Lima orang ditahan polis atas pelbagai tuduhan termasuk menyerang anggota polis.
Ribuan penduduk berarak di jalan-jalan utama bandar itu bagi menggesa kerajaan hapuskan segera sekatan akibat COVID-19.
Beberapa individu turut dilihat tidak memakai pelitup muka dan melontarkan cemuhan terhadap anggota polis, lapor portal berita The Sun.
Polis Metropolitan mengesahkan lapan anggota cedera dalam pertempuran itu.
"Lapan anggota polis tercedera semasa cuba meleraikan penunjuk perasaan di Hyde Park.
"Penunjuk perasaan melontarkan beberapa objek ke arah anggota polis termasuk botol kaca.
"Dua anggota terpaksa dikejarkan ke hospital dan kini sedang menerima rawatan," kata jurucakap Polis Metropolitan.
Ketua Polis Metropolitan, Supt Roy Smith berkata anggota polis dilihat dipukul dan dibaling dengan objek keras.
"Semasa anggota polis dicaci dan dibaling objek keras serta terdedah kepada jangkitan COVID-19, mereka tetap berkelakuan profesional dan tidak mengunakan kekerasan terhadap orang ramai.
"Lima orang telah ditahan atas tuduhan mencederakan anggota polis," katanya.
Pertempuran berlaku beberapa jam selepas tunjuk perasaan 'Unite for Freedom' diadakan di kota London.