WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Isnin mengumumkan akan mendapatkan undian dalam Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyingkirkan Rusia daripada Majlis Hak Asasi Manusia.
Pengumuman itu dibuat susulan video dan gambar yang didakwa menunjukkan kekejaman dilakukan tentera Rusia.
"Kami tidak boleh membiarkan negara anggota mencacatkan setiap prinsip yang kami pegang dan tidak sepatutnya gunakan kerusinya dalam majlis itu sebagai alat propaganda," lapor Agensi Anadolu memetik jurucakap Jabatan Negara, Ned Price.
Ahli majlis itu boleh disingkirkan jika mendapat undian dua pertiga dalam Perhimpunan Agung jika sesebuah negara didapati terlibat dalam "penderaan kasar dan sistemik".
Sekurang-kurangnya 410 mayat orang awam ditemukan di bandar Bucha pada Ahad, menurut ketua pendakwa raya Ukraine.
Rusia telah menafikan tenteranya terlibat dalam pembunuhan orang awam semasa berundur dari bandar itu.
Ukraine dilaporkan menggesa organisasi antarabangsa menghantar pakar ke negara itu secepat mungkin bagi mengumpul bukti jenayah perang.
Terdahulu pada Isnin, Presiden Joe Biden menggesa Presiden Vladimir Putin dikenakan tindakan kerana kesalahan melakukan jenayah perang dan beliau "harus bertanggungjawab."
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 05 2022

PRICE: Kami tidak boleh membiarkan negara anggota mencacatkan setiap prinsip yang kami pegang dan tidak sepatutnya gunakan kerusinya dalam majlis itu sebagai alat propaganda. -Gambar fail/AP
[TERKINI] Gaji parlimen RM40,000 tak kan boleh miskin
Perdana Menteri menyifatkan pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Seri Muhyiddin Yassin sebagai hero jalanan yang hanta pandai mencetuskan sesuatu isu.

Sekolah di China mula perkenal mata pelajaran kecerdasan buatan tahun ini
China akan memperkenalkan mata pelajaran AI di sekolah mulai September untuk menjadi peneraju teknologi.

'Ada pendedahan nanti' - Along Cham mahu sahkan lafaz cerai taklik, Afreena enggan tangguh
Along enggan mengulas lanjut mengenai pelanggaran taklik untuk tidak membuka aib rumah tangga, sementara Afreena berharap proses berjalan lancar tanpa penangguhan.
AWANI Ringkas: Kerjasama Institusi Pondok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

'Saya dah tunggu setahun untuk keputusan ini' - Sarah Yasmine tuntut RM875,000 daripada Aliff Aziz
Sarah juga memberi tempoh tujuh hari kepada Aliff untuk melunaskan jumlah yang diminta atau bersedia menghadapi tindakan lanjut.
Tangan wanita melecur 'power bank' meletup dalam MRT
Alat pengecas telefon bimbit atau 'power bank' meletup sebelum terbakar dalam Transit Aliran Massa (MRT) di Singapura hingga menyebabkan tangan seorang wanita melecur.
Angka korban akibat ribut di selatan Argentina meningkat kepada 15
Angka korban akibat ribut kencang yang melanda bandar pelabuhan Bahia Blanca di selatan Argentina pada Jumaat meningkat kepada 15 orang dan dijangka akan terus meningkat.

Lady Gaga buat 4 konsert di Stadium Nasional Singapura pada Mei 2025
Singapura akan menjadi satu-satunya destinasi di rantau Asia bagi Lady Gaga dalam konsert jelajahnya kali ini.
"Amerika bukan Kanada", bidas Mark Carney terhadap ancaman AS
Bekas pegawai bank pusat, Mark Carney bertegas Kanada tidak akan pernah menjadi sebahagian daripada Amerika Syarikat dan sentiasa bersedia apabila ada pihak yang mencabar kedaulatannya.
Lebih 12,000 wanita jadi korban keganasan Israel di Gaza
Serangan berterusan di Gaza memberi kesan amat dahsyat kepada wanita, dengan seramai 12,298 wanita terkorban akibat serangan udara dan serangan tentera Israel.

AS mahu dapatkan undi singkirkan Rusia dari Majlis Hak Asasi Manusia PBB
Pengumuman itu dibuat susulan video dan gambar yang didakwa menunjukkan kekejaman dilakukan tentera Rusia.

Blinken pendekkan lawatan ke Asia Tenggara
Ia berikutan seorang daripada wartawan yang mengikuti rombongan beliau disahkan positif COVID-19 selepas tiba di Malaysia.

AS gantung bantuan US$700 juta kepada Sudan selepas rampasan kuasa tentera
Penangkapan pegawai kerajaan awam dan pemimpin politik lain, termasuk Perdana Menteri Abdalla Hamdok, menjejaskan proses peralihan negara.

Amerika Syarikat akan keluarkan laporan siasatan pembunuhan Jamal Khashoggi
Ia dijangka akan mengaitkan pembunuhan itu secara langsung dengan Putera Mahkota Arab Saudi.

Kudeta Myanmar: Amerika Syarikat desak junta bebaskan pemimpin politik
Presiden Joe Biden, sebelum ini, menyifatkan rampasan kuasa di Myanmar sebagai pencabulan ke atas proses peralihan negara itu ke sistem demokrasi.

Perjanjian START: Amerika Syarikat setuju lanjutkan perjanjian nuklear dengan Rusia
Jabatan Negara optimis perjanjian akan membolehkan ia terus memantau had pemilikan senjata nuklear Rusia.

White House ucap takziah atas kejadian menyayat hati di Mina
White House pada Khamis merakamkan ucapan takziah selepas insiden menyayat hati melibatkan ribuan jemaah haji di Arab Saudi yang telah mengakibatkan lebih 700 warga Islam maut.