BANGKOK: Lebih 36,000 pekerja kilang di 49 wilayah di Thailand disahkan positif COVID-19 sejak gelombang penularan terbaharu pada April tahun ini, menurut data Kementerian Perindustrian.
Berdasarkan data tersebut, sejumlah 36,861 pekerja di 518 kilang disahkan positif, pada Khamis.
Industri paling teruk terjejas termasuk pemprosesan makanan (99 kilang), elektronik (74 kilang), pakaian (47 kilang), logam (42 kilang) dan plastik (36 kilang).
Thai PBS melaporkan Phetchaburi mendahului senarai, dengan 4,464 kes dilaporkan melibatkan pekerja kilang.
Wilayah lain ialah Phetchabun (3,487), Prachuap Khiri Khan (2,538), Samut Sakhon (2,496) dan Songkhla (2,209 kes).
Sementara itu, Thailand hari ini menerima kumpulan pertama 1.5 juta dos vaksin Pfizer-BioNTech COVID-19 sumbangan Amerika Syarikat (AS).
Memetik kenyataan Kedutaan AS di Thailand, objektif sumbangan itu adalah untuk membantu menyelamatkan nyawa kerana 'kita tidak selamat sehinggalah semua orang selamat'.
"Kami gembira mendengar Kerajaan Thailand komited untuk mengedarkan vaksin ini secara adil kepada semua rakyat dan mengutamakan mereka yang paling berisiko," menurut kenyataan itu.
Selain itu, Kuasa Usaha Kedutaan AS, Michael Heath berkata sumbangan itu adalah sebahagian daripada janji Presiden Joe Biden untuk membantu rakan, rakan kongsi dan sekutu AS dalam memerangi pandemik global ini.
"Sumbangan vaksin ini bukti persahabatan kita. Kami bersama-sama dengan anda, " katanya.
Kerajaan AS akan menghantar satu juta lagi dos vaksin COVID-19.
Menurut timbalan jurucakap kerajaan, Traisuree Taisaranakul berkata, vaksin yang disumbangkan AS akan digunakan sebagai suntikan booster untuk petugas perubatan barisan hadapan serta kumpulan berisiko tinggi dan golongan yang mudah dijangkiti penyakit.
Thailand juga akan menerima 415,000 dos vaksin AstraZeneca disumbangkan United Kingdom, yang dijadualkan tiba bulan depan.
Sementara itu, Thailand mencatat 17,345 kes baharu COVID-19 dan 117 kematian, dalam tempoh 24 jam, menambah jangkitan keseluruhan kepada 549,512 dan 4,679 kematian.
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin berkata kes baharu itu melibatkan 17,337 jangkitan tempatan dan lapan kes import. Angka itu termasuk 681 banduan.
Beliau berkata kematian baharu membabitkan 62 lelaki dan 55 wanita berusia antara 33 hingga 92 tahun termasuk lima warga Myanmar.
"Jumlah pesakit di hospital di seluruh negara hampir mencecah 200,000. Sehingga kini, sejumlah 192,526 pesakit masih berada di hospital dan hospital medan termasuk 4,595 dalam keadaan kritikal dan 1,012 memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 30 2021

Lebih 36,000 pekerja kilang di 49 wilayah di Thailand disahkan positif COVID-19 sejak gelombang penularan terbaharu pada April tahun ini, menurut data Kementerian Perindustrian. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (11 Mac 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Jepun peringati gempa bumi, tsunami dan bencana nuklear
Jepun pada Selasa memperingati ulang tahun ke-14 sejak gempa bumi dan tsunami dahsyat melanda timur laut negara itu, mencetuskan krisis nuklear, dengan penduduk antara kawasan yang paling teruk terjejas sekali lagi berdepan kesan bencana alam.
Pertahanan udara tembak jatuh 337 dron Ukraine di wilayah Rusia
Pertahanan udara Rusia menembak jatuh 337 dron Ukraine di beberapa wilayah Russia pada waktu malam, termasuk 91 di Wilayah Moscow, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.
JDT gagal mara ke suku akhir, tewas kepada Buriram United
Kelab gergasi bola sepak tanah air Johor Darul Ta'zim (JDT) gagal mara ke peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Asia Elite (ACLE) 2024/25 selepas tewas 0-1 kepada wakil Thailand Buriram United di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, pada Selasa malam.
PBB seru Israel batalkan sekatan bantuan kemanusiaan
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyeru Israel untuk membatalkan sekatan terhadap bantuan kemanusiaan ke Gaza.

PM Anwar lancar buku "Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI"
Institut Integriti Malaysia (IIM) dengan kerjasama Yayasan Pusat Polisi dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (Yayasan PEACE) hari ini melancarkan buku Amanat Integriti dan Tatakelola: Malaysia MADANI.
Shiha Zikir belanja ratusan ribu ringgit untuk Tum Tum Raya
Pertama kali melancarkan lagu duet raya baharu bersama kakak, Ieda Zikir, penyanyi Shiha Zikir sanggup mengeluarkan kos mencecah ratusan ribu ringgit untuk menghasilkan video muzik termasuk kempen mempromosikan Tum Tum Raya.
Jemaah Menteri dicadang pertimbang, lulus penubuhan SEGiM
Jemaah Menteri disarankan menimbang dan meluluskan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) sebagai badan kawal selia utama dalam memastikan ekosistem ekonomi gig berkembang secara mampan.
Pendapatan Ahli Parlimen cecah RM40,000, PMO perjelas isu elaun
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan setiap Ahli Parlimen di negara ini layak dibayar elaun tetap RM25,700 sebulan.
PM Anwar terima kunjungan hormat Duta Besar AS ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima kunjungan hormat Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D Kagan di Putrajaya petang ini.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata pertemuan itu membincangkan hubungan dua hala yang telah lama terjalin antara kedua-dua negara dengan memberi fokus kepada kerjasama bidang ekonomi dan teknologi, yang menjadi kepentingan bersama selain pensijilan halal.

Lebih 36,000 pekerja kilang di Thailand dijangkiti COVID-19 sejak April
Berdasarkan data tersebut, sejumlah 36,861 pekerja di 518 kilang disahkan positif, pada Khamis.