Lebih 800,000 orang dipindahkan daripada kawasan pantai di timur China sebagai langkah berjaga-jaga dengan kesan taufan Chan-Hom.

Chan-Hom dijangka melanda selatan Shanghai pada lewat Sabtu. Taufan itu membawa bersama angin berkelajuan 187 kilometer sejam.

400 penerbangan sudah dibatalkan sejak Jumaat. Chan Hom meragut 5 nyawa semasa ia melanda Filipina awal minggu ini. Sebelum ini, Chan-Hom turut membadai Taiwan serta Jepun.

Sementara itu di Taiwan dan Jepun, kekuatan Chan-Hom menumbangkan pokok serta menyebabkan berpuluh-puluh orang cedera.

Pusat Metereologi Kebangsaan China memberi amaran, Chan-Hom bakal menjadi taufan paling kuat pernah membadai wilayah Zhejiang sejak 1949.

Ia diramal melanda wilayah berkenaan terlebih dahulu sebelum bergerak ke Shanghai.