Ketika Cho Nwe Soe pergi ke mahkamah Yangon bulan lalu dengan suaminya, dia menjangkakan bahawa suaminya, Aung San Lin hanya akan didenda kerana menganjurkan solat berjemaah di jalanan tanpa permit pada tahun lalu.
Dia membayangkan mereka akan dapat pulang kemudiannya untuk bersiap-siap menyambut Ramadan.
Namun bukan itu yang terjadi. Sebaliknya, suaminya yang berusia 41 tahun dan enam lagi Muslim Myanmar lain, dihukum penjara selama tiga bulan.
Semuanya gara-gara menganjurkan solat tarawih di ruang jalanan terbuka, berikutan madrasah mereka diarahkan tutup oleh golongan nasionalis Buddha.
“Saya seperti orang gila. Saya tidak tahu apa perlu dilakukan,” ujar Cho Nwe Soe, sambil menyapu air matanya. Dia berkongsi pengalamannya itu di sebuah kedai teh yang diusahakannya bersama suami selama 12 tahun di pekan Thaketa.
Hukuman penjara itu telah lama meresahkan orang Islam di negara yang majoritinya beragama Buddha itu.
Hal tersebut membuatkan badan pemantau hak asasi manusia mendesak kerajaan pimpinan Aung San Suu Kyi supaya menjamin kebebasan beragama.
Tumpuan dunia tentang nasib orang Islam di Myanmar banyak terpusat kepada minoriti Rohingya di negeri Rakhine. Penindasan yang dilakukan tentera telahpun membuatkan hampir 700,000 orang melarikan diri ke Bangladesh.
Para aktivis berkata, hukuman penjara ke atas imam-imam adalah satu bentuk peringatan bahawa orang Islam di seluruh negara itu dicengkam diskriminasi dan hak asasi mereka dicabul.
Dua buah madrasah di Yangon, yang berfungsi sebagai sekolah dan juga tempat bersolat, telah dipaksa tutup oleh pihak berkuasa tempatan Mei tahu lalu kerana didesak oleh kumpulan nasionalis Buddha.
Alasannya, tempat itu beroperasi tanpa izin.
Takut untuk bersolat
Kini, Cho Nwe Soe, yang telah menukar agama dari seorang penganut Buddha menjadi seorang Muslim selepas berkahwin pada 25 tahun lalu, terpaksa bersendirian mengendalikan kedai tehnya demi menyara hidup anak-anaknya.
Kedai mereka hanyalah sebuah ruang kecil. Beberapa ayat suci al-Quran terlihat digantung di dinding lusuh manakala meja-meja usang diletakkan di atas lantai kayu yang permukaannya tidak rata.
Salah sebuah madrasah yang ditutup operasi pada tahun lalu terletak dekat dengan kedai teh itu. Hanya sebab tekanan dari pihak berkuasa, mereka kehilangan ramai pelanggan.
Orang Islam di Myanmar mula menyambut Ramadan pada Khamis lalu, sama seperti di Malaysia.
“Jika bersolat itu satu jenayah, kita perlu penjarakan keseluruhan umat manusia.
“Sekarang ini semua orang takut untuk bersolat secara berjemaah,” keluh salah seorang pengetua madrasah yang ditutup, Tin Shwe, 56. Anak Tin Shwe, Soe Moe Oo, juga telah dihukum penjara bulan lalu.
Cho Nwe Soe dan Aung San Lin sebelum ini sering menghabiskan Ramadan dengan beribadah dan menjalankan perniagaan itu bersama.
Namun tahun ini, dia tidak membuka kedainya. Cho Nwe Soe berkata, dia tidak larat untuk melakukan semuanya secara bersendirian.
“Saya juga mahu menumpukan pada soal ibadah sepanjang Ramadan ini dan mendoakan keselamatan suami saya. Ada pelanggan yang bertanya tentang keai, tai saya tidak akan membukanya,” kata Cho Nwe Soe.
Lazimnya sewaktu menyambut Syawal, pasangan itu akan memasak untuk menjamu sanak-saudara dan tetamu mereka.
Tahun ini, bagaimanapun, Cho Nwe Soe telah meminta supaya rumahnya tidak diziarahi. Dia hanya mahu memasak samai, iaitu hidangan manisan tradisional, untuk diberikan kepada Aung San Lin.
"Saya tidak menyambutnya tahun ini," ujarnya. "Saya cuma mahu melawatnya di penjara dan menghabiskan masa dengannya."
Agensi
Tue May 22 2018
Tin Shwe bertahan dengan diskriminasi pihak berkuasa Myanmar terhadap orang Islam tempatan. - Reuters
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Lelaki ditahan bawa beg berisi anggota badan isteri
Suspek dikatakan tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah atau terkejut dengan penemuan itu.
Pemindahan besar-besaran selepas kebakaran baharu meletus berhampiran LA
Kebakaran ini berlaku ketika kawasan Los Angeles masih pulih daripada dua kebakaran besar yang telah mengorbankan lebih 24 orang.
AWANI Pagi: Perpustakaan kreatif, suntik ilmu untuk komuniti
Diskusi AWANI Pagi 8.30 bersama Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Datin Paduka Mastura Muhamad mengupas sisi lain peranan perpustakaan untuk membantu komuniti khususnya golongan B40 mendapat akses lebih baik dalam pendidikan.
Siti Mastura bayar saman RM830,000 kepada tiga pemimpin DAP
Siti Mastura telah menyelesaikan pembayaran sebanyak RM830,034.75 dalam bentuk ganti rugi dan kos guaman kepada tiga pemimpin DAP.
Rangkuman Lawatan Delegasi Malaysia ke WEF 2025 di Davos
Saksikan bagaimana delegasi Malaysia mengangkat naratif ASEAN di Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2025 di Davos, Switzerland. Selain memacu perbincangan global, delegasi turut memanfaatkan peluang untuk menarik pelaburan dan memperkukuh hubungan perdagangan antarabangsa.
Dialog WEF PM Anwar: Daripada Manchester United, cabaran serantau, hingga imbangi dinamik kuasa besar global
Keupayaan Perdana Menteri mengimbangi perbualan dalam perbincangan beliau mempamerkan kedudukan unik Malaysia dalam diplomasi global.
Tenaga, Ketersambungan, dan Keterangkuman
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfokuskan sektor tenaga dan ketersambungan, termasuk Grid Kuasa ASEAN dan teknologi alternatif. Beliau menekankan keterangkuman, pembangunan digital, kecerdasan buatan (AI), dan kerjasama strategik dalam menangani cabaran iklim, ekonomi, dan keamanan serantau.
Lara hati Muslim Myanmar: Madrasah ditutup, penganjur tarawih dipenjara
Para aktivis berkata, hukuman penjara ke atas imam-imam adalah satu bentuk peringatan bahawa orang Islam di seluruh negara itu dicengkam diskriminasi dan hak asasi mereka dicabul.
Hazim Ismail, benarkah Malaysia memusuhi homoseksual dan pelaku murtad?
Berhubung kes Hazim Ismail, kerajaan Kanada berhak membuat keputusan seperti ini dan kita semua harus menghormatinya.