Duta Besar Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar Al Agha memuji Kerajaan Malaysia kerana peranan yang dimainkannya dalam resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC) yang menuntut Israel menghentikan pembinaan penempatan haram.
Beliau berkata pengundian bersejarah itu boleh menjadi titik penting dalam merintis jalan ke arah mencapai penyelesaian terhadap konflik Israel-Palestin yang berlarutan sejak sekian lama.
Katanya, sejak sekian lama, Malaysia sentiasa konsisten dalam memberi sokongannya ke arah mencari penyelesaian secara adil dan keamanan berkekalan untuk rakyat Palestin.
"Resolusi itu diluluskan setelah bertahun-tahun ditolak melalui veto di Pertubuhan Bangsa Bersatu dan kami ingin mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana peranannya dalam menggesa Israel menghentikan pembinaan penempatan haram di wilayah Palestin yang diduduki," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis sambutan ulang tahun ke-52 Revolusi Palestin dan penubuhan Pergerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Fatah) di Kedutaan Palestin di sini pada Rabu.
Pada 23 Dis 2016, Resolusi 2334 diluluskan dengan sokongan 14 daripada 15 anggota UNSC, termasuk Malaysia sebagai anggota tidak tetap, yang menggesa Israel agar segera menghentikan pembinaan penempatan haram di bumi Palestin. Amerika Syarikat, yang mempunyai kuasa veto, tidak mengundi.
Anwar berkata agenda utama pergerakan pembebasan itu sekarang ialah untuk meningkatkan penglibatan bersama secara lebih kerap dengan masyarakat antarabangsa bagi memberi penjelasan tentang nasib yang menimpa rakyat Palestin.
Menurut beliau, Kerajaan Palestin di bawah kepimpinan Presiden Mahmoud Abbas, sentiasa berkempen mengenai penentangan secara aman dan popular dan menentang sebarang bentuk keganasan.
"Resolusi itu membuktikan bahawa cara bukan keganasan juga boleh mencapai kejayaan dan kami akan terus menggunakan pendekatan ini dalam perjuangan kami.
Satu-satunya harapan kami ialah kami akan mencapai persetujuan damai dan menubuhkan sebuah kerajaan perpaduan dalam kalangan semua kumpulan di Palestin, terutama dengan Hamas. Ini penting untuk menjadikan kami bersatu bagi menamatkan pendudukan Israel," katanya. -- Bernama
Bernama
Wed Jan 04 2017
![Malaysia dipuji kerana pengundian UNSC hentikan penempatan haram Israel Malaysia dipuji kerana pengundian UNSC hentikan penempatan haram Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452264266_DutaBesarPalestin.jpg)
Kata Dr Anwar, sejak sekian lama, Malaysia sentiasa konsisten dalam memberi sokongannya ke arah mencari penyelesaian secara adil dan keamanan berkekalan untuk rakyat Palestin. - Gambar fail
![Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41721119130_wargaemasbersalah.jpg)
Warga emas bersalah bunuh abang, kakak ipar
Mahkamah Tinggi di sini hari ini mensabitkan kesalahan seorang warga emas atas dua pertuduhan pindaan membunuh abang dan kakak iparnya dua tahun lalu.
![PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71721120782_TBMASERMIEYATI.jpg)
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp kemuka laporan tindakan susulan
Mas Ermieyati Samsudin berkata tempoh itu diberikan susulan laporan audit berkaitan, baru dibentangkan pada minggu lepas.
![Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721118437_FahmiFadzil.jpg)
Buli siber: Beberapa kementerian bincang perketat undang-undang - Fahmi
Penambahbaikan aspek perundangan akan diteliti kerajaan, termasuk mengadakan perbincangan dengan beberapa kementerian berkaitan dalam masa terdekat.
![Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2019-12/81575261818_GobindSinghDeo.jpg)
Kementerian Digital sedia bantu PKS dalam pelaksanaan e-invois - Gobind
Beliau menegaskan bahawa pelaksanaan e-Invois itu akan memberi manfaat, termasuk meningkatkan pendapatan PKS.
![Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai? Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51721117483_KimPangon.jpg)
Kim Pan-gon akan ke Ulsan Hyundai?
Bekas pengendali skuad negara itu dilaporkan sedang menjadi calon utama untuk mengisi jawatan pengurus kelab gergasi Korea Selatan, Ulsan Hyundai.
![Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2016-12/41482504881_TamanTasikTitiwang.jpg)
Lebih 2,300 hektar kawasan lapang di ibu negara diperuntukkan kawasan hijau
Daripada keluasan itu, sebanyak 977.55 hektar tanah telah diwartakan, manakala 1,416.24 hektar tanah lapang yang berpotensi akan dan sedang dalam proses diwartakan.
Guna jawatan untuk projek pembekalan, suami isteri ditahan
Sepasang suami isteri direman enam hari dalam siasatan penyalahgunaan jawatan untuk mendapatkan projek pembekalan bernilai lebih RM200,000.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Noor Mazrinie Mahmood bermula hari ini hingga Ahad.
DBKL ubah lalu lintas Jalan Sultan Ismail bermula 22 Julai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan melaksanakan perubahan lalu lintas di Jalan Sultan Ismail berkuat kuasa 22 Julai ini.
![ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61721116604_ChongZheminDewan.jpg)
ADUN Rembia sertai Pas, kenapa tak umum tahun lepas? - MP Kampar
Tindakan tersebut seolah-olah satu penghinaan paling besar kepada Parlimen yang telah meluluskan pindaan Perlembagaan Persekutuan berkait Akta Antilompat Parti.
[TERKINI] Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka kembali teguh
Perbelanjaan pengguna Malaysia dijangka teguh sepanjang tahun ini, demikian menurut BMI, iaitu syarikat Fitch Solitions.
![Malaysia dipuji kerana pengundian UNSC hentikan penempatan haram Israel Malaysia dipuji kerana pengundian UNSC hentikan penempatan haram Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2016-01/61452264266_DutaBesarPalestin.jpg)
Malaysia dipuji kerana pengundian UNSC hentikan penempatan haram Israel
Duta Besar Palestin ke Malaysia Datuk Dr Anwar Al Agha hari ini memuji Kerajaan Malaysia kerana peranan yang dimainkannya dalam resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNSC).
![Individu 21 tahun ke atas perlu daftar sebagai pengundi sebelum jadi anggota Umno Individu 21 tahun ke atas perlu daftar sebagai pengundi sebelum jadi anggota Umno](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2013-10/41382247248_295x200.jpg)
Individu 21 tahun ke atas perlu daftar sebagai pengundi sebelum jadi anggota Umno
Mereka yang berhasrat untuk menjadi ahli Umno perlu berdaftar terlebih dahulu sebagai pengundi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebelum memohon menjadi ahli parti itu.