ERFURT (Jerman): Mahkamah Jerman dalam keputusan pertama seumpamanya memutuskan bahawa seorang pekerja boleh dipecat jika menghina majikan atau rakan sekerja mereka dalam kumpulan WhatsApp peribadi.
Hakim memutuskan bahawa walaupun ahli kumpulan mungkin berkongsi komen mereka secara sulit, tetapi apabila menyentuh mengenai kenyataan menghina atau berbaur perkauman, kerahsiaan hanya terpakai dalam kes luar biasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) pada Khamis.
Jika kata-kata penghinaan itu diketahui umum, pekerja boleh dipecat, menurut keputusan Mahkamah Buruh Jerman selepas menimbang kes kumpulan WhatsApp di syarikat penerbangan TUIfly.
Kes itu membabitkan sekumpulan rakan dan dua saudara lelaki yang bekerja di TUIfly yang berkongsi "penghinaan jelas", yang belum sedia dikongsi semula oleh pegawai.
Tujuh rakan sekerja syarikat penerbangan itu bertukar-tukar mesej WhatsApp selama beberapa tahun, menghina satu sama lain dan mereka yang bukan sebahagian daripada kumpulan sembang itu.
Mereka berkongsi kenyataan menghina, berbaur perkauman, tidak berperikemanusiaan dan seksis serta menggalakkan keganasan, dengan ugutan untuk "menumbuk muka orang".
Sebahagian daripada sejarah sembang mereka telah disalin dan dihantar kepada majlis kerja dan pengurus kakitangan yang akhirnya menyebabkan mereka dipecat.
Mahkamah buruh sedang menimbang keputusan mahkamah rendah itu yang mendapati ahli kumpulan tersebut mempercayai bahawa sesi sembang mereka sah dan rahsia.
Mahkamah mendapati kumpulan sembang, sama ada merupakan komunikasi yang dilindungi dan sulit, bergantung kepada jenis mesej dan saiz serta komposisi kumpulan itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 25 2023
Mahkamah Buruh Jerman membuat keputusan itu selepas menimbang kes kumpulan WhatsApp di syarikat penerbangan TUIfly. - Gambar hiasan
MAA semak semula unjuran jualan kenderaan 2024 kepada 765,000 unit
Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah menyemak semula unjuran jualan kenderaan bermotor baharu bagi 2024 kepada 765,000 unit daripada anggaran sebelumnya sebanyak 740,000 unit.
RUU 355: Pindaan perlu untuk praktikaliti, keadilan
Apa sahaja pindaan terhadap akta itu perlu berjalan selari dengan persediaan mereka yang bertanggungjawab melaksanakannya.
Rasionalisasi RON95 dijangka beri impak lebih besar kepada PKS - SAMENTA
SAMENTA menjangkakan rasionalisasi RON95 akan memberi impak yang lebih besar kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) berbanding pelarasan subsidi diesel.
Malaysia sasar pengeluaran 40 peratus sektor akuakultur menjelang 2030
Malaysia menyasarkan pengeluaran 40 peratus hasil sektor akuakultur menjelang 2030 dalam usaha membantu mengimbangi keperluan perikanan negara.
10 Berita Pilihan - (16 Julai 2024
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PAC beri tempoh tiga bulan kepada HRD Corp
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) memberi tempoh tiga bulan kepada Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) untuk mengemukakan laporan tindakan susulan terhadap syor jawatankuasa itu.
Kylian Mbappe tandatangan kontrak dengan Real Madrid
Bintang bola sepak Perancis Kylian Mbappe menandatangani kontrak selama lima tahun dengan kelab Sepanyol Real Madrid pada Selasa.
Pelepasan ketujuh air sisa nuklear Fukushima ke laut selesai
Jepun telah menyelesaikan pusingan ketujuh pelepasan air sisa radioaktif yang dirawat dari loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi ke Lautan Pasifik pada Selasa.
Empat termasuk kapten maut dalam pertempuran
Empat anggota tentera India termasuk kapten meninggal dunia akibat kecederaan selepas pertempuuran pada malam isnin di Hutan Desa.
Pakistan sahkan 4 warganya terbunuh di Oman
Pakistan berkata pada Selasa empat warganya terbunuh dalam insiden tembakan pada malam Isnin berhampiran ibu negara Oman, Muscat.
Mahkamah putuskan pekerja boleh dipecat jika hina ketua, rakan sekerja di WhatsApp
Mahkamah Jerman dalam keputusan pertama seumpamanya memutuskan bahawa seorang pekerja boleh dipecat jika menghina majikan atau rakan sekerja mereka dalam kumpulan WhatsApp peribadi.