SEORANG lelaki telah dibelasah oleh seorang petarung MMA wanita selepas didapati beronani ketika wanita itu sedang menjalani sesi fotografi.
Joyce Vieira, 27 tahun, sedang 'berposing' dengan pakaian renang di sebuah pantai di Rio de Janeiro, Brazil, apabila menyedari perbuatan lelaki terbabit.
Ketika dia menghampiri lelaki tersebut, seluar lelaki itu didapati terlondeh sambil melakukan sesuatu yang lucah.
Vieira meminta suspek supaya menghentikan perbuatannya itu, namun lelaki berkenaan enggan berbuat demikian.
Dia juga mencabar wanita tersebut sambil berkata, "Kenapa? Tak suka ya? Datanglah sini."
Berang dengan sikap lelaki tersebut, Vieira terus memberikan satu tendangan ke bahagian badan suspek.
Lelaki itu membalas tendangan tersebut dengan satu tumbukan, yang membuatkan Vieira bertambah marah sekali gus membelasah lelaki terbabit.
"Tumbukannya membuatkan saya lebih marah. Saya rasa nak bunuh dia," katanya seperti dipetik
Folha de São Paulo.
Vieira berkata, lelaki itu mula menjerit dan kemudian melarikan diri.
Suspek yang dikenal pasti sebagai Josinei Ferreira, 27 tahun itu ditahan selepas Vieira membuat laporan polis.
Ferreira telah dituduh melakukan gangguan seksual.
Bagaimanapun, dia dibebaskan selepas mendakwa bahawa dia sedang membuang air kecil dan bukannya beronani.
Kes tersebut masih disiasat.
Agensi
Wed Apr 24 2019
Joyce Vieira (kanan), 27 tahun, sedang menjalani sesi fotografi di sebuah pantai di Rio de Janeiro, Brazil, apabila menyedari perbuatan suspek terbabit. - Foto instagram
Bekas gabenor New York, anak tiri diserang empat individu
Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan di bahagian muka serta badan dan dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.
Tentera AS lancar serangan di bandar Yaman
AS menyerang 15 sasaran Houthi di kawasan yang dikawal oleh kumpulan yang disokong Iran itu.
Korea Selatan pindahkan 97 rakyatnya dari Lubnan
Kementerian Luar Korea Selatan maklumkan, kesemua mereka tiba di Korea Selatan pada petang Sabtu.
Pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula 23 September lalu.
[LAPOR LANGSUNG] Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
Lebih 2,000 terkorban di Lubnan akibat serangan Israel
Laporan Al Jazeera menyebut, jumlah mangsa yang maut itu termasuk 261 wanita dan 127 kanak-kanak.
AWANI Pagi: Pendayaupayaan Pembangunan Sosio Ekonomi Bagi Memacu Wilayah Persekutuan
Ikuti temu bual bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa di #AWANIPagi jam 7.30 pagi di saluran 501 Astro AWANI.
Pentagon, Jabatan Negara AS beri amaran jenayah perang Israel
Pegawai-pegawai tersebut telah memberi amaran peningkatan jumlah kematian di Gaza mungkin melanggar undang-undang antarabangsa.
200,000 pelarian tiba di Syria selepas serangan Israel ke atas Lubnan - UNHCR
Lebih 200,000 warga Syria dan Lubnan telah tiba di Syria dari Lubnan sejak serangan Israel bermula pada 23 Sept.
Belanjawan 2025: Kesalinghubungan internet di sekolah, kampus jadi keutamaan - Fahmi
Kementerian Komunikasi akan memberikan keutamaan dengan meneruskan usaha untuk meningkatkan dan memantapkan lagi prasarana kesalinghubungan melibatkan isu Internet, dalam Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan pada 18 Okt ini.
Lelaki rugi RM10,000 diugut sebar video, gambar lucah
Mangsa telah berkenalan dengan suspek yang merupakan wanita warga asing melalui aplikasi Tantan dan telah berkongsi ID dari aplikasi Line.
Lelaki dibelasah 'MMA fighter' wanita kerana buat aksi lucah di depannya
Seorang lelaki telah dibelasah oleh seorang petarung MMA wanita selepas didapati beronani ketika wanita itu sedang menjalani sesi fotografi.
Kantoi tonton filem lucah, beronani dalam pesawat
Sejak kebelakangan ini, pelbagai ragam mengenai kisah penumpang di dalam penerbangan menarik perhatian ramai.