NEW YORK: Lebih 1,000 mangsa masih gagal dikenal pasti ketika Amerika Syarikat memperingati ulang tahun ke-22 serangan 9/11 pada Isnin, lapor Xinhua.
Satu upacara memperingati telah diadakan pada Isnin di Memorial Muzium 11 September Kebangsaan di Lower Manhattan, New York, di mana 2,977 orang yang terbunuh dalam serangan 11 September 2001 diberi penghormatan.
Beberapa hari sebelum itu, identiti dua mangsa - seorang lelaki dan seorang wanita yang namanya dirahsiakan atas permintaan keluarga mereka telah diumumkan.
Dua identiti berkenaan mewakili mangsa ke-1,648 dan ke-1,649 yang dikenal pasti sejak 2001 menggunakan ujian lanjutan oleh Makmal DNA New York City, menurut kenyataan media pejabat Datuk Bandar pada Jumaat.
Bagaimanapun, 1,104 mangsa - 40 peratus daripada mereka yang maut - masih gagal dikenal pasti, katanya.
Bilangan responden pertama 9/11 yang telah meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan berkaitan Ground Zero hampir sama dengan bilangan responden pertama yang meninggal dunia semasa serangan.
"Apabila menara runtuh pada hari yang mengerikan itu, kami kehilangan 343 Anggota Bomba Bandar New York. ...
"Pada tahun-tahun berikutnya, lebih 341 lagi ahli FDNY telah meninggal dunia akibat kanser dan penyakit yang jarang berlaku disebabkan oleh habuk toksik di Ground Zero," kata Persatuan Anggota Bomba Beruniform Greater New York menerusi catatan Facebook pada Isnin.
--BERNAMA-XINHUA
Bernama
Tue Sep 12 2023
Orang ramai menyaksikan The Tribute in Light yang dipancarkan di langit di kawasan Lower Manhattan, New York dari seberang Sungai Hudson River di Jersey City, New Jersey, 11 Sept 2023. (Foto AP)
OPPO Reno13: Gabungan AI, fesyen & fotografi dalam air
OPPO lancar Reno13 yang merupakan siri telefon pintar AI dengan teknologi canggih dan reka bentuk inovatif menggabungkan fesyen serta teknologi.
Agenda AWANI: RUU Jenayah Siber, Lebih Relevan?
RUU Jenayah Siber baharu dijangka akan dibentangkan di Parlimen Oktober ini bagi menggantikan Akta Jenayah Komputer 1997. Apakah perubahan utama yang diperlukan untuk memastikan ia relevan dalam menangani ancaman siber era moden? Diskusi 8.30 malam
[Data & Statistik] Laporan Pekerjaan Baharu 2025
Semalam, kami ada melaporkan mengenai analisis terkini kerajaan yang menunjukkan bahawa lebih 30 peratus pekerjaan di Malaysia akan dipengaruhi oleh kecerdasan buatan (AI) dalam tempoh 10 tahun akan datang.
Dan hari ini pula, Forum Ekonomi Dunia (WEF) menerbitkan laporan pekerjaan baharu bagi tahun 2025.
Dan hari ini pula, Forum Ekonomi Dunia (WEF) menerbitkan laporan pekerjaan baharu bagi tahun 2025.
Perpaduan masyarakat Islam, Buddha di Sungai Padi
Nilai perpaduan antara kaum dan agama begitu mahal kepada masyarakat Islam dan Buddha di Selatan Thailand. Wakil Astro AWANI Kelantan, Muhafandi Muhamad menyelami 'rahsia' kehidupan harmoni masyarakat Islam dan Buddha di kawasan bergolak itu.
8 suspek ditahan tawar kelulusan lesen kenderaan perdagangan
Lapan individu termasuk pengarah sebuah agensi di bawah sebuah kementerian selain tiga pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.
Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan di beberapa lokasi sekitar Melaka dan Lembah Klang susulan siasatan berhubung isu rasuah membabitkan pemeriksaan kenderaan perdagangan sebelum ini.
Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan di beberapa lokasi sekitar Melaka dan Lembah Klang susulan siasatan berhubung isu rasuah membabitkan pemeriksaan kenderaan perdagangan sebelum ini.
Dua pelancong, juruterbang maut dalam nahas helikopter terhempas
Manakala dua lagi yang terkorban disahkan pelancong dari Switzerland dan Denmark, menurut pihak berkuasa pada Rabu.
KPDN rampas cecair pencuci pakaian tiruan bernilai lebih RM19,000
KPDN Kedah merampas 1,049 botol cecair pencuci pakaian berjenama yang disyaki tiruan dalam tiga serbuan di tiga pasar raya di daerah Alor Setar, Sungai Petani, dan Baling, semalam.
Lelaki maut ditembak ketika sedang makan direstoran
Seorang lelaki maut dalam kejadian tembakan di sebuah restoran di Taman Setia Indah, Johor Bahru.
AI tawar peluang kepada graduan tembusi pasaran kerja antarabangsa - Pakar
Timbalan Dekan Othman Yeop Abdullah Graduate School of Business (OYAGSB) Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof. Dr. Subramaniam Sri Ramalu berkata kecerdasan buatan (AI) akan membuka peluang pekerjaan baharu dengan peluang yang lebih luas. Oleh itu, graduan perlu melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi terkini dan menceburi pasaran pekerjaan di peringkat antarabangsa. #AgendaAWANI
Terbuka Malaysia: Kebangkitan menakjubkan bawa Ee Yi-Yew Sin ke pusingan kedua
Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bangkit selepas permulaan yang sukar untuk mengejutkan pasangan dari Indonesia, Fajar Alfian-Muhammad Rian Ardianto.
Lebih 1,000 mangsa gagal dikenal pasti meski 22 tahun berlalu serangan 9/11
Seramai 1,104 mangsa - 40 peratus daripada mereka yang maut - masih gagal dikenal pasti.