JOHANNESBURG: Sekurang-kurangnya 16 orang maut disyaki terhidu gas nitrat di sebuah penempatan di Boksburg, timur Johannesburg pada Rabu, lapor Xinhua.

Siasatan awal mendapati insiden itu mempunyai kaitan dengan aktiviti perlombongan emas haram di kawasan terbabit, media tempatan memetik pihak berkuasa kecemasan.

Gas nitrat oksida sering digunakan oleh pelombong untuk mengekstrak emas daripada tapak perlombongan shaf.

Satu daripada silinder gas itu didapati bocor di bandar Angelo.

"Operasi mencari dan menyelamat diteruskan di lokasi kejadian," kata seorang pegawai kecemasan.

-- BERNAMA