LALUAN Terusan Suez-Selat Melaka adalah laluan perkapalan yang terpenting di dunia.
Laluan ini merupakan jalan maritim terdekat menghubungkan Eropah dan Asia Timur, luar biasa mustahaknya dalam memastikan ekonomi global berjalan lancar.
Tragedi Kapal MV Ever Given, kapal berbendera Panama yang tersadai di Terusan Suez baru-baru ini akibat ribut pasir telah membuka banyak mata tentang kepentingan unggul laluan perkapalan ini.
Akibat daripada peristiwa ini, kapal-kapal lain tidak dapat melewati jalan maritim ini dan terpaksa mengelilingi laluan Tanjung Harapan di penghujung selatan Benua Afrika yang pastinya alur perkapalan alternatif dengan penambahan jarak pelayaran sebanyak 15, 000 batu berbanding penggunaan Terusan Suez.
Ini lantas meningkatkan kos perkapalan sedunia sebanyak AS$450,000 bagi sesuatu pelayaran biasa, menurut penganalisis syarikat perkapalan Braemar ACM yang berpengkalan di Singapura.
Sebagai contoh, jarak pelayaran dari Suez ke Amsterdam, Belanda dengan kapal berkelajuan 12 knots adalah lebih kurang 13 hari manakala jarak tempuh dari Tanjung Harapan ke Amsterdam adalah 41 hari.
Bayangkan sekiranya perkara yang sama berlaku di laluan tersempit Selat Melaka dan Selat Singapura di penghujung selatan Semenanjung Melayu.
Sudah pasti ekonomi dunia akan terencat membawa implikasi buruk kepada segenap lapisan masyarakat.
Sejak dari zaman penguasaan kerajaan-kerajaan Melayu Nusantara, laluan perkapalan utama merentasi Kepulauan Melayu adalah menerusi Selat Melaka ataupun Selat Sunda yang terletak di antara Pulau Jawa dan Pulau Sumatera.
Apabila Belanda merebut kota Jayakarta pada tahun 1619 daripada Kesultanan Banten, pihak Belanda banyak bergantung kepada jalan perdagangan menerusi Selat Sunda yang terletak tidak jauh dari ibu kota Hindia Timur Belanda, yang dinamakan semula sebagai Batavia.
Pihak British pula berusaha mendominasi Semenanjung Melayu dengan menguasai Pulau Pinang pada tahun 1786, Singapura pada tahun 1819 dan Melaka pada tahun 1824.
Apabila pihak British bertapak di Singapura pada tahun 1819, mereka telah mentransformasikan pulau tersebut daripada sebuah kampung nelayan yang kecil kepada sebuah pelabuhan utama di rantau Asia.
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 secara langsung memberikan kelebihan kepada pelabuhan Singapura kelolaan British kerana Selat Melaka kembali menjadi laluan utama perdagangan.
Laluan Suez-Selat Melaka sehingga kini kekal sebagai laluan utama paling dekat, cepat dan jimat menghubungkan Timur-Barat.
Usaha British dalam menguasai negeri-negeri Selat tidaklah sia-sia akhirnya.
Perjalanan dari Aden ke Yokohama dengan kapal berkelajuan 12.5 knot akan mengambil masa hampir 22 hari menerusi Selat Melaka dan Selat Singapura.
Sekiranya Selat Melaka dan Singapura tertutup atau terganggu, kapal-kapal terpaksa mengambil laluan alternatif melintasi Selat Sunda yang akan mengambil masa hampir 24 hari dari pelabuhan pelepasan dan pelabuhan ketibaan yang sama.
Laluan menerusi Selat Lombok-Makassar pula akan mengambil masa lebih kurang 25 hari.
Sekiranya alur laut Asia Tenggara ditutup daripada pelayaran antarabangsa, kapal-kapal yang ingin belayar dari Eropah ke Asia Timur jauh harus membuat lencongan menerusi laluan Selat Bass, selat yang memisahkan Benua Australia dengan Pulau Tasmania, mengelilingi Australia.
