HANOI: Malaysia bersetuju mengiktiraf sijil vaksinasi Vietnam selepas mengambil kira bahawa negara itu turut menggunakan jenis-jenis vaksin diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), bagi meningkatkan aktiviti pelancongan dalam kerjasama pasca pandemik COVID-19 kedua-dua negara.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata Vietnam membuka sempadan antarabangsanya pada 15 Mac lepas, manakala Malaysia juga telah membuat keputusan untuk membuka sempadannya kepada kunjungan pelawat antarabangsa bermula 1 April ini.
Beliau berkata dalam lawatan rasminya ke Vietnam, beliau turut mengutarakan beberapa inisiatif kerjasama baharu, di samping meningkatkan kerjasama sedia ada ke tahap yang lebih tinggi.
"Pertamanya mengenai pengiktirafan sijil vaksinasi COVID-19 secara timbal balas. Vietnam telah pun mengiktiraf sijil vaksinasi Malaysia sebelum ini (Ogos 2021), dan semasa pertemuan saya dengan Perdana Menteri Vietnam (Pham Minh Chinh) saya memaklumkan bahawa Malaysia bersetuju untuk mengiktiraf sijil vaksinasi Vietnam," katanya.
Bercakap kepada kumpulan media Malaysia di sini selepas mengakhiri lawatan rasmi dua hari di Vietnam, semalam, katanya beliau turut mencadangkan supaya kedua-dua negara memuktamadkan proses integrasi aplikasi MySejahtera Malaysia dengan PC COVID Vietnam.
"Jadi dengan integrasi kedua-dua 'apps' ini, ia akan memudahkan perjalanan terutama yang melibatkan pintu masuk kedua-dua negara. Ini bermakna rakyat Vietnam boleh guna apps mereka untuk memasuki negara kita dan kita juga boleh guna MySejahtera di Vietnam.
"Ini akan memudahkan, dan pastinya akan menggalakkan pelancongan kedua-dua negara," kata beliau, yang menyifatkan lawatan rasmi sulungnya ke negara itu berjaya meningkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang antaranya, ekonomi, pelaburan dan pelancongan.
Mengenai hubungan dua hala, Perdana Menteri berkata dalam usaha meningkatkan Perkongsian Strategik Malaysia-Vietnam, beliau menggariskan pendekatan yang menyeluruh dalam hubungan di antara kedua-dua negara, baik di peringkat kerajaan dengan kerajaan, mahupun di peringkat masyarakat perniagaan, dan juga hubungan rakyat dengan rakyat.
Beliau berkata semasa pertemuan dan perbincangannya dengan empat pemimpin Vietnam, jelas sekali mereka, seperti Malaysia, sangat komited untuk terus melaksanakan kerjasama yang terangkum dan komprehensif di bawah Pelan Tindakan (POA) 2021-2025 Pelaksanaan Perkongsian Strategik Malaysia- Vietnam.
Katanya pada 2023, Malaysia dan Vietnam akan meraikan Jubli Emas, iaitu ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua negara, sehubungan itu beliau telah mencadangkan supaya kedua-dua negara menganjurkan program-program sesuai sebagai memperingati detik bersejarah itu.
"Saya turut mencadangkan pertukaran lawatan peringkat tertinggi sempena sambutan ulang tahun itu. Ia akan dimulai dengan Lawatan Negara Presiden Vietnam Nguyen Xuan Phuc ke Malaysia dalam tahun ini," katanya dan menambah pendekatan serta cadangan-cadangannya disambut baik oleh pemimpin-pemimpin Vietnam.
Ismail Sabri turut bersyukur dan berasa amat gembira kerana berpeluang mengadakan lawatan rasmi ke Vietnam, dan beliau menyifatkan kunjungannya ke negara itu pastinya mampu merapatkan hubungan diplomatik, negara dengan negara, dan rakyat dengan rakyat.
Semalam Perdana Menteri dan delegasi Malaysia membuat kunjungan hormat ke atas Phuc di Istana Presiden diikuti kunjungan hormat ke atas Setiausaha Agung Parti Komunis Vietnam (CPV) Nguyen Phu Trong, di Ibu pejabat CPV dan juga ke atas Pengerusi Dewan Rakyat Vuong Dinh Hue, di Bangunan Dewan Rakyat di sini.
