ANKARA: Mahkamah tentera di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi serta penasihat ekonominya, warga Australia, atas tuduhan melanggar akta rahsia rasmi.
Suu Kyi dan Profesor Sean Turnell disabitkan bersalah oleh Mahkamah Daerah Pyinmana atas pertuduhan melanggar akta rahsia rasmi, selepas 18 bulan perbicaraan, lapor Agensi Anadolu memetik media tempatan Myanmar Now pada Khamis.
Mahkamah juga menjatuhkan hukuman penjara yang sama ke atas bekas anggota Kabinet Suu Kyi, termasuk Menteri Kewangan, Kyaw Win, penggantinya Soe Win, dan timbalan menteri Set Aung atas pertuduhan yang sama.
Awal bulan ini, Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas pertuduhan penipuan dalam pilihan raya.
Suu Kyi kini berdepan sabitan penjara 23 tahun sejak tentera menggulingkan kerajaannya pada Februari tahun lalu.
Pada Jun, rejim tentera memindahkannya ke penjara dan meletakkannya dalam kurungan bersendirian.
Selepas rampasan kuasa tentera pada 24 Feb 2021, Suu Kyi diletakkan di bawah tahanan rumah sehingga April tahun ini, sebelum dipindahkan ke lokasi yang tidak diketahui, dipercayai Penjara Naypyitaw.
Wanita itu berhadapan lebih sedozen pertuduhan, termasuk rasuah. Bagi kes rasuah, beliau disabitkan dengan hukuman penjara lima tahun pada April.
Sebelum ini Suu Kyi menghabiskan kira-kira 15 tahun di bawah tahanan rumah semasa rejim junta berbeza di negara majoriti Buddha itu.
Suu Kyi dipenjarakan untuk kali kedua sejak 2009. Rejim junta ketika itu memindahkannya ke Penjara Insein Yangon selama empat bulan pada awal tahun itu kerana "melanggar peraturan tahanan rumahnya."
Kerajaan Suu Kyi digulingkan dalam rampasan kuasa tentera tahun lalu selepas memenangi pilihan raya kebangsaan pada November 2020.
Rampasan kuasa itu diikuti dengan pergolakan awam yang meluas apabila orang ramai mengecam penyingkirannya dan pemerintahan tentera. Junta membalas secara ganas ke atas mereka yang melakukan protes, walaupun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa negara itu menuju kepada perang saudara.
Pasukan junta telah membunuh lebih 1,500 orang dalam tindakan keras ke atas pihak yang menentangnya, menurut Persatuan Bantuan untuk Tahanan Politik, sebuah kumpulan pemantau tempatan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 29 2022
![Mahkamah tentera Myanmar jatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi Mahkamah tentera Myanmar jatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662135864_TBMYANMAR.jpg)
Mahkamah tentera di Myanmar menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi serta penasihat ekonominya, warga Australia, atas tuduhan melanggar akta rahsia rasmi. - Gambar fail/REUTERS
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Mahkamah tentera Myanmar jatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi Mahkamah tentera Myanmar jatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/61662135864_TBMYANMAR.jpg)
Mahkamah tentera Myanmar jatuhkan hukuman penjara tiga tahun ke atas Suu Kyi
Suu Kyi dan Profesor Sean Turnell disabitkan bersalah oleh Mahkamah Daerah Pyinmana atas pertuduhan melanggar akta rahsia rasmi, selepas 18 bulan perbicaraan.