SINGAPURA: Ekspo Malaysia Fest 2024 mulai 25 hingga 28 Julai di pusat konvensyen dan pameran EKSPO Singapura akan mempamerkan pelbagai produk makanan, fesyen, kecantikan dan pelancongan negara ini.
Pengerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama), Aminuddin Zulkipili berkata, pesta itu, anjuran Kementerian Pertanian dan Keselamatan Makanan melalui Fama, dengan kerjasama MegaXpress International Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura, akan menempatkan lebih 300 gerai.
"Fama akan mempromosikan produk pertanian bagi meningkatkan angka eksportnya," katanya pada majlis pra- melancarkan publisiti ekspo tersebut di sini hari ini. Ia akan membawa lebih 20 tan buah-buahan bermusim serta 2,000 unit produk segar dan diproses.
"Penawaran unik kali ini akan merangkumi aiskrim Harumanis Mokti's, buah-buahan tropika Borneo seperti longan kristal, tarap dan bambangan serta buah-buahan nadir seperti rambai, kundang dan gucil," katanya.
Dalam edisi ketujuhnya yang bertemakan "Terokai Permata Malaysia", ia menyasarkan untuk menjana jualan langsung sebanyak RM12 juta selain menarik 120,000 pengunjung, kata Aminuddin.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar memberitahu, acara tersebut pada tahun lepas telah merekodkan kedatangan 135,000 pengunjung dan menjana jualan RM17.8 juta, melepasi sasaran penganjur.
"Tahun lepas, buat pertama kalinya, kami melancarkan segmen perniagaan-ke-perniagaan (B2B); yang mana Usahawan Malaysia berpeluang bertemu rakan-rakan di Singapura dan hasilnya amat memuaskan hati.
"Malaysia Fest terus menjadi tumpuan warga Singapura bagi mendapatkan produk Malaysia. Kami berharap kami akan dapat melepasi sasaran kami tahun ini," katanya sambil menambah bahawa sebahagian daripada keuntungan akan disalurkan ke Masjid Al-Amin Singapura.
Azfar berkata, Malaysia Fest 2024 akan menampilkan program "Cashless Lah Boss", selaras dengan inisiatif kerajaan untuk mempromosikan pembayaran tanpa tunai rentas sempadan.
Pelawat perlu membuat pembelian minimum S$20 (S$1=RM3.48) dengan menggunakan Kod QR DuitNow untuk berpeluang memenangi sama ada wang tunai, pakej percutian di Malaysia atau barangan elektronik dengan nilai keseluruhan S$10,000 di bawah program itu, yang dibuat dengan kerjasama PayNet.
MegaXpress International, dalam satu kenyataan berkata ekspo tahun ini akan memaparkan astaka Selangor, Johor, Pulau Pinang, Perak serta dari Tourism Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Fama.
Selebriti termasuk ikon Malaysia seperti penyanyi dan ahli perniagaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin juga akan menyertai acara itu.
Program lain yang turut disusun merangkumi demonstrasi memasak, ceramah interaktif Islamik dan aktiviti yang dianjurkan oleh Masjid Al-Amin, pertandingan serta persembahan penyanyi Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Tue Jul 09 2024
Siti Nurhaliza dijangka turut sama menyertai Ekspo Malaysia Fest 2024 mulai 25 hingga 28 Julai di pusat konvensyen dan pameran EKSPO Singapura. - Gambar fail
Anak siapa pun, tiada kompromi dalam kes buli - Fadhlina
Fadhlina mengulas dakwaan vokalis kumpulan Spider, Tam yang mendedahkan anak lelakinya menjadi mangsa buli di sebuah sekolah berasrama.
Pelaburan defensif: Perlindungan semasa ketidaktentuan pasaran
Pelaburan defensif memainkan peranan penting dalam melindungi modal pelabur semasa pasaran tidak menentu, dengan fokus pada aset stabil seperti bon dan saham dividen.
AWANI Ringkas: Fattah tunai tanggungjawab
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Genap setahun perang Gaza: Kemusnahan, kematian dan krisis kemanusiaan
Peningkatan konflik yang berterusan serta kekurangan kawalan dalam Kabinet Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu berpotensi menjejaskan sebarang rundingan tawanan dan gencatan senjata di Gaza.
Sasar Sarawak Delta Geopark dapat pengiktirafan UNESCO menjelang 2026 - Abang Johari
Pengiktirafan Sarawak Delta Geopark kelak akan memberikan kesan positif kepada kualiti industri pelancongan Sarawak.
Fattah ada bukti transaksi bank, bayar nafkah
Pelakon Fattah Amin terkejut dan kesal apabila bekas isterinya, Nur Fazura mendakwa dirinya mengabaikan tanggungjawab sebagai suami dan tidak memberi nafkah.
Curang, tak bayar nafkah punca cerai dengan Fattah - Fazura
Aktres Nur Fazura mendakwa isu curang dan culas bayar nafkah sebagai punca perceraiannya dengan bekas suami yang juga pelakon, Fattah Amin.
Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri petang ini
Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran ribut petir atau hujan lebat di tujuh negeri hingga 6 petang ini.
Usaha kerjasama dengan GLIC pacu pelaburan domestik lebih besar - Khazanah
Entiti milik kerajaan, yang "lazimnya dikecam" kerana lebih "mendapat keutamaan", sebaliknya mempunyai tanggungjawab untuk "menarik penglibatan" pemain swasta dan pihak berkepentingan.
Karnival Baca Perdana 2024: Pemacu perpaduan dan pembudayaan ilmu
Karnival Baca Perdana 2024 anjuran Kementerian Perpaduan Negara melalui Perpustakaan Negara Malaysia dijangka menjadi jambatan penghubung masyarakat berbilang kaum melalui buku dan bahan bacaan.
Malaysia Fest 2024 pamer produk tempatan di Singapura mulai 25 Julai
Ekspo Malaysia Fest 2024 mulai 25 hingga 28 Julai di pusat konvensyen dan pameran EKSPO Singapura akan pamer pelbagai produk makanan, fesyen, kecantikan dan pelancongan negara ini.