TOKYO: Seorang lelaki yang digelar 'Kobe Cannibal' yang membunuh dan memakan seorang pelajar wanita dari Belanda tetapi tidak pernah dipenjarakan telah meninggal dunia ketika berumur 73 tahun.
Issei Sagawa meninggal dunia akibat radang paru-paru pada 24 November, upacara pengebumiannya hanya dihadiri saudara-mara tanpa upacara seperti dirancangkan, kata adik lelakinya dan kawan-kawan menerusi kenyataan.
Pada tahun 1981, Sagawa yang menuntut di Paris menjemput kawannya dari Belanda, Renee Hartevelt ke rumahnya untuk mengulangkaji pelajaran.
Sagawa menembak leher, merogol mangsa dan kemudian memakan mayat wanita itu selama tiga hari.
Selepas itu, dia cuba melupuskan saki-baki mayat di Taman Bois de Boulogne, tempat dia ditangkap.
Pakar psikiatri menganggap Sagawa tidak layak dibicarakan dan ditempatkan di institusi mental di Perancis sebelum dihantar pulang ke Jepun.
Di tanah airnya, Sagawa disahkan waras oleh pihak berkuasa tempatan yang menyebabkan pertuduhan terhadapnya di Perancis telah digugurkan.
Selepas dibebaskan, Sagawa mengaku melakukan jenayah tersebut secara terbuka dan menghasilkan novel bertajuk ' In the Fog' yang menceritkan kisah terperinci mengenai pembunuhan itu. -Sinar Harian/Agensi
Sinar Harian
Fri Dec 02 2022
Sagawa (kanan) yang ditahan di Paris selepas membunuh dan makan mayat rakannya. - Foto agensi
China, Jepun adakan dialog politik peringkat tertinggi di Beijing
Diplomat tertinggi China dan Penasihat Khas kepada Kabinet Jepun mengadakan rundingan di bawah mekanisme dialog politik peringkat tertinggi.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [5 November 2024]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Harits Asyraf & Amirul Aiman
- JBPM siap siaga hadapi MTL, tumpukan 4,619 lokasi kerap banjir
- Isu rugi: SPRM ambil beberapa dokumen dari MoF, Khazanah, FashionValet
- Sehari sebelum AS Memilih, Harris-Trump dalam kedudukan sengit
#AWANInews #AWANIpagi
- JBPM siap siaga hadapi MTL, tumpukan 4,619 lokasi kerap banjir
- Isu rugi: SPRM ambil beberapa dokumen dari MoF, Khazanah, FashionValet
- Sehari sebelum AS Memilih, Harris-Trump dalam kedudukan sengit
#AWANInews #AWANIpagi
Empat orang cedera diserang dengan kapak dalam kereta api Perancis
Empat orang cedera diserang dengan kapak kecil di dalam sebuah kereta api tempatan di kawasan Paris.
Usaha pencarian MH370, kaedah penentuan golongan T15 tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Sidang juga akan membincangkan keberkesanan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel yang diusahakan melalui Budi MADANI.
UK mulakan percubaan minggu kerja 4 hari dengan 1,000 pekerja
Sebanyak 17 syarikat akan menguji jadual kerja yang lebih pendek, dengan beberapa memilih model kerja sembilan hari dalam dua minggu.
China rayu kepada WTO terhadap keputusan akhir EU berkenaan timbal balas terhadap EV China
China dengan tegas menentang langkah akhir EU untuk mengenakan duti timbal balas yang tinggi terhadap EV buatan China.
Israel serang sasaran Hezbollah di Damsyik
Kementerian Pertahanan Syria melaporkan bahawa Israel telah menyerang tapak awam di selatan ibu kota, menyebabkan beberapa kerosakan.
Serangan Israel di Gaza bunuh 12 orang
Serangan udara Israel pada Isnin membunuh sekurang-kurangnya 12 warga Palestin di Gaza, di mana penduduk bimbang serangan udara dan darat ini bertujuan mengosongkan kawasan utara Gaza daripada penduduk awam.
Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA) melaporkan bahawa Israel telah mengurangkan bilangan trak bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza, memperburukkan situasi kekurangan makanan, ubat-ubatan, dan bekalan penting lain di Gaza, walaupun Israel menafikan perkara ini.
Agensi Pelarian Palestin PBB (UNRWA) melaporkan bahawa Israel telah mengurangkan bilangan trak bantuan yang dibenarkan masuk ke Gaza, memperburukkan situasi kekurangan makanan, ubat-ubatan, dan bekalan penting lain di Gaza, walaupun Israel menafikan perkara ini.
AS Memilih: Persepsi buruk terhadap imigran, mampu mengundang kekalahan Trump
Persepsi buruk calon Presiden Amerika Syarikat (AS) dari Parti Republikan, Donald Trump terhadap golongan pendatang di negara itu mampu menyumbang kepada kekalahannya pada Pilihanraya Presiden yang akan berlangsung pada Selasa.
Tujuh negeri dijangka jadi penentu keputusan
Melalui sistem undian Dewan Elektoral, pemenang Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS) 2024-2028 dijangka akan ditentukan oleh puluhan ribu pengundi di beberapa negeri sahaja, iaitu Michigan, Pennsylvania dan Wisconsin, serta Arizona, Georgia, Nevada selain North Carolina.
Lelaki kanibal Jepun bunuh, makan rakan meninggal dunia
Pakar psikiatri menganggap Sagawa tidak layak dibicarakan dan ditempatkan di institusi mental di Perancis.