Seorang lelaki Afrika berusia 71 tahun membuat keputusan tinggal di sebuah rumah terpencil yang dikelilingi pagar setinggi 4.5 meter lebih setengah abad, gara-gara takut dengan golongan wanita, lapor Oddity Central.
Ketika berumur 16 tahun, Callitxe Nzamwita memutuskan bahawa ketakutan terhadap wanita tidak boleh dibendung lagi.
Justeru, dia membina sebuah pagar kayu di keliling rumahnya dan tidak keluar dari kediamannya sejak dari itu.
Walaupun bertindak menjauhi diri daripada golongan itu, penduduk tempatan sentiasa menjaganya dan memberi makanan serta pakaian menerusi halaman pagar yang berkunci.
Walaupun Nzamwita tidak pernah membuka pintu untuk orang ramai datang membantunya, dia menggunakan semua apa yang diberikan kepadanya.
"Peliknya, walaupun dia takut wanita, kamilah yang membantunya mendapatkan makanan dan beberapa perkara diperlukannya," kata jirannya.
Apabila anda cuba membantunya, dia tidak membenarkan kami mendekatinya atau bercakap dengannya.
Sebaliknya kami memberitahu sesuatu dan kemudian mencampakkan barangan ke dalam kawasan rumahnya.
Walaupun tidak pernah didianogsis, Nzamwita dipercayai mempunyai penyakit gynophobia iaitu keadaan jarang berlaku dan terlampau takut kepada wanita. - Sinar Harian memetik agensi
Sinar Harian
Sat Oct 21 2023

Callitxe Nzamwita membina pagar kayu di keliling rumahnya dan tidak keluar dari kediamannya sejak berusia belasan tahun. - Gambar/ Sinar Harian/ Agensi

Kes cabul di masjid: Polis siasat dakwaan suspek miliki kad OKU
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata suspek baru sahaja ditahan dan pihaknya masih menyiasat kesahihan dakwaan terbabit.
ASEAN 2025 | 21 Feb
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Polis tumpas sindiket proses vape berisi dadah
Kegiatan memproses vape dicampur dengan dadah jenis methamphetamine sejak enam bulan lalu terbongkar dengan penangkapan seorang wanita di Selangor.

Kanak-kanak mangsa cabul di masjid menangis, menjerit trauma
Menerusi satu video tular di platform Instagram, mangsa masih berada dalam keadaan menggigil semasa menceritakan detik hitam dirinya dicabul lelaki tersebut ketika bersolat Subuh.

'Fahmi pergi selepas ibu ucap kalimah syahadah di telinga'
Nuraini Mohamad Isa, 37 sempat mengucapkan dua kalimah syahadah ke telinga anaknya itu sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir.
Malaysia manfaat peranan ASEAN perkasa pembangunan luar bandar - Ahmad Zahid
Malaysia akan memanfaatkan peranan ASEAN dalam memperkasa pembangunan luar bandar melalui perancangan serantau yang lebih kukuh dan bersepadu.
Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian, penyeludupan manusia dan pengubahan wang haram, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
Polis Filipina tahan 450 individu terlibat judi online
Polis filipina menahan lebih 450 orang dalam serbuan terhadap operator permainan dalam talian atau judi online yang didakwa dikendalikan oleh warga China di Manila pada Khamis.
Lebuh raya hubungkan India-Myanmar-Thailand tergendala akibat konflik
Lebuh raya yang menghubungkan India-Myanmar-Thailand, bertujuan meningkatkan integrasi ekonomi ASEAN dan memperluas pengaruh India dalam perdagangan dan perniagaan di Asia Tenggara terus berdepan halangan.
Genai capai tahap guna nilai perniagaan tahun ini - AWS Thailand
Teknologi kecerdasan buatan (AI) generatif (GenAI) akan mencapai tahap penggunaan untuk nilai perniagaan tahun ini, beralih dari penggunaan dalam projek perintis pada tahun 2024.

Lelaki Afrika elak jumpa wanita selama 55 tahun
Seorang lelaki Afrika berusia 71 tahun membuat keputusan tinggal di sebuah rumah terpencil yang dikelilingi pagar setinggi 4.5 meter lebih setengah abad, gara-gara takut dengan golongan wanita.