Jumlah undi pada Pilihan Raya Umum Singapura 2020 yang baru selesai ialah 2,540,359 atau 95.81 peratus daripada 2,651,435 pemilih berdaftar.
Menurut Jabatan Pilihan Raya Singapura (ELD), jumlah itu termasuk undi dari luar negara.
ELD dalam kenyataan pada Rabu menyebut undi dari luar negara, yang berlangsung pada 10 Julai, dikira di Pusat Latihan jabatan tersebut.
Kenyataan itu menyebut sejumlah 4,794 pemilih berdaftar di luar negara hadir di pusat pengundian yang ditetapkan untuk mengundi.
"Ini merupakan 72.97 peratus daripada jumlah pemilih berdaftar di luar negara," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, ELD mengatakan terdapat sejumlah 6,570 pengundi berdaftar di luar negara dan 10 pusat pengundian telah ditetapkan di 10 bandaraya iaitu Beijing, Canberra, Dubai, Hong Kong, London, New York, San Francisco, Shanghai, Tokyo dan Washington.
Kenyataan itu juga menyebut jumlah undi tersebut termasuk 45,822 undi yang ditolak.
Parti Tindakan Rakyat (PAP) mengekalkan kuasa dalam pilihan raya umum sengit pada Jumaat apabila memenangi 83 daripada 93 kerusi parlimen yang dipertandingkan.
Parti itu meraih 61.24 peratus undi popular.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 15 2020
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong (kanan) dari parti PAP sedang menunggu untuk memberi ucapan di pusat penamaan calon sebelum pilihan raya umum di Singapura, 30 Jun, 2020. REUTERS/Fail
Adik Dr Zaliha Mustafa meninggal dunia
Shamsiah Mustafa dilaporkan meninggal dunia pada jam 1.10 pagi Selasa.
52.95 peratus penjawat awam masih belum miliki rumah sendiri
Mengulas lanjut Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah berkata, walaupun anak penjawat awam dan pesara tidak layak membeli PPAM tapi berpeluang jadi pemilik bersama.
Kuala Lumpur di tangga kelapan terbaik untuk ekspatriat mendiami
Berdasarkan data yang dikeluarkan oleh Expat City Ranking, Kuala Lumpur menduduki di tangga kelapan negara yang terbaik untuk ekspatriat mendiami.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Social Housing in Cambodia Addresses Climate Change
We spoke with His Excellency Mao Vibol, Under Secretary of State for Cambodia’s Ministry of Land Management, Urban Planning, and Construction, about the country’s efforts to integrate climate resilience into social housing. He shared insights on sustainable urban planning and the role of affordable housing in addressing the challenges of climate change.
36,479 penjawat awam tandatangani perjanjian jual beli PPAM
Jelas Fadhlina Sidek yang menjawab bagi pihak Menteri Wilayah, daripada jumlah tersebut 87 peratus atau 31,942 penjawat awam berpendaptan bawah RM5,000 sebulan.
White House sahkan Biden hadiri pelantikan Trump
White House pada Isnin mengesahkan bahawa Presiden Joe Biden akan menghadiri majlis pelantikan Donald Trump pada 20 Jan.
Sistem kad akses dilaksana di PPR tahun depan -
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata sistem kad akses akan dilaksanakan di PPR mulai tahun depan bagi menangangi masalah pengurusan Program Perumahan Rakyat (PPR).
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Anwar bertemu pemimpin perniagaan terkemuka Korea Selatan hari ini
Perbincangan berkenaan selaras dengan strategi Malaysia untuk mendapatkan pelaburan 'bernilai tinggi, pertumbuhan tinggi' daripada Republik Korea.
NWICE 2024: Transformasi air menuju kemampanan sejagat
Bertemakan “Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat”, Persidangan & Pameran Inovasi Air Kebangsaan 2024 (NWICE 2024) merupakan kesinambungan daripada pelan hala tuju AIR 2040 yang telah dilancarkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air(PETRA) baru-baru ini dalam memastikan pengurusan sumber air yang mampan untuk generasi akan datang.
Hoki dalam dewan adakan aksi persahabatan menjelang Piala Dunia 2025
Skuad hoki dalam dewan negara akan mengadakan beberapa aksi persahabatan sebagai persiapan sebelum ke Piala Dunia.
Lebih 95 peratus rakyat mengundi dalam PRU Singapura 2020 - ELD
Sejumlah 4,794 pemilih berdaftar di luar negara hadir di pusat pengundian yang ditetapkan untuk mengundi.
PRU Singapura: Tempoh mengundi dilanjutkan ke 10 malam
Disebabkan pengundi masih beratur dalam barisan panjang, tempoh mengundi pada Pilihan Raya Umum Singapura 2020 telah dilanjutkan sehingga 10 malam.
Kesilapan sistem - 101 warga Singapura di luar negara tidak dapat mengundi
Kesilapan itu menyebabkan permohonan untuk mendaftar alamat kontak setempat (LCA) untuk tujuan mengundi tidak diproses.
COVID-19: Singapura rumus pelan kontingensi pastikan pilihan raya umum selamat
Langkah itu akan melindungi kesihatan dan keselamatan pengundi, calon dan pegawai pilihan raya.