Seorang lelaki yang pernah ditangkap kerana mengaku dirinya sebagai 'nabi' di Jawa Barat pada tahun lepas, kini mengulangi kegiatan dakwahnya tetapi dengan ajaran terbaru iaitu mengenakan bayaran Rp2 juta (kira-kira RM600) kepada setiap pengikutnya yang mahu masuk syurga.
Lelaki yang dikenali sebagai Abdul Muhjib itu menjalankan kegiatan dakwahnya di sebuah pondok yang didirikan bersama lima rakannya di kampung Medal Sari di daerah Tegal Waru di Karawang, Jawa Barat.
Kegiatannya terbongkar apabila terdapat penduduk yang tidak berpuas hati dengan ajarannya, membuat laporan polis.
Polis semalam menahan Abdul Muhjib kerana memperdayakan masyarakat kampung dan dia ditahan di balai polis Karawang untuk siasatan lanjut.
Media dalam talian memetik Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Polis Pangkalan, Kerawang di Jawa Barat, Rahmat Ginanjar sebagai berkata, Abdul Muhjib sebelum ini pernah ditahan polis tetapi dibebaskan kerana berjanji tidak akan meneruskan ajarannya dan bertaubat di hadapan pegawai agama dari Majlis Ulama Indonesia.
Bagaimanapun dia didapati tidak serik untuk menipu dan menggiatkan semula ajaran sesatnya pada awal bulan ini.
Katanya, Abdul Muhjib akan didakwa di bawah Pasal Penistaan Agama yang membawa hukuman penjara dan polis juga masih menyiasat serta mengumpulkan bukti mengenai penipuan yang dilakukannya.
Bernama
Thu Aug 04 2016
Kegiatannya terbongkar apabila terdapat penduduk yang tidak berpuas hati dengan ajarannya, membuat laporan polis. - Gambar hiasan
10 Berita Pilihan - (26 November 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Kemboja kini destinasi pelaburan yang kompetitif di ASEAN, kata PM Hun Manet
Kemboja menikmati keamanan dan kestabilan politik yang merupakan faktor penting, manakala kerajaan negara itu mengamalkan dasar ekonomi yang paling terbuka dan bebas di Asia.
Caj hospital swasta meningkat, KKM akan bawa pendekatan perkhidmatan berasaskan nilai
Isu peningkatan caj hospital dan insurans perubatan yang melambung tinggi dibangkitkan beberapa ahli Parlimen yang meminta KKM untuk mengawal perkara berkenaan.
AWANI Ringkas: Jenayah | Rusuhan di Islamabad
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MTL: Lebih 100 hektar padi sedia dituai ditenggelami banjir, kerugian hampir RM1 juta
Seramai 39 pesawah dari Kampung Luar dan Kampung Tersang di sini mengalami kerugian hampir RM1 juta selepas sawah seluas 121 hektar ditenggelami banjir.
Consider This: BERSIH Report Card — From ‘D’ to Distinction?
Two years into its term, the Madani government finds itself under the microscope. Bersih has given the Anwar Ibrahim-led Administration a grade of ‘D’, citing its failure to deliver on key institutional and democratic reforms. Is this verdict too harsh, or is it a necessary wake-up call for those in power that they do not have the luxury of time? On this episode of #ConsiderThis Melisa Idris speaks to Muhammad Faisal Abdul Aziz, Chairperson of BERSIH, and Ooi Kok Hin, Executive Director of BERSIH.
Rancangan Kawasan Khas Tanah Tinggi Lojing dirangka untuk dibangunkan secara dinamik
Rancangan Kawasan Khas (RKK) Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang telah dirangka sebagai garis panduan bagi membolehkan pembangunan secara dinamik dan holistik dilaksanakan di kawasan berkenaan.
AWANI Tonight 26 Nov 2024
#AWANITonight with @_farhanasheikh
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
1. M'sia-S. Korea: PM visit secures RM32.8 bil in potential investments
2. A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
#AWANIEnglish #AWANINews
AWANI Tonight: A woman killed by partner or family member every 10 minutes - UN
A UN report revealed 85,000 women and girls were victims of femicide in 2023, with majority cases involving an intimate partner or a family member. #AWANITonight
AWANI Tonight: PM secures RM32.8 mil in potential investments with S.Korea
Datuk Seri Anwar Ibrahim concluded his visit to South Korea on a high note, securing RM32.8 billion in potential investments into Malaysia. Astro AWANI correspondent Irfan Faruqi reports from Seoul.
Lelaki mengaku 'nabi' minta RM600 untuk pengikut masuk syurga
Seorang lelaki yang pernah ditangkap kerana mengaku dirinya sebagai 'nabi' di Jawa Barat pada tahun lepas, kini mengulangi kegiatan salahnya.