Sebelum itu Perdana Menteri disambut dengan hamparan permaidani merah dan diberikan sambutan rasmi sebaik tiba di perkarangan Istana Presiden dan ketibaan beliau disambut oleh rakan sejawatnya, Chinh.
Dalam semua pertemuan itu Ismail Sabri menggunakan sepenuhnya bahasa kebangsaan yang kemudiannya diterjemah ke dalam Bahasa Inggeris.
Turut hadir pada pertemuan itu ialah Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun dan pegawai-pegawai kanan.
Kunjungan sulung Perdana Menteri ke Vietnam ini adalah atas undangan Chinh, dan Ismail Sabri yang tiba di sini Ahad, dijadualkan berlepas pulang ke Kuala Lumpur tengah hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Mar 22 2022
Perdana Menteri berkata, dalam lawatan rasminya ke Vietnam, beliau turut mengutarakan beberapa inisiatif kerjasama baharu, di samping meningkatkan kerjasama sedia ada ke tahap yang lebih tinggi. - Foto BERNAMA
Lebih 800 maut akibat wabak mpox di Afrika
Sebanyak 34,297 kes direkodkan di seluruh benua itu sejak Januari lalu, termasuk 38 kes di Ghana.
AWANI Pagi: Ada apa dengan cinta ekspres?
7.30 pagi Sabtu bersama Dr. Norsafatul Aznin A.Razak, Pensyarah Kanan Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya dan Amni Sahira Muhammad Azam, Kaunselor Pelatih, Fakulti Pendidikan, Universiti Malaya membincangkan mengenai isu hubungan khususnya dalam soal memperjudikan hubungan dengan cinta ekspres.
Banjir Bosnia: Tiada rakyat Malaysia terkesan, Wisma Putra terus pantau rapat keadaan semasa
Setakat ini, tiada rakyat Malaysia dilaporkan terlibat atau terkesan dalam bencana alam tersebut.
19 terkorban akibat banjir, tanah runtuh di Bosnia
Sebahagian besar bandar dan kawasan pedalaman terputus hubungan akibat jalan raya yang ditenggelami air banjir.
Lelaki maut kereta terbabas langgar pokok di Manjung
Mangsa disahkan maut di lokasi oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia.
Durian segar Malaysia di China habis dijual tidak sampai 24 jam
Tidak sampai 24 jam, hampir 40 tan durian segar pertama Malaysia ke China yang dipasarkan pada 26 Ogos lepas di outlet peruncitan terpilih di enam wilayah negara Tembok Besar itu habis terjual.
Keldai akaun ditahan sebabkan kerugian hampir RM60,000
Polis menahan lelaki berumur 58 tahun dipercayai keldai akaun kepada sindiket penipuan yang menawarkan kerja sambilan tidak wujud secara dalam talian sehingga menyebabkan mangsa kerugian RM59,569 baru-baru ini.
Lebih 200 maut akibat taufan Helene di AS
Seramai 200 orang disahkan maut sehingga Jumaat selepas Taufan Helene melanda beberapa negeri di tenggara Amerika Syarikat (AS), menjadikannya ribut paling membahayakan kedua yang melanda AS dalam lebih setengah abad.
Taiwan laksana operasi pembersihan selepas taufan Krathon
Taiwan sedang giat membersihkan kerosakan akibat banjir dan angin kencang selepas Taufan Krathon melanda bandar pelabuhan utama, sementara penduduk di sebahagian besar kawasan lain di pulau itu kembali bekerja dan pasaran kewangan dibuka semula.
AS dakwa Rusia, Iran dan China guna AI sabotaj pilihan raya
Amerika Syarikat (AS) berdepan ancaman dari Rusia, Iran dan China, yang didakwa cuba mempengaruhi Pilihan Raya Presiden 2024 dengan menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menyebarkan maklumat palsu serta mencetuskan perpecahan.
Malaysia iktiraf sijil vaksinasi Vietnam - PM
Ia selepas mengambil kira bahawa negara itu turut menggunakan jenis-jenis vaksin diluluskan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).