Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berpendapat terdapat "kemungkinan besar" untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Korea Utara sebagai tindak balas terhadap tindakan negara itu melancarkan peluru berpandu, kata Presiden majlis Elbio Rosselli, lapor agensi berita China Xinhua.
Beliau berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama 15 anggota Majlis Keselamatan berhubung isu Korea Utara.
Mesyuarat diadakan dua hari selepas Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu balistik.
Rosselli yang juga Duta Besar Uruguay ke PBB turut menyuarakan bantahannya terhadap ujian nuklear berterusan oleh Korea Utara dan Majlis Keselamatan akan mencari penyelesaian bagaimana cara untuk menghentikan sebarang ancaman.
Beliau berkata, Majlis Keselamatan PBB menekankan kepentingan mengekalkan keamanan serta kestabilan di Semenanjung Korea dan Timur Laut Asia, sambil menggesa Pyongyang menunjukkan komitmen ikhlas mereka mencari penyelesaian segera.
Selain itu, beliau menggesa semua negara anggota PBB menunaikan tanggungjawab di bawah resolusi Majlis Keselamatan berhubung sekatan ke atas Korea Utara.
Resolusi Majlis Keselamatan sebelum ini, melarang Korea Utara menjalankan sebarang pelancaran menggunakan teknologi peluru berpandu balistik, ujian nuklear atau provokasi lain.
Majlis Keselamatam telah mengenakan sekatan ketat terhadap Korea Utara termasuk mengharamkan penjualan dan pemindahan arang batu, besi dan bijih besi dari negara berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 17 2017
Elbio Rosselli Selain itu, beliau menggesa semua negara anggota PBB menunaikan tanggungjawab di bawah resolusi Majlis Keselamatan berhubung sekatan ke atas Korea Utara. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (15 Ogos 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Pasukan PBB lawat Bangladesh, siasat pembunuhan protes pelajar
Pasukan penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan melawat Bangladesh minggu depan untuk menyiasat ratusan kematian semasa protes yang diketuai pelajar baru-baru ini, menurut pegawai badan dunia itu pada Khamis.
Gempa bumi bermagnitud 5.7 gegar timur laut Taiwan
Gempa bumi berukuran 5.7 skala richter melanda daerah Timur Laut Taiwan pada Khamis.
Angka kematian di Gaza cecah 40,000 individu
Pasukan tentera Israel melakukan tiga pembunuhan beramai-ramai terhadap keluarga-keluarga di Semenanjung Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 rakyat Palestin terbunuh dan 107 lagi cedera, menurut sumber perubatan.
Jepun tamatkan amaran gempa bumi mega
Dalam tempoh berjaga-jaga, Agensi Meteorologi Jepun tidak melihat sebarang pergerakan gempa bumi yang luar biasa atau kerak bumi.
Rakyat UK terancam dengan imigran rampas peluang pekerjaan
Bimbang golongan imigran akan merampas peluang peluang pekerjaan menjadikan rakyat United KIngdom terutamanya mereka yang mempunyai masalah ekonomi melihat imigran sebagai satu ancaman.
Parti Pheu Thai pilih anak perempuan Thaksin calon PM
Paetongtarn, 37, adalah anak perempuan kepada jutawan yang juga bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra.
Pemilihan anak Thaksin sebagai PM Thailand dianggap tidak efektif
Pemilihan anak perempuan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra, Paetongtarn Shinawatra, untuk menggantikan Srettha Thavisin sebagai Perdana Menteri negara itu dianggap sebagai tidak efektif.
Angka kematian di seluruh Semenanjung Gaza meningkat kepada 40,005, lebih 92,401 cedera
Perkhidmatan kecemasan masih tidak dapat membantu ramai mangsa dan membawa keluar mayat yang terperangkap di bawah runtuhan.
DNA mangsa kebakaran di Pagoh diperoleh, jenazah dijangka dikebumikan esok
Polis mengesahkan telah menerima laporan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) dua mayat mangsa yang rentung dalam kebakaran rumah di Kampung Paya Redan, Pagoh, Johor Jumaat lepas.
Majlis Keselamatan PBB mungkin kenakan sekatan baharu terhadap Korea Utara
Elbio Rosselli berkata demikian selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama 15 anggota Majlis Keselamatan berhubung isu Korea Utara.