Lencongan yang jauh ini bakal memberikan kesan yang cukup besar untuk jarak pelayaran di antara Barat dan Timur, seperti yang boleh dilihat menerusi Figura 2 di bawah:
Kapal dagang MV Ever Given yang membentuk halangan di Terusan Suez telah mengkucar kacirkan aliran perdagangan dunia. Perkara yang sama akan berlaku sekiranya Selat Melaka ditutup untuk pelayaran antarabangsa.
Sebagai negara-negara anggota Konvensyen Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Undang-undang Laut Antarabangsa (UNCLOS), Malaysia, bergandingan dengan Indonesia serta Singapura perlu memastikan Selat Melaka kekal terbuka dan selamat untuk pelayaran antarabangsa, sesuai dengan apa yang diperuntukkan di dalam konvensyen antarabangsa ini.
Sekiranya Selat Melaka ditutup untuk pelayaran, kesannya sama sahaja seperti apa yang berlaku dengan Terusan Suez sekarang ini.
Setelah seminggu tersadai, kapal MV Ever Given akhirnya berjaya dialihkan pada 29 Mac 2021.
Namun, masih belum jelas bilakah laluan Suez dapat dibuka kembali kepada aliran trafik maritim sedunia, yang pastinya akan terus memberikan tekanan kepada rantaian bekalan global.
* Prof Madya Dr. Mohd Hazmi Mohd Rusli ialah seorang pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-undang, Universiti Sains Islam Malaysia. Dr. Izyan Munirah Mohd Zaideen adalah pensyarah Fakulti Pengajian Maritim, Universiti Malaysia Terengganu.
** Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan sidang pengarang Astro AWANI
Prof Madya Dr Mohd Hazmi Mohd Rusli, Dr Izyan Munirah Mohd Zaideen
Tue Mar 30 2021
Sekiranya Selat Melaka ditutup untuk pelayaran, kesannya sama sahaja seperti apa yang berlaku dengan Terusan Suez sekarang ini. - Gambar Fail AFP
Polis selamatkan lapan warga Bangladesh dijadikan buruh paksa di Lojing
Polis menyelamatkan lapan lelaki Bangladesh yang disyaki diperdaya dan dijadikan buruh paksa dalam serbuan di sebuah ladang sayur di Tanah Tinggi Lojing, Gua Musang, Kelantan pada Selasa.
UM kekal institusi terunggul, raih pengiktirafan global dalam bidang undang-undang
Ia sekali gus mencatat sejarah dengan penyenaraian pertama bidang Undang-Undang dalam kumpulan 151-175 di peringkat global.
Bekas pengarah syarikat didenda kemuka dokumen palsu, miliki minyak masak lebih had
Seorang bekas pengarah syarikat didenda RM450,000 oleh Mahkamah Sesyen kerana mengemukakan dokumen palsu dan memiliki minyak masak bersubsidi melebihi had, pada 2022.
Panggilan kepada Putera Mahkota UAE untuk dokumenkan pinjaman Riza Aziz - Najib
Najib berkata panggilan telefon itu bertujuan untuk mendokumenkan pinjaman yang diperoleh anak tirinya Riza Aziz daripada Aabar Investments PJS.
OIC kecam peningkatan serangan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) mengutuk sekeras-kerasnya serangan dan jenayah yang dilakukan oleh pasukan pendudukan Israel di Tebing Barat, khususnya di Jenin dan kem pelariannya.
Real Madrid jadi kelab pertama jana EUR1 bilion dalam satu musim
Real Madrid menjadi kelab bola sepak pertama mencatatkan pendapatan sebanyak EUR1 bilion (US$1.04 bilion) dalam satu musim.
Tujuh premis makanan di Gua Musang ditutup - Dr Zaini
Tujuh premis yang didapati tidak mencapai tahap kebersihan ditetapkan Kementerian Kesihatan diarahkan tutup dalam Operasi Bersepadu Premis Bersih Siri 01/2025 di Gua Musang, semalam.
Dialog Tiga Penjuru: Belia ada sikap anjal, ibu bapa yang masih terperangkap dalam pemikiran lama – CEO Yayasan Peneraju
Ketua Pegawai Eksekutif Yayayan Peneraju, Ibrahim Sani berkata belia hari ini mempunyai kesediaan untuk bersifat anjal dalam memilih laluan kerjaya. Jelasnya, anak muda lebih menghargai program pensijilan profesional yan menjamin pekerjaan berbanding Ijazah Sarjana Muda. Namun, menurut Ibrahim, ibu bapa masih terperangkap dengan pemikiran hanya Ijazah yang mampu menjamin masa depan. #DialogTigaPenjuru.
