“Dalam satu kenyataan oleh Sekretariat Agung, MWL menggesa masyarakat antarabangsa untuk mengecam dan mengambil tindakan terhadap pelanggaran berterusan Israel yang merosakkan peluang rakyat Syria untuk memulihkan keselamatan dan kestabilan mereka selepas bertahun-tahun mengalami kezaliman dan penderitaan,” menurut kenyataan itu pada Isnin.
Kenyataan itu menekankan kepentingan menghormati kedaulatan Syria, keutuhan wilayahnya, serta keselamatan rakyatnya.
Arab Saudi turut mengecam keputusan rejim Israel untuk memperluaskan petempatan di Bukit Golan yang dijajah, menyifatkan tindakan itu sebagai usaha berterusan untuk merosakkan peluang memulihkan keselamatan di Syria.
Pada Ahad, rejim Israel mengumumkan rancangan untuk menggandakan populasi di Bukit Golan, dengan alasan ancaman dari Syria.
Israel menawan sebahagian besar dataran tinggi itu daripada Syria semasa Perang Enam Hari pada 1967.
-- BERNAMA