GUNUNG Hijau di Libya dilanda sajli buat pertama kali dalam tempoh 15 tahun.

Keadaan yang jarang berlaku yang bermula pada Isnin, dilihat sebagai titik mula pendamaian di negara yang sedang bergolak dengan perang saudara itu.

"Kami harapkan sajli ini akan membawa petanda baik kepada negara ini dan menyatukan rakyat.

"Kita lihat ramai penduduk berkunjung ke kawasan Sidi Mohamed Al-Hamri ini untuk menikmati keadaan salji di sini," kata seorang penduduk Bayda, Mohammed Saleh.

Seorang lagi penduduk Bayda, Ali Al-Shairi berkata, dia terkejut dengan kehadiran orang ramai ke kawasan tersebut, dan harapkan penyatuan ini akan berkekalan.


Menurut Pusat Meterologi Kebangsaan Libya, cuaca sejuk di bawah paras beku telah dicatatkan di beberapa bandar pada Isnin, termasuk Al-Bayda, Yefren, Nalut, Al-Marj, Gunung Hijau dan Gunung Nafusa.

Di Mesir pula, beberapa pelabuhan utama terpaksa ditutup akibat cuaca sejuk terutamanya di Hurghada dan Sharm El-Sheik.

Hujan batu dan sajli turut dilaporkan di Alexandria, Beheira dan Pelabuhan Said, menurut Lembaga Meteorologi Mesir (EMA).

Sajli lebat juga dilaporkan di kebanyakan negara di Asia Barat termasuk Syria dan Lebanon sejak Selasa, menyebabkan ramai penduduk terkandas.


Media tempatan Syria melaporkan jalan di beberapa bandar terpaksa ditutup termasuk di Damsyik, akibat salji lebat pada Rabu.

Menurut agensi berita SANA, kawasan Um Houran di bandar Dahir al-Jabal dilanda salji setebal 15 sentimeter (6 inci).