Dialog Tiga Penjuru: Tenaga kerja hari ini perlu anjal, teroka pelbagai bidang kerjaya – Shahril Hamdan
Young Global Leader World Economic Forum (WEF), Shahril Hamdan berkata tenaga kerja hari ini perlu anjal dan meneroka pelbagai bidang kerjaya berbanding kekal dalam satu bidang kerjaya semata-mata. Jelasnya, sikap anjal ini merupakan solusi untuk pastikan seseorang kekal relevan dalam pasaran kerja yang berubah pantas seiring trend global. #DialogTigaPenjuru
Dialog Tiga Penjuru: Cari bakat dengan kemahiran baharu lebih sukar daripada cari pelaburan – ALP Wahed Ventures
Ahli Lembaga Pengarah Wahed Ventures, Noor Amy Ismail berkata mencari bakat dengan kemahiran baharu yang diperlukan oleh industri ketika ini adalah lebih sukar berbanding mendapatkan pelaburan untuk masuk ke dalam negara. Jelasnya, antara punca kepada cabaran tersebut adalah kerana sukar mencari institusi pendidikan yang boleh memberikan latihan yang diperlukan. #DialogTigaPenjuru
Lagi bot berdaftar di Malaysia ditahan di Selat Melaka, Indonesia
Lima warga Myanmar ditahan kerana ketiadaan permit yang diperlukan dan menggunakan peralatan penangkapan ikan yang dilarang.
Kapal bawa barang pertanian karam di Selat Melaka, 11 kru hilang
Sebuah kapal bersama 11 kru dilaporkan karam selepas mengalami kebocoran akibat dilanda ombak besar di perairan Selat Melaka hari ini.
18 tahun tertangguh, Malaysia-Indonesia akhirnya selesai isu Laut Sulawesi-Selat Melaka
Selepas 18 tahun tertangguh, Malaysia dan Indonesia akhirnya menyelesaikan isu persempadanan maritim antara wilayah melibatkan Laut Sulawesi dan Selat Melaka, hari ini.
OSTEX West 2/22 peraga aset TLDM Armada Barat di Selat Melaka
Ia merupakan platform bagi menguji keberkesanan Latihan Perang Pangkor yang telah dilaksanakan sebanyak 39 siri untuk tahun ini.
Kerjasama tiga negara penting demi kelancaran perdagangan di Selat Melaka
Kerjasama erat antara Malaysia, Singapura dan Indonesia adalah penting dalam memastikan kelancaran aktiviti perdagangan di Selat Melaka, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong.
Dua bot berdaftar di Malaysia ditahan pihak berkuasa maritim Indonesia
Dua bot Malaysia dengan pendaftaran PKFB 1269 dan PKFB 1280 dikesan di Selat Melaka pada 8 Jun lalu.
[KOLUMNIS] AUKUS dan Malaysia: Bagai tidur di atas miang
Adakah rantau ini perlu sebuah lagi negara untuk membangunkan kapal selam bertenaga nuklear bagi membawa keamanan di rantau Asia Tenggara ini yang sememangnya tidak bergolak?
AUKUS: Malaysia, negara ASEAN perlu sentiasa nyatakan kegusaran
Keadaan di rantau Asia Tenggara masih stabil malah pendekatan negara-negara di rantau tersebut dalam aspek keselamatan di Selat Melaka terbukti sangat berjaya.
MASTEX 2021: Pandemik bukan penghalang kerjasama, diplomasi pertahanan
Eksesais bilateral tahunan Malaysia-Australia Sea Training Exercise (MASTEX) 2021 di sekitar perairan Selat Melaka berakhir semalam.
Laluan Suez-Selat Melaka: Kalau ditutup punahlah dunia
Sekiranya Selat Melaka ditutup untuk pelayaran, kesannya sama sahaja seperti apa yang berlaku dengan Terusan Suez sekarang ini.