KAHERAH: Liga Arab pada Ahad mengecam tindakan pelampau Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa yang berada di bawah perlindungan pasukan keselamatan Israel, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
Setiausaha Agung Liga Arab, Ahmed Aboul Gheit berkata tindakan mereka merupakan pencabulan baharu terhadap status quo, dan mewakili provokasi besar kepada perasaan negara Arab dan Islam, yang boleh mencetuskan ketegangan di kota Baitulmaqdis dan kawasan lain.
Beliau berkata tindakan menyerbu perkarangan Al-Aqsa semasa "Perarakan Bendera" adalah tindakan tidak bertanggungjawab yang khususnya bertujuan merealisasikan matlamat kumpulan pelampau yang berusaha untuk menghapuskan kehadiran rakyat Palestin di Baitulmaqdis Timur yang dicerobohi dan mengenakan sekatan ke atas jemaah di kawasan Haram Al Sharif itu.
Beliau menggesa kuasa-kuasa yang berpengaruh di seluruh dunia dan masyarakat antarabangsa supaya memberi tekanan kepada Israel untuk menghentikan provokasi itu yang mendorong ke arah konfrontasi agama dengan akibat yang tidak dapat dibayangkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 30 2022

Ahmed Aboul Gheit berkata tindakan pelampau Israel menyerbu perkarangan Al-Aqsa semasa 'Perarakan Bendera' adalah tindakan tidak bertanggungjawab. (Foto AP)
Ismail Sabri dalam keadaan stabil
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ismail Sabri Yaakob dikejarkan ke pusat perubatan swasta pada tengah malam tadi.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.
Perkara ini disahkan oleh anak beliau, Nina Sabrina Ismail Sabri yang memaklumkan, bapanya kini berada dalam keadaan stabil.

Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula - Loke
Loke memaklumkan antara langkah diambil Prasarana bagi mengelakkan kejadian sebegini berulang.

Aksi final Piala Malaysia pada 12 April di SNBJ - MFL
Tarikh ini dipilih selepas mengambil kira kesesuaian kalendar Liga Malaysia dan penglibatan JDT dalam Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE), serta ketersediaan venue SNBJ.
AWANI Ringkas: Barangan basah hadapi masalah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Provokasi AS semakin serius di bawah kepimpinan Trump - Pyongyang
Kementerian Pertahanan Korea Utara mendakwa provokasi ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan sekutunya semakin serius di bawah pentadbiran Donald Trump.
Dua kanak-kanak Palestin maut ditembak di belakang
Defense for Children menjelaskan kedua-dua kanak-kanak itu disasarkan secara tiba-tiba dan tanpa amaran dari arah belakang oleh tentera zionis yang berada dalam kenderaan berperisai.
90 peratus kediaman Gaza musnah
90 peratus kediaman di Semenanjung Gaza musnah, menyebabkan ratusan ribu penduduk hilang tempat tinggal.
Pentagon umum pengurangan kakitangan awam
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat (AS) akan mengurangkan sekurang-kurangnya lima peratus tenaga kerja awamnya, bermula minggu depan.
Tiga maut, 29 cedera bumbung 'food court' runtuh di Peru
Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh, manakala 29 lagi cedera dalam kejadian runtuhan bumbung di food court sebuah pusat beli-belah di Utara Peru, pada Jumaat.

Kebakaran kedai karpet Nilai 3: 'Tak logik bakar semata-mata nak tuntut insurans'
J Rajesh, 40-an berkata, tuduhan itu sangat tidak berasas, lebih-lebih lagi pihaknya baru sahaja membawa masuk stok bagi jualan Aidilfitri.

Arab Saudi bakal anjur mesyuarat 5 Pihak Arab bincang pembinaan semula Gaza
Arab Saudi akan menganjurkan Mesyuarat Lima Pihak Arab pada 20 Feb untuk membincangkan cadangan Mesir bagi pembinaan semula Semenanjung Gaza tanpa memindahkan penduduk Palestin.

Ketua Liga Arab tegas tolak penyingkiran rakyat Palestin, ingatkan 'Gaza bukan untuk dijual'
Beliau menekankan bahawa Gaza adalah sebahagian daripada negara Palestin masa depan yang akan ditubuhkan berdasarkan sempadan 1967.

Rusia jalin kerjasama dengan negara Arab untuk redakan ketegangan di Timur Tengah - Diplomat
Rusia akan berkoordinasi dengan rakan kongsi Arab dan Islam untuk meredakan situasi di Timur Tengah, kata Jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova.

Liga Arab adakan mesyuarat tergempar bincang larangan Israel ke atas operasi UNRWA
Liga Arab mengadakan mesyuarat tergempar untuk membincangkan larangan Israel terhadap aktiviti UNRWA di wilayah Palestin yang diduduki.

Ketiadaan tindakan global mudahkan Israel luaskan perang serantau - Liga Arab
Kelemahan antarabangsa membolehkan Israel meningkatkan permusuhan serantaunya, menyebabkan penderitaan baharu untuk rakyat Lubnan yang kini turut dibedil.

Liga Arab keluarkan deklarasi, desak tindakan punitif terhadap Israel atas genosid di Gaza
Liga Arab menyokong kes genosid terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dan mendesak Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) untuk mengeluarkan waran tangkap terhadap pemimpin Israel.

Liga Arab adakan mesyuarat tergempar mengenai Palestin pada Selasa
Liga Arab mengumumkan bahawa satu mesyuarat tergempar akan diadakan pada Selasa di Kaherah.

Hanya kerajaan Lubnan boleh berunding gencatan senjata segera - Liga Arab
Liga Arab menegaskan kerajaan Lubnan adalah "satu-satunya badan yang diberi kuasa untuk berunding bagi pihak negara.

UAE kutuk serangan kejam sasar kediaman Duta UAE di Sudan
Ia merupakan pelanggaran terang-terangan terhadap prinsip ketakbolehcabulan premis diplomatik.

Hamas seru mesyuarat tergempar Liga Arab, OIC bagi hentikan genosid di Gaza
Hamas menekankan keperluan untuk membuat keputusan yang berkesan bagi menghentikan serangan dan genosid terhadap rakyat di Semenanjung Gaza serta memutuskan sebarang hubungan dengan zionis.