LOS ANGELES: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Jumaat meluluskan perintah darurat di California susulan ribut musim sejuk yang melanda negeri ini.
Darurat itu akan memberi kuasa kepada Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan AS untuk menyelaraskan semua usaha bantuan bencana yang bertujuan untuk meringankan beban dan penderitaan penduduk setempat, menurut kenyataan Rumah Putih, lapor Xinhua.
Pada Jumaat salji dan hujan lebat serta banjir melanda sebahagian besar California.
Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan memberi amaran bahawa ribut musim sejuk turut mencetuskan salji lebat terutama di kawasan tinggi di utara dan tengah California serta hujan dan ancaman banjir termasuk di barat Nevada.
Gabenor California Gavin Newsom pada Khamis meminta darurat diisytiharkan untuk membolehkan bantuan persekutuan diagihkan kepada usaha tindak balas negeri dan tempatan untuk menghadapi ribut yang diramal berterusan hingga pertengahan Mac.
Newsom turut mengisytiharkan darurat di 21 daripada 58 daerah di California. Pada awal bulan, darurat turut diisytiharkan di 13 daerah.
"Dalam keadaan yang berbahaya dan mencabar ini, adalah penting bagi penduduk California untuk terus berwaspada dan mematuhi semua panduan daripada pihak berkuasa," kata gabenor itu.
Berjuta-juta penduduk diletakkan di bawah pengawasan banjir dan ramai penduduk di komuniti pergunungan California Selatan masih terperangkap akibat salji tebal.
Salji sedalam lebih tiga meter menyekat laluan ke kawasan pergunungan di Kaunti San Bernardino, menyebabkan penduduk tempatan yang terkandas terpaksa hidup tanpa bekalan elektrik dan bekalan makanan, ubat-ubatan serta bahan api semakin berkurangan, lapor media tempatan.
Menurut Pejabat Koroner Daerah San Bernardino, sebanyak 13 kematian di kawasan pergunungan direkodkan dari 26 Feb hingga 8 Mac. - BERNAMA
Bernama
Sat Mar 11 2023

Pada Jumaat salji dan hujan lebat serta banjir melanda sebahagian besar California. - Gambar REUTERS
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ribut musim sejuk AS
Ribut musim sejuk melanda wilayah tengah dan selatan Amerika Syarikat sebelum menuju ke wilayah timur laut negara itu.