KARACHI: Mahkamah tinggi Pakistan pada Selasa menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri Imran Khan selepas beliau gagal hadir perbicaraan kes berkaitan pembelian dan penjualan hadiah yang diberikan kenamaan asing semasa beliau menjadi perdana menteri.
Ketua Hakim Negara Aamer Farooq mengarahkan polis untuk tidak menangkap Khan sehingga 13 Mac, lapor Agensi Anadolu.
Mahkamah juga memerintahkan bekas Perdana Menteri itu hadir ke mahkamah pada tarikh yang sama (13 Mac) bagi perbicaraan kes itu.
Mahkamah Islamabad minggu lalu mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin itu selepas beliau sebelum ini gagal menghadiri perbicaraan.
Polis pada Ahad cuba menahan Khan tetapi menerima tentangan hebat dari penyokongnya di bandar timur laut Lahore.
Khan, 70, disingkirkan selepas Parlimen meluluskan usul undi tidak percaya terhadapnya pada April tahun lalu.
Beliau kini disabitkan dengan pelbagai kes jenayah termasuk keganasan, cubaan membunuh dan pengubahan wang haram.
Khan sebelum ini mendakwa wujud konspirasi yang disokong negara asing bagi menjatuhkan pemerintahannya.
Khan terselamat daripada cubaan bunuh ketika mengetuai perarakan di daerah Wazirabad di wilayah Punjab pada November.
Sejak itu, beliau menetap di kediamannya di Lahore dan gagal hadir perbicaraan mahkamah atas alasan kesihatan dan keselamatan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 08 2023
Khan sebelum ini mendakwa wujud konspirasi yang disokong negara asing bagi menjatuhkan pemerintahannya. - Foto REUTERS/Mohsin Raza
Pelbagai usaha pastikan pesawah di Kelantan tanam padi ikut jadual - Mohamad
Antara usaha dijalankan termasuk operasi pembenihan awan tiga kali dan kelulusan segera RM20 juta oleh PM Anwar untuk membeli pam air.
Pemandu, kelindan cedera lori rempuh belakang treler muatan batu kerikil
Kejadian berlaku sekitar jam 1.46 pagi dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Meru Raya diatur gerak ke lokasi.
Stadium Shah Alam saksi jatuh bangun bola sepak Selangor
"Terima kasih Stadium Shah Alam untuk segala memori yang tercipta."
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [05 Julai 2024]
Fokus Awani Pagi bersama Azib Zikry & Farhan Hakimi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
- Sasaran 3,000 kilang pintar dipacu 5G menjelang 2030
- Kerajaan sedia terima kritikan membina bagi tambah baik tatakelola
- Parti Buruh UK diramal menang besar, Keir Starmer bakal jadi PM baharu
#AWANInews #AWANIPagi
2 juta tan pelepasan CO2 akibat pemusnahan bangunan di Gaza oleh Israel
Serangan berterusan Israel ke atas Gaza telah mengakibatkan kemusnahan alam sekitar yang ketara, termasuk dua juta tan pelepasan karbon dioksida (CO2).
PRK Sungai Bakap: Jalan sekitar Dewan Serbaguna Jawi ditutup bermula hari ini hingga Ahad
Beberapa jalan di sekitar kawasan Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi akan ditutup bermula jam 5 petang Jumaat hingga 3 petang Ahad ini.
Penyanyi rap Sean Diddy berdepan tuduhan jenayah seksual baharu
Aduan yang difailkan di New York oleh bekas bintang filem lucah, Adria English, merupakan kes terbaharu daripada beberapa dakwaan.
PRK Sungai Bakap: Latar belakang Cikgu Joohari mampu tambat hati golongan muda - Adam Adli
Cikgu Joohari itu tidak perlu berlakon untuk menjadi orang muda, sebaliknya tahu bagaimana mendekati golongan itu.
AUG 2024: Taekwondo dan silat jelma satu emas
Emas dari taekwondo hadir dalam acara poomsae berpasukan wanita dibarisi Nur Humaira Abdul Karim, Seah Jing Ying dan Wong Zin.
Terima kasih Stadium Shah Alam - TMJ
Rumah pasukan Selangor itu kini sedang dalam proses untuk dirobohkan selepas lebih empat tahun tidak digunakan.
Mahkamah Pakistan gantung waran tangkap terhadap Imran Khan
Mahkamah tinggi Pakistan pada Selasa menggantung waran tangkap yang dikeluarkan terhadap bekas Perdana Menteri Imran Khan selepas beliau gagal hadir perbicaraan kes berkaitan pembelian dan penjualan.