KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Singapura telah membenarkan penangguhan sementara bagi hukuman mati ke atas Pausi Jefridin, warga Malaysia dengan tahap IQ rendah atau lembam, dan warga Singapura Roslan Bakar hari ini, susulan satu rayuan yang difailkan.
Pausi dan Roslan, yang juga mempunyai tahap IQ rendah, dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah pada 2010 dan dijadualkan dihukum gantung hari ini.
Peguam Pausi dan Roslan telah memfailkan semakan kehakiman baharu petang semalam (Selasa) dalam usaha untuk menghentikan pelaksanaan hukuman mereka, selepas percubaan serupa pada hari yang sama telah ditolak oleh Mahkamah Rayuan Singapura.
Kedua-duanya berada dalam senarai menunggu hukuman mati sejak 12 tahun lalu dan mereka dilaporkan hanya dimaklumkan tentang hukuman yang bakal dilaksanakan hari ini pada minggu lalu.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam menggesa Singapura tidak melaksanakan hukuman mati terhadap mereka.
Media sebelum ini melaporkan kenyataan Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) bahawa walaupun Pausi disahkan kurang upaya intelektual dengan IQ pada tahap 67, masalah kurang upaya itu ditolak hakim mahkamah.
Seorang lagi warga Malaysia dengan IQ rendah, Nagaenthran K Dharmalingam, turut berdepan hukuman mati pada 10 November 2021.
Namun, dia diberi penangguhan pelaksanaan hukuman oleh Mahkamah Rayuan dan bakal berdepan proses rayuan.
Agensi
Wed Feb 16 2022

Pausi dan Roslan dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah pada 2010 dan dijadualkan dihukum gantung hari ini. - Gambar fail

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.
DBKL ambil alih pengurusan bazar, tawar sewaan berpatutan
Bermula tahun ini, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan bazar Ramadan dan Aidilfitri di ibu kota, termasuk urusan permohonan lesen, pengoperasian tapak serta kawalan bazar.
598 warga asing ditahan di Klang, ada yang sanggup sembunyi dalam longkang
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Imigresen Malaysia Jafri Embok Taha berkata, kesalahan dilakukan merangkumi tiada dokumen perjalanan sah, tinggal lebih masa, salah guna pas dan pelbagai kesalahan lain.
AWANI Ringkas: Reformasi Institusi, Perkukuh Demokrasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hukuman gantung: Mahkamah Rayuan Singapura tolak rayuan warga Malaysia IQ rendah
Mahkamah Rayuan Singapura menolak permohonan pengecualian hukuman mati membabitkan dua individu lelaki berkaitan kes pengedaran dadah.

Mahkamah Tinggi Singapura benarkan penangguhan interim hukuman mati warga Malaysia IQ rendah
Pausi dan Roslan, yang juga mempunyai tahap IQ rendah dijatuhi hukuman mati kerana mengedar dadah pada 2010 dan dijadualkan dihukum gantung hari ini.

Warga Malaysia IQ rendah bakal jalani hukuman gantung di Singapura
Ahli keluarganya dimaklumkan lapan hari sebelum tarikh penggantungan pada 16 Februari.