BEIJING: Malam Gala Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Kumpulan Media China (CMG) disiarkan buat tontonan penonton tepat 8.00 malam Isnin dengan pelbagai kandungan yang unik dan penuh emosi.
Acara tersebut turut mendapat sentuhan teknologi penglihatan maya seperti realiti lanjutan (XR) dan realiti terimbuh (AR) dalam mempersembahkan kesenian yang mengujakan kepada penonton.
Malam Gala tersebut ditonton penonton dari dalam dan luar negera, serta turut mendapat pujian secara meluas.
Menurut statistik di peringkat permulaan, sehingga 12.00 tengah malam tadi, purata kadar tontonan siaran TV langsung rancangan mencapai 21.93 peratus.
Manakala, pengguna dalam kalangan media baharu mencecah 4.93 bilion, sekali gus menyaksikan pertambahan ketara berbanding 2021.
Tahun ini, penonton diberi pilihan menghayati rancangan tersebut menerusi telefon pintar dengan paparan skrin menegak dan merekodkan tontonan lebih 200 juta kali dengan lebih separuhnya daripadanya merupakan penonton berusia bawah 30 tahun.
Selain itu, rata-rata warganet turut memberi ulasan yang menggalakkan dan siaran tersebut juga berjaya mendapat sejumlah 360 juta 'likes'.
Ia turut disiarkan secara langsung oleh lebih 600 media dari lebih 170 negara dan kawasan.
Penonton luar negara yang menonton siaran langsung menerusi CNTV dan matriks sosial luar negara CGTN dilaporkan melebihi 35.24 juta penonton, menyaksikan pertambahan sebanyak 16.58 juta penonton.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 01 2022
Malam Gala tersebut ditonton penonton dari dalam dan luar negera, serta turut mendapat pujian secara meluas. - Foto BERNAMA
Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025
Jarak perjalanan dari Sarikei dan Tanjong Manis akan menjadi semakin dekat kepada hanya 50 minit apabila Jambatan Batang Rajang siap sepenuhnya pada Mac 2025.
Laporan pertama akan dibawa ke DUN Sarawak
Laporan Pertama Ombudsman Sarawak dijangka dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) tahun hadapan sejurus urusan penyediaan sistemnya selesai.
Tuntutan satu pertiga kerusi parlimen mesti ikut MA63 - Kelvin
Ahli Parlimen Bandar Kuching, Dr Kelvin Yii menyokong tuntutan satu pertiga atau 35 peratus kerusi Parlimen yang dibuat oleh Sarawak dan Sabah. Namun harus dibuat berdasarkan apa yang telah dipersetujui dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
PM Anwar ketuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak APEC
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) ke-31, di Lima, Peru.
Sabah sambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis
Kerajaan negeri menyambut baik keputusan Mahkamah Agung Perancis yang menolak sepenuhnya cabaran perundangan difailkan sekumpulan individu yang mendakwa sebagai waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah.
Kabinet tidak bincang isu Majlis Profesor Negara - Fahmi
Mesyuarat Kabinet hari ini tidak membincangkan isu berkaitan Majlis Profesor Negara (MPN) selepas Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk mengkaji sem
Kemuncak Monsun Timur Laut hujung Nov, taburan hujan tinggi
Monsun Timur Laut (MTL) dijangka mencapai kemuncaknya pada penghujung bulan ini menyaksikan taburan hujan yang tinggi di sempadan Malaysia-Thailand selain negeri di pantai timur serta Sabah dan Sarawak.
Lelaki maut maut di Hotel di Bintulu, dua suspek ditahan
Dua lelaki ditahan dipercayai terlibat dalam satu insiden tembakan di kawasan parkir kenderaan sebuah hotel di Bintulu pada lewat malam Khamis.
Pantau Agenda Reformasi: IPSOS: Rasuah kekal jadi kerisauan utama rakyat Malaysia
Isu rasuah kekal menjadi kebimbangan utama di Malaysia, diikuti oleh pengangguran dan kemiskinan. Sementara, kerisauan utama pada peringkat global ialah kadar inflasi, jenayah dan tahap kemiskinan.
Gunung berapi di Kamchatka menjadi berbahaya selepas tiga letusan
Salah satu letusan itu amat kuat, menghamburkan debu setinggi 11 kilometer.
Malam Gala Tahun Baharu Cina 2022 dapat sambutan hangat
Acara tersebut turut mendapat sentuhan teknologi penglihatan maya dalam mempersembahkan kesenian yang mengujakan kepada penonton.
Teater 'Tanah Akhirku' anjur Malam Gala kutip dana
Malam Gala yang akan diadakan pada 28 Ogos di Panggung Sari, Istana Budaya itu bertujuan untuk mengutip dana bagi menampung kos produksi yang mencecah RM500,000.
Putera Charles dan Camilla lawat Malaysia 3 Nov
Putera Mahkota Britain, Putera Wales, Putera Charles dan The Duchess of Cornwall, Camilla akan berangkat melawat ke Malaysia pada 3 November ini, selepas lawatan ke Singapura.