabah ikat Sri Pahang
Babak pertama menyaksikan Darren meletakkan Sabah di hadapan selepas menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-21.
![THT ubat kecewa, juarai MHL 2025 THT ubat kecewa, juarai MHL 2025](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739740841_TNBLigaHoki.jpg)
THT ubat kecewa, juarai MHL 2025
Kemenangan itu merupakan kali ketujuh buat THT, yang pernah menjuarai liga pada edisi 2014, 2015, 2016, 2018, 2022, dan 2023.
![Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739740057_HamidYusoff.jpg)
Projek cendawan pintar iMistroom 2.0 UiTM bantu perkasa ekonomi asnaf mualaf
Projek itu dijalankan menerusi kaedah moden menggunakan sistem iMistroom 2.0 hasil inovasi Hamid bersama pasukannya.
![HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702567_KhairulAzwanHarun.jpg)
HDC sasar 2,000 pemain industri halal sertai Ekspo Dunia 2025 di Osaka
Khairul Azwan berkata ekspo yang dijadual berlangsung selama enam bulan bermula pertengahan April akan turut disertai pelbagai agensi kerajaan.
![Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71739611701_AbangJohariTunOpe.jpg)
Pendapatan Sarawak dijangka meningkat lagi tahun ini - Abang Johari
Katanya, Sarawak telah diiktiraf oleh Bank Dunia dan Ketua Audit Negara kerana berjaya menguruskan kewangannya dengan baik.
![RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702271_ShamsulAzri.jpg)
RUU Iltizam Kecekapan pentadbiran awam dijangka diwartakan sebelum akhir tahun - KSN
Ia sebahagian usaha kerajaan meningkatkan kedudukan Malaysia dalam CPI dengan menambah baik proses pentadbiran kerajaan secara menyeluruh.
![Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/61739702372_MohdDusukiMokhtar.jpg)
Kampung Angkat MADANI komitmen kerajaan tingkat kualiti hidup rakyat
Mohd Dusuki berkata, pihak Jabatan Peguam Negara amat berbesar hati kerana turut berpeluang terlibat dengan Projek Kampung Angkat MADANI.
![Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739707799_ResortPulauPetang.jpg)
Kerajaan Pusat salur RM16 juta untuk KETENGAH baik pulih kemudahan di Pulau Petang
KETENGAH kini di peringkat melantik kontraktor setelah peruntukan itu disalurkan pada akhir tahun lepas.
Penjual jagung hina kaum India tampil mohon maaf
Penjual jagung yang meletakkan papan tanda berunsur perkauman terhadap kaum India tampil memohon maaf atas kesilapannya itu.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Dia yang dikenali sebagai Abdul Aziz Musa berkata, perbuatan itu sama sekali tidak berniat untuk menghina kaum India.
Kehadiran anggota polis di kedai buku hanya rondaan rutin
Kehadiran anggota polis di sebuah galeri buku di Petaling Jaya hanya sekadar rondaan rutin dan bukan bertujuan mengganggu aktiviti perniagaan.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, penjelasan ini bagi menjawab hantaran dimuat naik di aplikasi X berkaitan kehadiran pihaknya serta penguatkuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN) di premis terbabit
![IOFS hantar konvoi bantuan pertama ke Gaza tangani krisis makanan IOFS hantar konvoi bantuan pertama ke Gaza tangani krisis makanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/61737723430_IOFS.jpg)
IOFS hantar konvoi bantuan pertama ke Gaza tangani krisis makanan
IOFS telah menghantar konvoi bantuan pertama menerusi "Program Tepung untuk Kemanusiaan" ke Gaza pada Isnin (20 Jan), membekalkan 200 tan tepung gandum untuk menangani kekurangan makanan kritikal.
![Malaysia komited bekerjasama dengan JHCO, KHCC demi rakyat Palestin Malaysia komited bekerjasama dengan JHCO, KHCC demi rakyat Palestin](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718036192_mohamadhasan.jpg)
Malaysia komited bekerjasama dengan JHCO, KHCC demi rakyat Palestin
Malaysia komited untuk bekerjasama dengan pusat operasi Pertubuhan Kebajikan Hashemite Jordan (JHCO) dalam usaha menghulurkan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin, kini dan pada masa akan datang.