Seorang lelaki berjaya diselamatkan pasukan bomba dan penyelamat apabila van mini yang dipandunya terjatuh ke dalam laut ketika melalui kawasan tebing bukit di California Utara, Amerika Syarikat.

Jurucakap Sherif di San Mateo County, Rosemerry Blankswade berkata kejadian berlaku pada Jumaat di Montara State Beach berhampiran Devil’s Slide.

Menerusi rakaman yang disiarkan oleh stesen televisyen KGO-TV di California, anggota bomba tersebut terpaksa menuruni tebing yang curam dengan menggunakan tali untuk menyelamatkan mangsa.

Detik cemas dilalui mangsa berakhir apabila dia berjaya dibawa naik ke daratan selepas itu.

Dia kini sedang menerima rawatan di hospital berdekatan.