Macau kesan kes pertama koronavirus Wuhan

Astro Awani
Januari 22, 2020 13:04 MYT
Macau mengesahkan kes pertama pneumonia yang dipercayai ada kaitan dengan wabak koronavirus baharu yang kini mencetuskan kebimbangan dunia. -Gambar fail
Macau pada Rabu mengesahkan kes pertama pneumonia yang dipercayai ada kaitan dengan wabak koronavirus baharu yang kini mencetuskan kebimbangan dunia.
Menurut laporan portal Xinhua, pesakit berusia 52 tahun itu merupakan seorang usahawan wanita dari Wuhan, China.
Dia kini dirawat di hospital kerana menghidap pneumonia dan demam pada Selasa, dua hari selepas tiba dari Macau.
Wanita itu dipercayai menghabiskan masa di kasino sepanjang berada di sana.
Virus berkenaan, yang dikenal pasti berasal dari Wuhan hujung tahun lalu, telah merebak ke Beijing dan Shanghai.
Kes jangkitan virus berkenaan juga dikesan di Thailand, Korea Selatan, Jepun dan Taiwan serta Amerika Syarikat.
#demam #kasino #koronavirus #Macau #pneumonia #Wuhan
;