TOKYO: Syarikat penerbangan terpaksa membatalkan lebih 300 penerbangan susulan pelanggaran antara pesawat Pengawal Pantai Jepun dan pesawat penumpang Japan Airlines di Lapangan Terbang Haneda Tokyo pada petang Selasa.
Nahas itu memaksa semua landasan lapangan terbang ditutup selama beberapa jam pada petang Selasa, menyebabkan pembatalan sebanyak 226 penerbangan yang tiba dan berlepas dari Haneda, menjejaskan lebih 40,000 penumpang, lapor Xinhua.
Walaupun tiga landasan dibuka semula pada Rabu, kira-kira 100 penerbangan masih dijangka dibatalkan pada hari itu yang mengganggu rancangan perjalanan 19,000 penumpang.
Pada Kira-kira pukul 6 petang waktu tempatan pada Selasa, pesawat Japan Airlines dalam penerbangan JAL 516 dari Lapangan Terbang New Chitose di Wilayah Hokkaido ke Lapangan Terbang Haneda Tokyo bertembung dengan pesawat Pengawal Pantai MA-722 selepas mendarat di Lapangan Terbang Haneda, mengakibatkan kedua-duanya terbakar.
Lima daripada enam anak kapal Pengawal Pantai itu disahkan meninggal dunia manakala kapten yang berjaya menyelamatkan diri cedera parah.
Jurucakap Pengawal Pantai, Yoshinori Yanagishima berkata pesawat pasukan itu yang berpangkalan di Lapangan Terbang Haneda, semasa kejadian sedang bergerak di landasan untuk membawa bantuan ke kawasan terjejas gempa bumi di wilayah Niigata.
Sementara itu, kesemua 379 penumpang dan anak kapal Japan Airlines berjaya diselamatkan tanpa kecederaan yang mengancam nyawa.
Jabatan Bomba Tokyo mengambil masa lebih lapan jam untuk memadamkan kebakaran berikutan nahas itu.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Jepun, agensi kerajaan yang bertanggungjawab menyiasat nahas melibatkan kapal terbang, kereta api dan kapal, pada Rabu mula menyiasat punca kemalangan dan memeriksa serpihan pesawat.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 03 2024

Walaupun tiga landasan dibuka semula pada Rabu, kira-kira 100 penerbangan masih dijangka dibatalkan pada hari itu yang mengganggu rancangan perjalanan 19,000 penumpang. - Gambar fail/Reuters

PM Anwar bidas pihak nasihat beliau 'jangan berjalan banyak sangat'
Beliau menjelaskan bahawa Malaysia memerlukan pelaburan untuk menyelesaikan masalah pekerjaan dan meningkatkan keupayaan ekonomi negara serta rakyatnya.

Dua maut akibat mesin meletup, JKKP keluar notis larangan kerja
Larangan berkaitan aktiviti kerja di mesin centrifugation serta pengoperasian di seluruh lokasi kemalangan di kilang terbabit berkuat kuasa sehingga siasatan selesai.
Lelaki Israel dihukum penjara tujuh tahun
Lelaki warga Israel, Avitan Shalom dihukum penjara maksimum tujuh tahun oleh Mahkamah Kompleks Penjara Kajang Rabu atas dua pertuduhan memiliki 200 butir peluru dan enam senjata api tahun lalu.
28 Mei pindah kes ke Mahkamah Tinggi Shah Alam
Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Rabu menetapkan 28 Mei sebagai tarikh pemindahan kes seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Muhammad Alif Monjani, ke Mahkamah Tinggi Shah Alam. Beliau didakwa atas pertuduhan membunuh graduan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Nur Farah Kartini Abdullah.
[TERKINI] Mayat Hud Aryan ditemui, tujuh kilometer dari rumah
Mayat terbabit ditemui selepas 45 jam kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dengan lokasi penemuan kira-kira tujuh kilometer dari rumah keluarga mangsa.

Harga runcit RON97, RON95 dan diesel kekal
Penetapan harga tersebut adalah berdasarkan harga runcit produk petroleum mingguan menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik.

Mayat Hud ditemui, dihanyutkan 7km dari rumah
Kanak-kanak berusia 19 bulan, Hud Aryan Mohd Nor Hafifi, yang hilang dari rumahnya di Kampung Aira Kuala Tiga, sejak Isnin lalu, ditemui meninggal dunia tersangkut pada pokok di muara sungai.

Suspek OKU mental tetak bapa ditahan
Semasa tangkapan dibuat, senjata yang dipercayai digunakan pada hari kejadian (tetak) tiada dalam simpanan suspek.
AWANI Ringkas: Lelaki Israel dipenjara tujuh tahun
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

50 peratus daripada 5,000 sampel beras import dicampur beras putih tempatan
Kajian menggunakan teknologi pencapjarian asid deoksiribonukleik (DNA) yang boleh membezakan antara beras putih tempatan dan import.

Pesawat terbakar, 2 penumpang cedera ringan
Siasatan awal mendedahkan, juruterbang tersebut didapati hilang kawalan selepas berlepas dari sebuah lapangan terbang berdekatan.

Empat cedera dalam insiden pesawat terbakar di Lapangan Terbang Busan
Pesawat Airbus A321-200 itu terbakar di bahagian ekor sebelum berlepas sekitar 10.26 malam (waktu tempatan) pada Selasa.

Pesawat Air Busan terbakar sebelum berlepas, 176 penumpang diselamatkan
Sebuah pesawat penumpang terbakar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan pada malam Selasa, menyebabkan pemindahan 169 penumpang dan tujuh kru.

Pesawat Rusia terbakar selepas mendarat di Turkiye
Sebuah pesawat penumpang Rusia terbakar sejurus mendarat di Lapangan Terbang Antalya di pantai Mediterranean Turkiye.

Lebih 300 penerbangan dibatalkan susulan pelanggaran di lapangan terbang Tokyo
Syarikat penerbangan membatalkan lebih 300 penerbangan susulan pelanggaran antara pesawat Pengawal Pantai Jepun dan pesawat penumpang Japan Airlines di Lapangan Terbang Haneda Tokyo.

Pesawat Japan Airlines terbakar: Malaysia zahirkan simpati dan ucap takziah
Menurut laporan, kesemua 379 penumpang dan krew penerbangan JAL 516, termasuk 8 kanak-kanak, berjaya diselamatkan, dengan sekurang-kurangnya 17 orang cedera.

Pesawat terbakar sejurus mendarat, 3 penumpang cedera
Tiga penumpang pesawat Red Air yang tiba dari Santo Domingo, Republik Dominika itu mengalami kecederaan dan dikejarkan ke hospital.

China: 25 cedera pesawat penumpang tergelincir
Pesawat penumpang kendalian Tibet Airlines itu membawa 113 penumpang dan sembilan anak kapal.

4 maut pesawat ringan terhempas di Atlanta, AS
Cessna 210 terhempas kira-kira 1.10 tengah hari sejurus berlepas dari Lapangan Terbang DeKalb-Peachtree di pinggir timur laut Atlanta.

Pesawat terbakar di Moscow, lebih 40 maut termasuk kanak-kanak
Sekurang-kurangnya 41 orang terbunuh apabila sebuah pesawat terbakar di lapangan terbang Sheremetyevo di Moscow, Rusia.